Sunday 31 July 2011

Ramadhan tiba lagi

Malam ini ... Ramadhan tiba lagi ... alhamdulillah ... mudah2an panjang umur sehingga akhir Ramadhan.

Bila di bulan Ramadhan ni, macam2 kita kena tahan kan? Kita kena tahan

  • makan
  • mata
  • mulut
  • tangan
  • hati
  • jiwa
  • perasaan
  • diri
  • nafsu
  • ..sumenya la...

susahkan? Me...mang susah tambah2 bab nafsu...nafsu malas paling susah nak kawal tau.. perlukan jiwa kita kuat dengan semangat. Waktu ni la kita nak kumpul sebanyak mana amal ma'ruf, nahi mungkar... walaupun waktu2 lain memang kita kena buat amal selalu dan jauhkan kemungkaran tetapi di bulan Ramadhan ni kebiasaannya...hati lebih lembut dari biasa. Tetapi kemalasan melampau menyukarkan kita menuju kepada pahala berlipat ganda.

Apa2pun...semoga Ramadhan kali ini, i berjaya lagi khatam Quran dan rajin lagi bertarawih...aminnn...

Saturday 30 July 2011

Iye ke?


Hari ni i baca The Star dan tertarik dengan kartun ni. Cubala baca dulu:


Hehehehe...boleh ke jadi macam yang dibayangkan oleh watak kartun tu? Boleh ke dapat 'double'? Entah la...i tak terfikir benda2 cam ni so tak tahu apa nak komen cuma tertarik aje. Jika betul...waaaa..kaya makcik!!

Yang di bawah ni pun i suka. Lelaki suka je kata dia tak paham pompuan kan? Abih kita pompuan tu...paham la lelaki ye? Mungkin sama je kot pandangan pompuan terhadap lelaki...bila tak paham, buat2 la paham dorang. Selesai masalah kan? Iye ke?

Apa2pun yang penting..belajar la menerima kekurangan dan kelebihan masing2...harus menerima seadanya our other half. Hidup bertolak ansur...bagai aur dengan tebing..huhuhu...SALAM RAMADHAN ye...

Thursday 28 July 2011

Apa yang lelaki suka ada pada perempuan?

Hai...topik i ni bukan la topik tak normal. I terfikir nak cakap pasal ni sebab nak tau jugak pandangan kawan2. Apa2pun, i interview (konon) beberapa kawan yang boleh dipercayai (lelaki la...) apa agaknya yang dorang suka pada seorang perempuan:

1. Lembut (lemah lembut la kot..)
2. Manja
3. Seksi
4. Cantik (yang ni relatif kan...sebab...'beauty is in the eyes of the beholder'
5. Pandai melayan (yang ni i tak pasti...layan apa tu)
6. Pandai / bijak
7. Jujur
8. Tidak mengada...(maksudnya...'be yourself ladies!')
9. Natural beauty...(alaaaa..sesekali make up ok kot...)
10. Bersifat keibuan...

Ada banyak lagi tapi i tak pasti apa. Yang i dapat ni dari kaum lelaki tau...Tapi tengok la tu...nak yg cantik, manja, seksi, bijak...
Pada pandangan i...semua perempuan punyai sifat2 ini cuma pandangan lelaki berbeza2 terhadap semua sifat ini. Tapi kan ladies, bagi i..biarlah kita menjadi diri kita sendiri dan biarlah orang menilai kita mengikut apa yang ada pada kita. Jika kita berpura2, akhirnya terserlah juga kepuraan kita kan...Jika kita jujur dengan diri kita, orang juga akan jujur dengan kita...inilah pandangan i yang simple dimple ni...Ladies, setuju tak?

Sunday 24 July 2011

Kawan - apa ertinya berkawan?

Seronok kan berkawan?
I ada ramai kawan. Kawan dari masa sekolah rendah, sekolah menengah, masa buat persediaan ke universiti, masa di universiti, jiran2, kawan kelas aerobik, kawan masa seminar...ramai la...boleh cecah beratus bilangan tapi masalahnya...hehehehe..i tak ingat kebanyakan nama2 mereka kecuali yang selalu jumpa, yang rapat.

