Monday 26 September 2011

Aduhai..apabila hati ini geram

Geram...memang geram...

Geram sebab:
- tetiba bos bagi treatment cold shoulder..kenapa ye? jika silap melakukan pekerjaan..tegurlah dengan berhemah...kalau tak...aduhhhh..tension ni...
- kawan, suka-suka je nak tenggelam timbul...tak tahu ke kita ambil kisah ttg dia?
- life partner..asyik2 bercakap perkara buruk..walaupun sakit dan kematian itu adalah lumrah alam, tapi, jika diperkatakan sebagai peringatan supaya jangan leka..boleh la diterima tetapi jika diperkatakan untuk menyakiti hati..membuat diri ini risau...aduhhh...

banyak lagi yang boleh diri ini merasa geram...tapi...kalau semua diambil pot...memang boleh jadi tension giler...yang i tulis ni yang seyes jer...

Dan bila hati jadi geram...jiwa tak tenteram...tolongggggg....

sabar..sabar Rozzana

Monday 19 September 2011

How do i feel having many children?

To be honest: scared

Why am i scared? 
- i don't know if i can handle them.
- i dont know if i can treat them well.
- i dont know if i can be a good parent.

and at the bottom of that all, i don't quite like children. Surprise with my confession? Hmmm..i am just being honest. Honest to myself, honest to people around me. My husband loves children however.

then Allah gives me 7 great children. and i fell in love will all of them...my children, my sweethearts.

when i had my first one...Fatin, well...she was born big at 3.5 kg. She was very fair...she was the biggest baby i saw in the ward. And with no experience handling a baby, i pretty well handled her...and she turned out to be a fine young lady now.

then came Fatihah, the second one. We thought she was going to be a boy. When she was born, she had wrinkled skin, maybe because she was born later than her due date. After a week, her skin smoothened and she grew nicely. She learnt fast. And she knew how to avoid being scolded, unlike Fatin.

when i was pregnant with the third one, i was scared. hopelessly scared because really, i didn't feel i can handle more than two. but then, the pregnancy progressed well. and later, Izzati was born weighing 3.85kg. She was vacuumed out since she was big baby. and she was hard-headed, stubborn. She was different in a way. When she cried, she did't being coaxed to be quiet with sweet words. So both husband and i just left her alone until she felt tired and stopped crying on her own. She was like a chinese baby, straight hair, very fair skin. She still has her hair straight and she let her hair loose all the time now. Another beautiful child of mine.
then came Danish after about a year later. the long-awaited baby boy. when he was born, i thought, how handsome is my baby boy. he behaved well as a baby. and i was  proud of him. Now he is a 14 years old boy, who has started to lose his childlike voice and slowly evolves into a teenager with his own taste of clothing. when did he started to grow like this?

Israk Afiq was hoped to be my last. he was a huge baby. amazingly, he was easily delivered. when he was a baby, i remembered feeding him with a mix of pus and milk. that was awful really. i didn't know i fed him that until i pressed my own milk because of terrible breast engorgement, and there, a lot of pus being pressed out of my painful breasts. honestly, that wasn't a beautiful experience. it was scary. alhamdulillah, isyrak is now a healthy boy of aged 11.

when i was pronounced of being pregnant again with my 6th one, i no longer care if i could handle children or not. i just did with five so what is one more? Husna was born a week earlier than her due date. cute little baby she was. straight hair just like izzati. pixie-like. she was a spitting image of fatin. unlike fatin, husna is a stubborn girl. attention gathering girl. i was a stubborn girl, yes..i was..even until now...but never an attention-gathering girl nor woman. and i thought, okay...i have six, enough number in the family...

however, kamalia was formed just when i was ready to quit from pregnancy and wanted my figure back. I was disappointed to be pregnant again. awful feeling right? but that was what i felt at the time. i wanted to abort her. i didn't want another baby. but i went through with the pregnancy. she grew well. and she made me experienced delivery during fasting month. and she had round-neck cord...and she wasn't easy to be delivered. i was weak. i was fasting. did'nt eat anything until 2 hours after iftar. and everyone thought she will be delivered easily and earlier. but no...she was delivered exactly 5 minutes past midnight when i had been rolled into labour room at 6 pm. i was thankful the gynaecologist detected kamalia's inability to descend towards the delivery pathway. so kamalia was aided out by vacuum. a baby who was very quiet when she was born. needed to spanked hard by the doctor to cause her to cry her heart out. she was almost blue. and when she cried, it was very good to hear. and believe me...she was the only baby i kissed immediately after delivery. 

and so...i have delivered 7 beautiful babies. all with different delivery experience. all were healthy babies. all were balms to sore eyes. 

and so...how do i feel having many children? wonderful...wonderful experience...still scary because 
- i don't know if i have been a good mother to them so far
- if i have given them enough love
- if they are happy to have me as their mother

and at the bottom of all this, i am still scared because i am not sure if i would be able to witness each of them turn out as responsible, successful, happy adult - the product of good childhood.


