Tuesday 28 February 2012

Rimas la jugak..


i ada huby yang hensem dan baik TAPI.....

apa yang tapi tu?

Huby i tak percaya i atau terlalu sayang i atau tak de keje lain...bukan nak kutuk dia..cuma nak luahkan sikit rasa yang terpendam ni. Tak mahu tension...

Huby i ni, ke mana pun i pergi, mesti i jangan lupa report kat dia. Hari2 sebaik i park keter i kat depan ofis, i mesti..MESTI, call huby, report i dah sampai. Kalau i terlupa buat...aduhhhh...panas telinga i bila huby sound. Kalau dia call, i tak jawab..haru biru la jadinya...dia akan call i berulang kali dan pernah sampai lebih 20x tau dalam sesuatu masa. Last apabila i masih tak jawab call dia, i akan dapat pesanan ringkas yang buat jantung i terjatuh sekejap...kata2 yang pedas mengguris perasaan.

Biasanya i tak jawab calls dia sebab i dalam meeting atau ada la keje di tempat lain dan tertinggal telefon. Atau, telefon i dalam beg tangan, in silent mode.

Tengahari, dia akan call i...kalau bukan nombor mobile, nombor ofis...sampai semua ofis mate i dah tau dah...senyum2 dorang kat i.

Ada yang bgtau i...'untungnya u...huby u sayang giler kat u, caring!'. Ada yang kata pulak, 'ish! tak boring ke?'. Pagi, petang, malam...di mana pun i, i tak boleh, TAK BOLEH terlupa call dia. Dia prefer i call dari beri pesanan ringkas.

Ada ketika, i rimas....tapi apa kan daya...dia huby i...mungkin ini yang terbaik untuk i?
Dear huby, sorry...didnt mean to hurt your feelings, but i want you to know, i need some space please....

Harapnya...it works wonders!

i ni blogging macam hangat2 tahi ayam je kan...jap ada..jap xde...

hajat hati tu nak berterusan tapi tak sempat...so jadilah update yang jarang2 berlaku. Jeles tengok orang yang rajin. Tapi, tak pe la kan..sesekali muncul selalu dirindu...hehehehe

Hari ini kan, pertama kali i cuba teh lemon hibiscus Herbal Life...rasa dia...tawar je, tapi ada bau lemon. Apa tujuan i minum tu? nak kurus ler....hehehehe..buat senaman aerobik, minum jus campur kolagen, tak makan nasi, minum teh herbal life..agaknya apa la i akan jadi ye...dah umur macam ni mudah pulak terpengaruh. Ish! apa2pun...i nak cuba, sape tau boleh jadi cam bodi Erra Fazira ke...hehehe...

Ha! ini la pompuan tau! Kecantikan nak jaga...i buat semua ini untuk diri i sendiri, i nak nampak ok. Biar la mata i nampak diri i ok. Orang lain? hmmm...kalau dorang kata 'you look good!' alhamdulillah..yang penting layan diri sendiri dulu kan. Dan jangan kata 'its too late!'. Lambat adalah bagi orang yang tak nak mencuba, kan?

Tapi eksperimen i hari ni, minum teh tu...terasa lapar aje la plak...ish3...cam mana ye?

Sorang kawan i nasihatkan i ini bila i puji dia, dah umur 50 tapi masih nampak muda, 'Rozzana, drink plenty of water, do exercises...you will feel and look great!'. So...i akan cuba apa yang dinasihatkan ni. You all pun tau...kalau belum lagi la..tapi rasa2 macam i yang ketinggalan kottt....

Thursday 23 February 2012

i am 2 4...

I nak pinjam ungkapan dari sorang kawan:

Today i am 2 4....huhuhu...

Alahai..tambah lagi satu nombor pada nombor yang lepas mengikut turutan. Kalau melangkau...tak mungkin. Terasa mcm ancient dah hidup i.  Ada ketika letih...hampir putus asa...tetapi harus dikuatkan semangat demi mereka yang mengharap.