Berkawan ni beradat sebenarnya kan...Jika mahu kekal berkawan:

1. Hargai kawan sebagaimana kita mahu dia menghargai kita
2. Jangan khianati kawan, kita tak tahu bila kita perlukan bantuan mereka
3. Senyumla selalu dengan kawan...senyum kan sedekah..walau nama tak ingat...senyum je la..
4. Cuba-cuba kontek bila terasa teringat kawan tu...mungkin dia juga mengingati kita
5. Berhati2 bila bertutur bicara..bukan semua kawan sama perangai macam kita...
6. Jangan selalu pandang serong pada kawan...kita tak kenal dia sebagaimana dia tak kenal kita...hanya sekadar kawan2...bersikap terbuka
7. Nasihati kawan bila perlu, tapi berundur bila nampak kawan macam buat2 tak reti..nanti terlebih, lain pulak jadinya, paling baik apabila diminta beri pandanga..beri la pandangan tanpa berfikiran sempit
8. Perihatin dengan perubahan sikap kawan...mungkin kita boleh membantu...walau sekadar menemankan
9. Jangan la asyik nak mengutuk aje..cermin diri juga
10. Kawan la sekadarnya...jika berlebihan..dikhuatiri apabila berlaku sengketa..terus putus..

Banyak lagi la adat berkawan ni. Ini je i terfikir. Harap2nya i tak berlebihan dengan kawan2 i...

Friday 22 July 2011

Silo thinking..apa tu?

Apa ek? Penah tak nampak apa2 yang bentuk silo? Alaaa....bentuk yg macam corong tu la...
Jadi..apa dia silo thinking tu ye..??

1. Essentially it is when team members take decisions or give support based on the impact on:
  • Them personally.
  • The team or function to which they belong.
When you have a whole group of people thinking in their own interests, the interests of the whole organisation get lost and sub optimal performance arises.

2. stands alone, not interacting with any of the other 
3. incredibly focused and efficient within its own structures

tu maksud sebenar dlm bahasa Inggeris.

Maksud dalam bahasanya ialah: berfikiran tidak terbuka...hanya melihat dari satu aspek sahaja...dan kebiasaannya mempunyai kepentingan peribadi.

kalau nak berjaya..tak boleh la kita berada dalam kategori org yang punyai silo thinking....

Monday 11 July 2011

Bila marah

Aduhhh...ni yang susah nak cakap nih. Bila marah apa2pun boleh berlaku. meh kita sama2 cuba ni:

1. bila marah masa berdiri...dipersilakan duduk
2. bila marah masa duduk...dipersilakan baring
3. bila marah masa baring...? alih je la kedudukan badan tu...tul tak?
4. paling bagus...g amik wuduk
5. mandi pun boleh jugak...sejukkan panas dalaman tu...
6. tapi bila marah dalam keter....? hmmm...wat pe ye? beristighfar la banyak2...urut dada,
7. kalau masih marah gak?...genggam tangan tu kuat2...buat2 la lupa yang kita tu tgh marah
8. apa lagi..pasang la muzik tu...
9. nyanyi la..out of tune pun xpe...
10. sabar...sabar tu kan separuh dari iman??

Alamak...susunan tak betul ni..ikut je la mana-mana..mudah2an hilang marah tu... 

Saturday 9 July 2011

10 cara tangani stress...cara i..

Stress? Tekanan? Maksud sama kan?

Macam mana menangani stress ye? Cara i? Hehehehe...i memang tengah stress tau ni...sambil i duduk2 pada hujung minggu ni, i harus tabah membaca tesis. i kena semak tesis ni..aduhhh...pening tau sebab minggu depan i mesti kena hantar laporan. tu baru kena baca tesis. pas tu, dalam kepala, fikirkan projek pejabat yang akan berlangsung minggu hadapan...tanggung jawab i tu nak pastikan sume berjalan baik. sambil tu, i diajak menulis artikel...hmmm...banyak nak baca tu. dateline masing-masing dekat2 je tu. so i tak stress ke?

apa2pun ini yang i buat untuk tenangkan fikiran:
1. i nyanyi...apa2 lagu la..belasah aje.
2. i pergi bersenam...best tau...lari2 sikit kat treadmill, kat cross-trainer, gelek2 sikit masa aerobik...pas tu balik rumah..mandi..kebooommm...selamat malam...hahaha...
3. i baca buku...apa2 la yg tak perlu byk fikir...
4. i menari...belasah aje..anak2 suka dengan K-pop...i pun ikut dorang. seronok u...
5. i dengar muzik....yang ini...best!! dengar aje apa2 muzik...
6. i solat....hehehehe...ubat paling mujarab tau ni...
7. i main dengan anak2 i...especially Amni yang tembam tu...
8. i bergurau dengan huby i...sbb huby suka menyakat..ok la tu kan
9. i buka FB...baca la komen kawan2...
10. i makan...yay!!!

hehehehe...tu baru 10 perkara yang i selalu buat bila stress...tapi kan, i jarang get affected by stress. sebab? sebab i pandang semua tu sebagai cabaran yang harus ditangani. pejam mata je buat sume tu. maksud i, bila ada keje, buat aje la...pesal nak mengeluh kan?

Cuba la cara i tu ye...