Wednesday 28 March 2012

Yay! Satu tugasan penting dah siap!

Itulah i rasakan pagi2 buta ni. I sanggup tidur atas lantai malam tadi supaya i tak berasa selesa dan dapat bangun awal untuk siapkan tugasan. Dah berapa hari tugasan tu duduk dalam kepala i. Hari ni ada sesi kompilasi maklumat so, alhamdulillah...i rasa i dah sedia.

Memang seronok giler bila apa yang bermain di kepala tercurah atas kertas. Rasa tak percaya yang akhirnya dapat juga i sudahkan tugasan.

Sekarang, ada lagi yang bermain di kepala ni, tugasan penulisan kedua...insyaAllah, dah buat yang ini, yang lain akan jadi mudah juga. Isu lebih kurang sama cuma, diolah dalam cara berbeza.

Menulis ni memang satu terapi...tul kan KakChik@Ella?

Apa salahnya i kata u pandai masak?

Ada lelaki tak suka bila diwar-warkan yang dia pandai masak. Dia rasa rendah diri sebab dia rasa dia akan diketawakan oleh kawan2 dia...ada ke macam tu?

I tak pernah sekalipun pandang hina pada mana2 lelaki yang pandai masak. Malahan pujian i melangit dan tumpang bangga sebab sudi mencemar duli masuk ke dapur membuat apa yang selalunya perempuan buat. Malahan, i pernah merasa segan pada seorang kenalan lelaki yang mengatakan bahawa anak2 dia suka bila dia yang memasak.

Kadang i rasa kan, salah mak lelaki...manjakan anak2 lelaki sampai anak lelaki tak reti nak buat apa2 di dapur. Bagi i tu mengada namanya... sampai nak buat minuman sendiri pun tak reti? lagipun tak kan jatuh air muka pun bila masuk ke dapur.

Lelaki yang pandai masak ramai kan..golongan tukang2 masak yang ada sijil, yang dah ke mana2 di dunia mempelajari masakan...dan melakukan kerja itu dengan baik. Boleh buat duit. Tiada siapa pandang hina pun.

Tapi, lelaki yang bukan tukang masak profesionnya, hanya seorang suami...terasa pulak bila si isteri dengan bangga menceritakan perihal suami yang pandai masak. Sedangkan si isteri tiada niat mempersenda atau menjatuhkan airmuka.

Adoiii..lelaki! Memang tugas rumahtangga tu kerja u tau...perempuan ni sepatutnya layan u aje..jangan la terasa hati bila isteri di rumah ada ketika tak berseri..penat.

Dan i perasan...lelaki ni kan, bila dia yang ke dapur, dia fikir dia orang gaji..habis, kalau perempuan ke dapur tu..orang gaji la ye? Ish!

Tuesday 27 March 2012

Ish! Perempuan ni...!!

Ni la pagi2 i dah dalam keadaan grrrrrr...geram. Pagi2 i dah bertengkar sikit dengan suami i...geram sungguh rasa hati.

Dan pagi2 ni i dah berjanji dengan diri i sendiri supaya i lebih hati2 dengan mana2 kenalan perempuan yang nampak macam boleh percaya tetapi sebenar.....

Yang i bengang tu, suami i percaya pulak kata2 kawan tu, lebih dari kata2 i...kata suami i,' tak kan dia menipu?' Adoiiii....jadi isteri sendiri menipu la maksudnya??? Betul2 sakit hati i ni...

I hanya menjawab soalan kawan tu dengan jujur sambil bergurau. Tetapi kawan tu sudah sedikit 'twist' kata2 i menyebabkan hati suami i terguris. Alahai....

Memang la betul pandangan masyarakat, kebanyakan perempuan tak boleh dipercayai.

Selepas ini, i hanya akan senyum saja pada kawan tadi...less words exchange between me and her.

Simpati i pada dia seperti tidak berbaloi!

Sunday 25 March 2012

Shame on me!

Aduyai..asyik mengantukkkk je mata ni...macam la tak cukup tidur! Ni pun i dah mengantuk. Keje tak selesai kalau asyik nak tidur..

Kalau i keje sampai terlajak masa tidur, i dah tak boleh tidur..kalau i tak masuk tidur...husband pulak sound kat i...macam2 la..

Kalau i asyik nak tidur punnn..i kena sound jugak!

But i realized this, as age is increasing, so is our body metabolism and there is increasing necessity to rest the body more. But then, how does intelligent people like Prof Diraja Ungku Aziz handles himself? He seems to be active all the time. And he has a very alert mind...

Oh dear...i yang baru setengah dari umur dia dah mengeluh keletihan...shame on me!

Weekend class..here we go!