Sesungguhnya, hidup ini penuh dengan cabaran. Perlukan hati yang tabah selalu. Perlu ceriakan diri selalu. Jika tidak, khuatir dah join duduk kat 'rumah bahagia'.

i tak heran jika cabaran masa kini, menolak ramai ke kancah kekecewaan kerana dalam kehidupan masa kini, amat banyak cabaran. Jika hati dan iman tak kuat....

Apa2pun...i bersyukur kerana mempunyai rakan2 yang perihatin, yang menceriakan hidup i..di samping kehadiran semua anak2 yang menjadi buah hati i.

Happy birthday to me!!

Wednesday 22 February 2012

Do you think that you are Thinking?

Okay guys, let me share with you some important points i gathered from Vincent Ryan Ruggiero.

Well, his book is all about thinking. He defines thinking as: a purposeful mental activity over which we exercise some control. So, thinking is a controlled mental activity. The mental activities are searching for answers, reaching for meaning (like formulating or solving a problem, making decision or fulfilling a desire to understand).

He further said that; effective thinking is mostly a matter of habit. Hah! there you go...if we make thinking as a habit...we can give good ideas and so, a good thinker does not necessarily have a high IQ. Whoa...anyone can be a good thinker as long as we make a habit of thinking i.e.doing mental activities.

Hello...this is not academic discussion. This is a sharing of information..lay man term.

And i like this, : the secret of efficient thinkers is not that they experience fewer distractions but they have learned to deal with them more quickly and more effectively than inefficient thinkers do.

So my friend, we can learn to be good efficient thinkers by simply continuously doing some mental activities, and make that as a habit.

I remembered one article about Prof Diraja Ungku Aziz, recently written in the mainstream newspaper, and he is now 90...he said, he never cease from making mental activities. And look at him now...a very respected individual and still a very healthy man.

And yes, according to scientific findings, if we keep our brain working, that will help to deter from becoming or reaching senility...

Let's start using our brain effecively, eh!

Hmmm..i am thinking....

Monday 20 February 2012

My boss

She is a wonderful person. Really she is...

yes, if you remember well, in one of my writings, i wrote about how upset i was when she did not talk to me for at least 7 days...i nearly quit from her office but Alhamdulillah...things are better now. 100 times better. I believe perseverance will eventually bears sweet fruit.

That time, when she was not in talking mood with me, i presumed she must be having some problems. Even when i felt hurt for the way she treated me, ..and i was wondering a lot at that time, why was she doing that to me...Still, i stayed on and continue doing my best.

I heard about many people who don't like her. I can understand why...she is a very intelligent woman. Her plans, ideas, would never fail to work. Even our big boss trusts her. She always delivered her tasks well. And it seems, because of her ability to make things work, people feel threatened by her intelligence and her ability to complete tasks successfully.

I watch her work, I observe her way of doing things, and she never at any time, refuse a request for sharing experience. She teaches without reservation. She basically showed me, no matter who is at the top of the management level, we must always do our best to deliver. Never think of what would be the reward after work is done, just prove that you can deliver well. Rewards come later ... perhaps much later in different ways.

She always advice me to think ahead of the boss or not to be behind the boss to much. I am learning...learning to be fast in my thinking..and always put on my thinking cap. Never slackening behind. Always be smart. Don't say too much. Don't overdo. Just be careful, cautious of people...and never think much of what people may say about us...do what you think is right.

To me, she is a good manager and also a leader. Always supportive. Always appreciate effort put forward by her staff and she basically think of us as teamwork. Even the office boy gets to learn some aspects of our tasks...my boss simply feels that everyone must be involved in any project we are asked to do. And when we deliver successfully, we will celebrate together.

I must say, I am very lucky to be selected to join this office, this team. I believe I learnt a lot about management here, in this office than anywhere else I have been.

I think I will miss the challenges of working in this office once my contract here finishes.  What I can say now is...Alhamdulillah...I think my boss can see the difference in me since first joining her office. And I think she has trusted me enough now and am glad that she has included me in many of her planning and my opinions counted.