Sunday 18 September 2011

Bila kawan menjadi lawan

Macam mana boleh jadi gitu?

Selalu tak dengar nasihat ini: berpada-pada bila berkawan? 

Dulu i tak faham apa maksud nasihat ini. I fikir, apa salah jika kita berkawan begitu baik? Tapi setelah i dewasa ini, i melihat dan mendengar beberapa kisah persahabatan yang terbengkalai setelah berlaku keakraban 'terlampau'. Kenapa dikatakan 'terlampau' tu? Apa tidaknya. Bila hari siang, tak sabar2 nak bertandang ke rumah kawan...nak sambung cerita ceriti yang tak habis semalamnya. Masak, mengemas kat rumah pun nak cepat sebab nanti takut masa bersama kawan tak cukup. Alangkah akrabnya kan. Kawan amat bermakna sekali..beri keceriaan dan menjadi faktor , 'to look forward to the next day'. Sehingga terlupa bahawa, hati kita ni serapuh gelas.

Kita lupa...kita bukan berkawan dengan dia sahaja dan dia bukan berkawan dengan kita sahaja. Ada ketika cerita kita yang 'confidential' terlepas kepada orang lain. Ada ketika, perkara 'confidential' yang kita nampak di rumah kawan kita masa bertandang tu, terlepas kepada kawan lain yang asalnya tak tahu menahu. Lalu tercetus la perasaan meragui kejujuran...kecil hati...tidak puas hati...marah...dan akibatnya gagal melawan dan menahan geram. Mulut masing2 pulak...faham2 sendiri la kan...

Sebab itu la bila berkawan...biar la berpada. Berjumpa bila perlu. Bersama bila rindu. Bertanya khabar biar selalu. Telefon kan ada...sms pun dah ok kan... Beri pandangan bila diminta.  Berfikir dahulu sebelum berbicara. Susah? Biar susah semasa itu...jangan sampai susah hati sebab hilang sahabat. Kadang kita fikir, 'alahhh....hilang sorang je...' kita lupa...reputasi kita juga boleh tercalar apabila kawan jadi lawan.

Setuju dengan pandangan i?










Kanser...sambungan...

Adusss..sori la...i sebenar nak cerita sikit pasal sel kanser sebagai tambahan ilmu kat semua tapi entah macam mana hari tu, i taip dua baris je...mungkinkah satu cara untuk buat suspense?

So here's the story of a cancer cell.

Kanser sel ni memang asal dari tubuh kita juga. Boleh ada di mana2. Menurut kajian saintifik, ia memang hadir secara semulajadi dalam tubuh tetapi tinggal diam dalam tubuh sehingga dikejutkan dari tidur oleh faktor-faktor tertentu. Maksud i tu kan, sel ini ada tapi tidur. Bila ia terdedah kepada bahan-bahan atau faktor-faktor tertentu, ia terjaga dari tidur dan melakukan kacau bilau.

Tak payah lah i cerita pasal sel secara terperinci ye. Cukup la sekadar i katakan, sel tu adalah unit asas kehidupan kita. Ada berbilion sel dalam tubuh kita yang menjadikan berbagai jenis tisu dan organ bersesuaian dengan fungsi masing2. Sebab tu i kata sel kanser ini asal dari tubuh kita juga dan ada di mana2.

Sel ini apabila sudah 'terusik' dan 'terjaga' dari tidur, mengganas dengan cara: melakukan penambahan bilangan dirinya secara berlebihan, tidak terkawal. Dari satu sel, menjadi dua, seterusnya empat, enam belas secara gandaan. Kehadirannya sukar dikesan sebab ia menyerupai mana2 sel dalam tubuh cuma bila dilihat di bawah mikroskop, nampaklah perbezaan sel ini dari yang normal. 

Bila bilangan sel ini bertambah, ia menjadi satu kumpulan yang besar. Tidak sakit selagi ia tidak menekan saraf. Tidak bahaya selagi dia tak mengganggu aktiviti atau fungsi sel atau kumpulan sel-sel normal lain. Tapi sebab sel-sel kanser ni pun nak hidup, dan bilangannya bertambah dengan cepat, maka dia akan menggunakan lebih banyak makanan yang dibekal ke bahagian tubuh itu. Akibatnya, adalah sel-sel normal yang mungkin tak dapat makanan dan mati.

Macam i kata tadi, selagi kumpulan sel kanser yang nakal ini tidak mengganggu fungsi sel-sel normal yang lain, hanya sebabkan bengkak dan kelihatan cacat pada fizikal apabila kelihatan di luar tubuh, maka kebiasaanya doktor tidak menasihatkan ia dibuang. Ia dipanggil 'benign cancer'. 

Boleh google pasal 'benign cancer' untuk maklumat selanjutnya. 