Waaahhh..hari ni bermula kelas i dengan pelajar2 e-PJJ. Seronok dapat jumpa dorang balik..sesi kedua..bahagian kedua...dan yang penting, dorang pun macam hepi jumpa i..hehehe..ke...i yang perasantan?

Tapi cam biasa la kan, first session is lots of babbling...bukan apa..nak remind tu yang berehat sakan lepas exam, the whats to be done sekarang. Jangan ulangi kesilapan lalu...

Bukan senang nak bagi dorang faham...tapi, i ikhlas dengan dorang. i memang nak dorang jadi lebih baik..lebih baik dari i jika boleh.

Mudah2an...niat ikhlas i ni mendapat keberkatan dan students i berjaya mencapai apa yang dihajati..segulung ijazah!

Mudah2an dengan ilmu yang diperolehi, mereka boleh menjadi insan yang lebih efisien, efektif dan baik dalam menjalankan tugas masing2..

Cheer up my students! We are going to have more fun!

Wednesday 21 March 2012

Apa nak jadi ye?

Dahsyatnya sekarang ini kan...di mana2 pun macam tak selamat. i kesian kat anak2 i. tiada kebebasan nak berbuat apa2 yang mereka rasa enjoy nak buat..bermain di taman pun susah i nak benarkan...dengan kes pencolekan yang acap kali kedengaran di media massa...aduhhh...

I teringat masa i kecik2 dulu, i memanjat pokok, bermain perang2 dengan kawan2 di kampung, malam2 pun masih boleh berjalan ke sana ke mari di kampung..selamat..

sekarang, depan mata pun masih tak selamat rasanya...apa nak jadi la dengan kehidupan sekarang ni ye..kenapa la ada manusia yang tak berhati perut?

Dulu, berita pembunuhan amat jarang kedengaran di sini, di Malaysia..sekarang ni..masyaAllah...anak bunuh mak, ayah; cucu bunuh nenek, datuk; suami bunuh isteri...aduhai...sedih, sedih...

Sungguh la dunia ini sudah menghampiri penghujung...Nyawa tidak lagi berharga. Tiada lagi belas ihsan, belas kasihan..penindasan berleluasa, jiwa tak tenteram kerana memikirkan ahli keluarga yang belum tentu selamat ditinggalkan di rumah. sedangkan kita percaya kepada jiran dan masyarakat sekeliling. macam mana ye ni?

Marilah kita sama2 berdoa untuk keselamatan semua yang kita sayangi...jaga diri semua...

Selepas beberapa bulan rehat..

Akhirnya i telah mulakan balik aktiviti fitness i...hari tu i berhenti sebab bulan puasa, pas tu raya, pas tu sibuk..alasannnn...

Now i mula balik sesi aerobik bersama rakan2 baik: Ella, Yanti and Mardiana...dan semalam, i mula semula pergi ke gymnasium...kena buat balik semua exercise sebab terasa sangat keperluan bersenam tu...

i bersenam untuk kesihatan..to keep fit, to look and feel good...

i hope the results would be just as i want them to be...keep my body fit, firm n look good...jealous tengok kawan2 yang stay cun, pinggang ramping...i pun nak gak! Kalau dah perempuan kannn...

okay kawan2...thanking all for reading my entry...stay cool okay!

Tuesday 13 March 2012

Pakailah apapun

Janji sesuai, kita selesa, kita hepi

Ada orang kata, pakaian ini melambangkan peribadi. Kalau cantik pakaian, cantiklah peribadi. Betul ke? Pernah tak dengar kata2 ini: Dont judge the book by its cover? Cover lawa...content hancussss...ada jugak kan?

Jadi, bukan semua yang berpakaian cantik, mempunyai peribadi baik. Pakaian itu hanya sebagai perlambangan sahaja, menutup kelemahan dan keburukan atau boleh juga menambah kebaikan.

Tapi memang ada, bila perangai terlalu la buruk, pakai apapun nampak buruk juga. Orang ni boleh berpakaian lawa, sebab dia mampu begitu. Dan dengan pakaian itu, dia cuba membina keyakinan diri. Menutup kekurangan yang ada.

Ada juga, berpakaian kurang menyenangkan hati tetapi, perangai terpuji. Orang seperti ini, tak mampu nak bercantik2...dan rela menunjukkan apa yang ada, tanpa menjadi orang lain. Dan orang seperti ini mempunyai keyakinan tentang diri dan kebolehan dia.

I berpandangan, pakaian sebenar adalah sikap dan perangai kita. Jika elok sikap dan perangai kita, cantiklah kita di mata sesiapa pun...

So, jangan kita asyik memandang serong kepada sesiapapun...walaupun sipeminta sedekah atau orang kelihatan kurang siuman. Bayangkan juga apa orang lain fikir tentang kita...

Akhir sekali...pakailah apapun, asal tidak menyakitkan perasaan orang lain dan kita tahu siapa kita.