And because of her, and of course some effort of mine, I am now being acknowledged of having some 'expertise' and asked to handle some training sessions. Syukur....I definitely going to miss working with my boss when my term ends next year!

Friday 17 February 2012

Alangkah seronok jika kaya

Agaknya, apa ye yang anak2 atau orang2 kaya buat hari2 ye? Yang i maksud orang kaya ni, ye la...orang yang banyak duit...orang yang lahir2 aje..tak payah risau macam mana nak cari duit..macam Paris Hilton tu contohnya...tapi dia pun buat macam2 gak kan nak tambah duit...


Yang pasti, orang banyak duit ni I rasa mempunyai banyak advantage. Nak buat baik ke..nak buat jahat ke..semua dia boleh.


Kalau nak buat jahat, duit la yang akan jadi tulang belakang..hulur aje...sesapa aje yang perlukan duit akan buat kerja kotor dia...


Tapi I lebih jelez pada orang yang banyak duit tetapi tidak kedekut...malahan sangat pemurah dan tidak pentingkan diri sendiri.


Ada seorang hamba Allah ni, khabarnya, dia seorang yang pemurah. Sedia membantu kawan2 dalam kesusahan. Tengok rupa dia memang tak berlagak langsung. Juga tak nampak macam orang banyak duit. Tapi yang pasti, dia banyak duit...


Katanya, dia bukan orang senang asalnya. Hanya dia mendapat rezeki jauh lebih baik dan selepas itu, dia terus berjaya dan berjaya. Masih muda...sudah punya rumah bernilai berjuta ringgit. hanya bermula dengan sedikit wang tetapi rezekinya baik, dan dia cerdik, pelaburan pertama menjadi. Dan dari langkah pertama, berterusan sehingga kini. Rajin pula hamba Allah ini membantu kawan2 seangkatan yang masih merangkak. Jelez I dengan apa yang hamba Allah ini ada...kerana, dia tidak tamak dan ada peluang mencari pahala berganda...


I terfikir pasal sesetengah individu di Malaysia ni..belum la termasuk golongan bilionaire tetapi pernah dilapor berbelanja besar...mengalahkan bilionaire..aduhhh...


I juga terfikir kepada individu yang dimurahkan rezeki ini, apabila hendak menderma, seluruh dunia tahu niatnya menderma...aduhhhh...


Memang la seronok ada banyak duit kannn..tapi ramai juga yang semakin kaya ni semakin susah nak keluar duit...setiap sen berkira...


Akhirnya, I pasrah...mungkin duit I tak banyak..ada ketika tak mencukupi...tapi I masih kaya juga...kaya dengan senyuman sekurang-kurangnya...dan I yakin, duit yang diperolehi dengan titik peluh sendiri secara ikhlas dan susah payah jauh lebih baik dari yang senang dapat...


Walau hati teringin pada kemewahan tetapi hati juga takut tak mampu diuji...Rozzana, bersyukurlah dengan apa yang ada...Alhamdulillah...

Bila rasa mengantuk..

Yang paling mujarab ubatnya adalah...zzzzZZZZZ...

Best amat bila dapat tidur, Satu nikmat.

I tulis ni pasal, masa ni I tengah mengantuk giler...Kepala I kata, sabar...pasang telinga kepada penyampaian maklumat penceramah. Tapi mata I asyik nak terpejam dan otak I dah mula terpengaruh...slowly about to shut down. Jadi sebab itu, i ambil keputusan...blogging la...

Apa biasanya kita buat bila rasa mengantuk tiba nak elak dari tidur?

1. Minta orang cubit..adoiii...
2. Makan asam / gula2 / minum kopi...
3. Buat la apa2 pergerakan...janji tak duduk diam..
4. Texting..sms...bbm..apa2 la ...
5. Explore internet...cari la apa2 berita menarik..janji tak tidur...
6. Apa lagi...eh?

Aduhhh...alahai....tak boleh tahan la...dah nak shut down sangat ni...apa you cakap tu Mr Speaker?

poligami - perspektif Rozzana...