Nanti lain kali i cerita pulak pasal 'malignant cancer' ye...kalau tak faham, boleh la tanya...hehehehe...












Thursday 15 September 2011

Kanser

Nak tau pasal kanser tak?

Sume orang tau, bila doktor diagnos kanser, seakan satu hukuman berat dalam hidup kita

Monday 12 September 2011

Jujur itu penting

Jujur...satu perkataan yang cukup bermakna. Ia melambangkan diri kita. Kalu kita tak jujur dengan diri sendiri, mungkinkah kita akan jujur dengan orang lain? 
Persoalannya, setakat mana kita mampu jujur? Ada ketika, kita terpaksa berlaku tak jujur demi menjaga hati...walau kita tak senang berbuat demikian, demi menjaga perhubungan, terpaksa ketepikan kejujuran. Jadi, di mana nilai kejujuran tu ye?


I sendiri kena mengaku, ada ketika terpaksa berlaku tak jujur. Ada ketika cuba bersikap jujur tetapi melihat reaksi negatif...terpaksa mengalah dengan prinsip. Tapi bukan pada semua keadaan. Dalam banyak keadaan, bersikap jujur lebih baik dari sebaliknya.


Apa lawan jujur? Bohong....


Hati paling sakit bila dibohongi kan? 


Tapi, paling penting, harus kita mengajar sikap jujur pada anak2. Bagi i jangan sekali2 menunjukkan sikap tak jujur. Sungguhpun mereka tak kenal makna jujur tapi kalau kita tak berbohong..mereka tahu..itu la yang sepatutnya...


Apa2pun isu jujur ni bukan setakat ini kan?

Saturday 10 September 2011

Rozzana, jangan mengata...

Selalu je bila tiba bab 'mengata', sume jari menuding kepada kaum wanita...kaum wanita ni selalu dikaitkan dengan perkara macam ni kan..gosip la...buat cerita la...macam2 la yang seangkatan...kesian kaum wanita...

Tapi...ada masa, i terdengar kaum lelaki juga pandai mengata...cumanya mungkin sebab cara mereka mengata tu tak serupa macam kaum wanita, makanya tak nampak obvious aktiviti dorang. Habis tu..apa yang dibualkan lama2 kat kedai kopi tu ye...masa mengeteh...citer pasal apa?

Cuma i ni nak ingatkan diri i sendiri, tak baik mengata sesapa saja. kalau kata pasal perkara baik..mudah2an mendatangkan kebaikan kan..tapi kalau perkara buruk, dikhuatiri merosakkan hubungan persahabatan...bukan mudah nak berkawan. Sebab hati kawan serapuh hati kita juga...

Lagi pula, bila kita mengata, kemungkinan apa yang kita kata tu terkena ke muka sendiri pula...so ada baiknya...belajar berdiam...diam lebih baik...tapi jangan sampai lah orang kata kita sombong kan..kita berdiam tapi senyum la selalu...

Thursday 8 September 2011

Tak cukup masa, adakah ia alasan yang baik?

Sejak akhir2 ni entah kenapa, i selalu rasa masa tu cemburu dengan i. Banyak kerja yang i tak mampu selesaikan. Banyak perancangan seolah tergendala di sana sini. Sedih..sebab dulu i mampu buat...dulu i jarang sgt bertanguh kerja..kerja i selalu tip top. Cuma sejak akhir2 ini, i begitu terasa sekali, serba serbi tak lengkap.

Rancangan untuk menulis sebahagian dari bab dalam buku, hanya mampu i beri sedikit sahaja.
Rancangan untuk menulis artikel dalam jurnal pun, terbengkalai separuh jalan.
Rancangan nak memohon kenaikan pangkat, baru sampai tahap jenguk2 borang aje...

Kerja di pejabat..alahai...

Dulu tu i bangga sebab i selalu jadi orang pertama selesaikan tugasan. Sekarang ni i rasa macam orang terakhir selesaikan tugasan pejabat. Sedih la...

Huby i kata i tak pandai manage masa i...tambah sedih hati i...sebab i rasa i dah cuba sebaik mungkin. Dulu, sampai larut malam i mampu bertahan..sekarang...pukul 10 mlm i dah TKO...macam mana tu?

So untuk i beri alasan masa tak cukup...masuk akal ke?

Saturday 3 September 2011

Raya ooo raya

Baru je balik dari rumah Ella...jumpa Nani and Yanti..best friends forever insyaAllah...

Dah 4 hari berturut2 i menjamu tetamu yg datang ke rumah...siang hari dorang ke rumah..mlm hari i ke rumah saudara mara n kengkawan pulak. Rasanya, tahun ini sambutan raya lebih meriah dari sebelumnya...alhamdulillah...mudah2an panjang umur untuk merasa Ramadhan dan Syawal lagi..alahai..bila plak nak puasa 6 ni ek?

nnt bebila i post pictures ye...