Monday 12 March 2012

Terimalah seadanya

Itu lah yang terlintas di kepala i bila i fikir2 apa yang i nak tulis kat sini hari ni.

Hakikatnya, kita tak tahu apa akan berlau di esok hari. Kita boleh je plan macam2 kan...tapi semuanya Yang Maha Kuasa yang menentukan. Tapi, tetap juga kita kena plan hidup kita. Jika tidak, kita tak punya hala tuju, tak tahu apa nak jadi dengan hidup kita.

Tentu saja kita tau, tujuan kita hidup adalah untuk DIA. Semua yang kita buat seharusnya menuju ke situ...ke arah DIA. Tapi, bukanlah bermakna, kita tak boleh tetapkan hala tuju selain itu. Hala tuju kepada DIA tetap saja 'background' kepada lain2 hala tuju hidup kita.

Ada ketika i menyalahkan takdir hidup i...kenapa i tidak begitu, begini...tetapi apabila rasional datang semula ke kepala i, i sedar, hidup ini sebenarnya adalah cabaran. Dan setiap satu yang berlaku itu adalah pelajaran, memberi pengalaman, mengajar supaya jadi lebih baik dari sebelumnya. Sentiasa ada kebaikan dalam setiap keburukan dan mungkin juga ada keburukan sedikit dalam setiap kebaikan?

Jadi, i fikir...selagi ada kewarasan fikiran, i harus terus gunakan akal yang ada untuk buat pertimbangan. Tiada salah berbuat salah...hanya, i mesti tau...kesalahan ada kebaikan...ada ilmu di dalamnya. I rasa la...lebih baik kita tau kesalahan kita dari kebaikan kita. Jika melihat kebaikan sahaja, i fikir...selamanya kita perasan kita bagus, kita tak belajar apa2. Cuma...bila nyawa meninggalkan jasad, biarlah yang disebut2 kebaikan sahaja bukan kesalahan atau kejahatan.

Lalu, i buat keputusan, rancang hidup...tapi beri ruang pada kemungkinan. Terima apa yang ada dan jika mampu, i harus perbaiki. I harus sentiasa waspada sebab dugaan datang dari semua arah, dalam pelbagai bentuk. Yang penting, i mesti ingat selalu...ingat siapa diri i. Akhirnya I berharap, orang lain boleh menerima diri i seadanya kerana i percaya, apa yang berlaku adalah cermin hidup kita.

Sunday 11 March 2012

Seronoknya bekerja

Itulah yang i rasa...

Suatu masa dulu, i tak pernah berangan untuk capai ke tahap i sekarang. yang i tau masa tu, i nak jadi suri tangga sepenuh masa, tapi suri rumah yang ada kelulusan akademik..itu aje. simple sakan kan cita2 i masa tu.

tapi sekarang...lain la jadinya i ni. i ada kerjaya..dan boleh i katakan, kerjaya i ni agak mencabar jugak la. bukan setakat jumpa pelajar, i juga berurusan dengan beberapa agensi kerajaan lain, kena jaga nama institusi tempat i bekerja, jaga maklumat...pastikan maklumat i betul sepanjang masa.

memang la ada ketika, i rasa sangat lah susah hatinya sebab macam mana ye nak bahagi masa sebaiknya buat itu, buat ini, dan banyak ketika i rasa, i korbankan masa dengan keluarga...sebab hujung minggu pun i kerja. cuti tahunan i setakat ini, tak pernahnya habis..rasanya lagi 2 tahun, banyak cuti i tu 'burn' la jawabnya.

sungguhpun begitu, rasa seronok bekerja ini, sangat i terasa. sungguhpun macam2 tugasan i lakukan, i terasa seronok. walaupun setakat berjumpa pelajar-pelajar baru, i tetap berasa seronok. i suka ofis i. bagi i, ofis i adalah satu tempat yang aman...pulak i dapat bilik yang punya pemandangan yang indah...i suka sangat.

insyaAllah, i rasa sampai satu hari i tamat dari perkhidmatan sekalipun, i rasa i akan tetap berasa seronok. sebab bagi i, setiap hari, setiap masa, setiap perkara, setiap masalah, setiap segala sesuatu la...memberi i pengajaran dan pelajaran...buat i jadi lebih matang dari semalam...

hanya i berharap, mudah2an setiap sesuatu yang i buat ini adalah seikhlasnya hati i...kerana i yakin, di sebalik segala yang susah, ada kesenangan...

SELAMAT BEKERJA semua ye!

Pulau Jerejak

Nak citer sikit pasal Pulau Jerejak. i stay 4 hari 3 malam kat sana. Stay kat chalet.