I tertarik la dengan satu citer I baca kat suratkhabar lebih kurang dua minggu lepas. Citer berkenaan seorang suami yang berhasrat untuk mendamaikan kedua2 isteri tapi berakhir dengan isteri pertama membelasah isteri kedua. Aduhhhhh....sakitnya dbelasah. Kesian isteri kedua...kesian isteri pertama...kesian si suami...


Apa yang I nak tulis ni mungkin akan menyakitkan hati ramai wanita tapi hakikatnya, inilah apa yang I fikir ...


Bukan semua wanita suka berkongsi tambah2 bab kasih sayang. Wanita hanya sanggup berkongsi kasih sayang dengan anak2 sahaja...tapi tak akan berminat berkongsi kasih dengan wanita lain. Dengan mak mertua pun rasa jeles...tapi, hak mak mertua terhadap anak lelaki so seharusnya wanita bergelar isteri tak perlu berasa jeles...itu kata I...orang lain tentu punya pandangan berbeza.


Pandangan I, tiada salah suami berkahwin lain...bagi I, ia memberi I sedikit ruang untuk diri I apabila suami berada bersama yang lain secara halal. Memang i fikir, mula2 tentu sukar menerima hakikat suami ada perempuan lain yang setaraf kita..isteri. I hanya ingin berlaku adil pada diri I sendiri..I perlu masa untuk diri I...jadi jalan terbaik, benarkan suami beristeri lagi. Hanya suami harus mengizinkan dan memberi ruang kepada I sebagaimana I memberi dia ruang dalam hidup dia.


Mungkin ramai berpandangan, 'ye la...dia belum kena...' Betul...i belum kena dan rasanya suami I tak kan beristeri lain pun. Cuma I memang dah beri dia lampu hijau. Hanya, I beri syarat pada dia, jika benar ada, berterus terang, kemudian, carilah isteri yang jauh lebih baik dari I dan apabila sudah berkahwin lain, tolonglah jangan menceritakan perihal dia dan isteri lain kepada I. Sebab I yakin, I akan jeles. Dan jangan ceritakan perihal masalah rumahtangga lain kerana I tak mahu kekusutan dia mengganggu I...itu aje.

Yang sebenar, apabila lelaki itu sedar tanggungjawab dia yang maha berat sebagai suami, I pasti, ramai yang berfikir 10x untuk beristeri lebih dari seorang. Dan bagi I, hanya lelaki-lelaki yang mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi serta mempunyai kemampuan (material, fizikal dan mental) layak berpoligami. Jika yang kurang berkemampuan tetapi masih berasa dia ada hak beristeri lebih, dia lelaki ego yang tidak sedar diri. Allah sahaja yang akan memberi balasan ketidak adilan.


Apa2pun...wanita harus mampu berdiri sendiri. Dan I yakin, wanita punya ketabahan jauh lebih tinggi dari lelaki...apapun keadaan, I yakin, wanita tidak kalah walau tertindas, jika tertindas.


Dan lelaki yang tidak cukup kemampuan tetapi mahukan hak beristeri lebih, bagi I, hanya menzalimi diri sendiri sahaja.


Itu kata I, pandangan I...



Tuesday 7 February 2012

Spa kaki ...jom!

Seronok i hari ini tau. I keluar dengan best friends: Ella, Yanti n Nani. Ella bawa kami g ber'spa'. Spa kaki kat Posh Nails kat Jln PJS 11. 


I tak ada gambar nak letak sini. I boleh cerita aje la apa yang berlaku.


Ella ambik i dari rumah, pas tu ambik Yanti kat TSB pas tu g makan kat Homs - Chinese Muslim Restaurant. I makan tauhu brokoli dengan sup bebola ikan. Ella pesan apa ye...mi ketam? Yanti makan yee mee. semua dihidang dalam bekas besar2. Akhirnya, kami share makanan. Sebaik lepas makan, masing-masing mengantuk pulak...


Sebab appointment lama lagi, kami berjalan sambil cuci mata kat butik2 kasut dan baju. Tersangkut jugaklah kat blouse dalam butik Korea. Material blouse tu lembut...tu yang sangkut tu...


Masa kat spa tu, kami sederet duduk. I pasti Ella akan citer bergambar dalam blog dia. Masing-masing hulur kaki je. Yang siap cepat i, sebab kata pembantu kedai tu, kaki i tak ada callus. Ish! Biar betul...pasal i rasa, kaki i la yang paling hodoh...berhari2 dengan tumit tinggi...berdiri banyak. Kata kawan2 i, i tak banyak berjalan. Banyak duduk. Ish! Dorang tak tau...i banyak berjalan dan dengan tumit tinggi. Apa2pun...best tau 'spa'kan kaki ni. Rasa manja giler....bila dah siap, terasa kulit kaki lebih lembut dari kulit wajah i...


Dari 2.30 petang sampai 5.30 petang kami duduk kat Posh Nails. Bila semua dah selesai, masing2 perasan kaki masing2 cun...


Pas tu kami p makan kat Fullhouse. I minta Korean Noodle, tengok2....lerrr....serupa je macam makan maggi. Gelak2 kitarang.


Apa2pun...terima kasih Ella sebab belanja spa tu!


Sunday 5 February 2012

Seronoknye cuti...

Empat hari cuti ni...rasa macam dapat cuti setahun. Rasa seronok sakan. Ye la..selepas berhari2 i rasa i bekerja kuat dengan ada hari yang tak tidur malam, bila kerja yang sepatutnya selesai pas tu pulak cuti..aduhhhh...kepala terus kosong...eh silap! bukan kepala terus kosong tapi lebih kurang gitu la...langsung tak nak fikir pasal kerja...

Semalam i rehat habis...satu hari suntuk tak buat apa2. Petang lepak ngan K.Chik@Ella kat Restoran Resipi Rahsia. Lama tul tak jumpa dia. Macam setahun tak jumpa je kami bercerita sampai la ke Maghrib. Tu pasal huby selalu sakat i, kalau jumpa Ella tak reti nak balik...Ada pulak...Hari ini, nasib baik  K.Chik@Ella ajak i p bersenam, kalau tak, ada harapan i menambah berat badan. Ini pun bibik yang tolong kemas rumah dah komen kat i,'ibuk dah gemuk ye buk...' Alahai...

Esok, i kena gak g ke opis...kena gak buat keje walaupun rasa nak lepak terus tu ada...i kena kuatkan semangat esok, g opis, buat apa2 yang patut. Kena buat analisa respon pelajar ke atas kelas i. Entah apa la agaknya hasil analisa tu...harap2 akan dapat membantu memperbaiki diri i..

Hmmm...kawan2 yang sedang bercuti tu, selamat menghabiskan masa ye...dengan pengisian yang menggembirakan...

Thursday 2 February 2012

Siapa pilihan u..?

Ikut hati i, malas nak fikir atau bercakap bab politik. Tapi PRU dah dekat...sape pilihan anda? Syyyhhhh! Undi anda rahsia....

I berbual dengan kawan tentang parti politik. Seronok juga sesekali berdiskusi begini. Cuma, pada akhirnya...menang diskusi je la kan...bukan i menang, atau kawan i menang...cuma maksud i ni...yang akan dapat habuan, yang dicalonkan dan menang, kita pulak...hmmm..bak kawan i kata...tak habis2 ditipu! Betul ke?

Nak cakap banyak2 pasal soal politik dan parti dalam blog begini, bimbang orang salah faham. Nanti jadi isu pulak. Tapi, kalau la semua orang benar2 diberi pilihan dan hak bersuara tanpa dianggap memberi fakta salah atau mempengaruhi pilihan orang lain atau apa saja la...i rasa, mudah bagi orang macam i ni.

Ini pasti: dalam mana-mana keadaan, mesti ada protagonist dan antagonist.

Macam manpun i teringat kata-kata ini, 'give change a chance..' Hmmmm....Pilihan di tangan kita kan? Alangkah berat bahu kita memikul tanggungjawab ini kan?

Entahlah..ini pandangan cetek orang seperti i. Pasti tidak menyinggung sesiapa kan?

Perihal 'influence'

Nape i nak cakap pasal 'influence' ni? Kita samada di'influence' atau meng'influence'. Pengaruh, mempengaruhi...samada berlaku secara sedar atau tidak sedar.

I sendiri tak tau yg i ni berbakat boleh 'influence' orang. Cuma i nak share ngan u citer ni.

Sebab i nak stay 'slim' (konon), i tak makan nasi..lama jugak la...since last year and the year before. Tapi ada la sesekali, once in a blue moon, i makan nasi. Nasi ni memang kegemaran i. Pi luar negara pun cari nasi. Cuma bila umur dah meningkat, dah bersenam robik, bergim, tapi berat masih tak berubah..i buat keputusan nak 'go without rice'.

Kawan2 rata2 tau i tak makan nasi. Bos i pun tau. Cuma, satu hari tu, bos i tetiba kata dia nak ikut cara i, tak mau makan nasi...mulai hari itu, dia tak makan nasi. Sedangkan i memang tau, bos i ni macam jugak la...kaki makan. Tak pernah nak tolak rezeki kata orang tu. Mula-mula dia buat, dia betul2 ikut apa yang i ambik. I tau sebab kami duduk semeja masa tu. Tapi sebelum tu, dia mencuba minum satu gelas besar, dalam 250 ml kot banyaknya, teh Herbal Life. So i fikir, dia kenyang minum teh.

Tapi rupanya, dia betul2 tak makan nasi. Dah dekat dua bulan. Kalau dia makan pun, memang sangat sedikit. Dia kata, dia tak pula rasa letih. Badan rasa lebih ringan.

Bos i memang la doktor nasihatkan supaya turunkan berat badan dia, sebab dia dah mula sakit2 lutut.

Sambil tu, dia mula ambik Herbal Life. Memang nampak perbezaan bos...

So...i telah 'influence' bos?

I pulak, bila tengok ramai kawan kat ofis ambik Herbal Life...terasa-rasa pulak nak join dorang. I suka nak minum teh aje. Tak payah la minuman protein tu. tapi setakat ini, belum terbeli la lagi...

Ini, i ter'influence' pulak...

So, kawan2...dalam hidup kita ni kan, tanpa kita sedari, kita boleh memberi kesan terhadap mereka yang mengenali kita. Nyata sekali, ahli keluarga sendiri, anak2. Kemudian, kawan2 juga. Kita tak tau, dalam senyap, perlakuan kita mempengaruhi orang lain. Kita sangka kita ni sebagai, 'siapa la aku...'.

Sebab itu, dalam agama kita, kita dinasihatkan berhati2 memilih kawan kan....cuma, janganlah terlalu memilih semata2 kerana kawan kita tu kurang harta, kurang lawa, kurang pandai dan sebagainya....kalau yang lebih cakap, lebih kaya dan sebagainya pun ada gak kesan buruknya...hanya yang perlu kita ingat, bijaklah berkawan....betul tak?

bila kecik hati

Biasa kan rasa kecik hati?

Biasa la...kalau dah nama manusia...ada saja yang tak puas hati. Sikit je silap..kecik hati..merajuk...

Itu la i...kadang i merajuk lama sikit..kadang kejap aje...tp bila i merajuk, i tak bercakap...sama jugak bila i marah...i tak bercakap...

Secara logiknya, rajuk ni tak perlu dilayan kan?

Tapi ada ketika, hati yang sakit ni tak boleh tahan..senyum pun jadi kelat je rupanya. Apa kan daya, banyak kali bila i merajuk, tak de sapa nak pujuk punnnn..melainkan diri sendiri.

Ni nak belajar besar2kan hati . Menulis adalah satu ubat. Curah segala yang terbuku. lepas dah tulis dua, tiga muka..lega la..hilang rasa kecik hati atau marah. Kalau tak mau juga hilang...tidur la..apa lagi.