Sebenarnya, i tak tau pun yang Pulau Jerejak ni ada resort: Jerejak Rainforest Resort. Dari jambatan Pulau Pinang boleh nampak pulau tu. Jeti ke pulau tu dekat dengan Queensbay. Resort tu dibuka dalam tahun 2003 lagi. Lama dah rupanya...

Ini jeti nak ke Pulau Jerejak. Cantik kan pemandangan dari jeti ni.


Ini tempat makan : Santapan namanya

Cantik juga pulau ni. Kat dinding dekat dengan lobi tercatat sejarah berkenaan pulau tu. Mengikut sejarahnya, memang pulau tu untuk menempatkan pesalah. Penjara tu berada di sebelah lain pulau. Penjara ditutup selepas berlaku kekacauan di sana. Masih ada lagi tapak penjara tu. Ada laluan untuk melawat ke tapak itu. I dengan beberapa orang kawan i melalui laluan itu konon nak sampai ke tapak penjara. Tapi sebab waktu tu dah lewat petang sangat, dah pukul 7 petang, so kami tak la pergi jauh sebab...ye la...malam tu malam Jumaat...laluan tu pulak hutan...hehehehe...Banyak rumah tinggal tau sepanjang jalan ke laluan tu....seram la jugak..

Ok. Resort tu sesuai untuk aktiviti lasak. Ada macam2 kemudahan disediakan. Masa i nak balik tu, ada sekumpulan pelajar sekolah dan juga staf Stadium Kedah beraktiviti riadah di sana.

Kat situ, ada spa juga. Ada mini library. I pinjam satu buku cerita dari sana. Belum pulangkan lagi...rasanya i kena poskan kot untuk pulangkan. Ada juga mini gymnasium...tepi hutan. Sempat gak i bersenam kat situ tapi sambil i berlari kat treadmill, mata melilau tengok keliling sebab...takutttt...sambil menepis nyamuk2 yang menyerang...

Ini jambatan gantung yang i agak jaraknya adalah dalam 100 meter. Kat bawah jambatan tu sungai.. Masa i lalu tu...takut jugak i..tapi sempat la berposing!

Memang tempat tu menarik tau...kalau ada sesiapa berminat, nak rehat tanpa gangguan, bolehlah ke Pulau Jerejak...



Thursday 8 March 2012

Put down the baggage!

Cerita ini interesting:

There is a story about two monks walking in the forest when they come to a stream. There is a woman struggling to cross and so one monk picks her up and carries her to the other bank. The monks continue on their journey but the one who had not carried the woman was, despite not saying anything, obviously furious. After some miles he broke his silence and said, “Our order prevents us from touching women, I can’t believe that you would carry that woman across the stream!” He is met with a smile from the first monk who says, “Brother, I put that woman down five miles ago, why are you still carrying her?”

Choose to put down the baggage; don’t carry other people around in your head. If you need to say something, say it but remember they will often feel as justified in their perspective as you do in yours.


Source: http://selfleadership.com

Hell would be trying to please all the people all the time.

Suka tak topik tu? I dapat dari satu laman web - http://selfleadership.com. So i nak ulas apa yang i baca dan share ngan sesapa la yang sudi baca.

“What other people think about us is none of our business.” This is a tough mindset to master because most of us want to be liked and respected by others. Hell happens when we are not liked or loved or when people do not behave in the way we think they ‘should’.

Ini kata-kata Andrew Bryant, seorang 'coach' aka pembimbing.

Betul kata-kata Bryant tu, kita rasa tak selesa bila orang tak suka kita. Sebab itu, kita selalu berusaha untuk jaga hati orang lain sedang hati  kita selalu aje terluka. Kita yang jadi sakit sebab kita jaga hati orang lain.

"we are responsible ‘For’ our thoughts, feelings, speech and actions – we are not responsible ‘for’ what somebody else thinks, feels, says or does. Our sense of ‘Self’ our self-esteem is not dependant on others and we give up our power of choice if we allow others to define us."

Ini kata Bryant lagi. I percaya tu. Apa orang fikir tentang kita memang di luar kawalan kita. Ada ketika, kita buat apa yang orang suka kita buat tetapi, masih juga ada yang tak suka. Bukan mudah nak jaga hati semua orang kan. Dan akhirnya, ada ketika, tetap juga ada hati yang terluka. tetap juga kita masih diragui. Tetap juga kita yang merana.

Kalau difikir2 dalam2, Bryant mengenengahkan pandangan liberal / orang Barat, budaya barat yang mana memang ramai kita sudah praktis. Kita kata, 'jaga tepi kain sendiri ye...' itu la lebih kurangnya apa yang tersirat dalam kata2 Bryant. Tapi ini melihat dari satu sudut. Dari sudut lain pulak, i rasa, adalah bertujuan untuk membuat kita bergerak ke depan. Sebab bila asyik fikir tentang apa orang fikir tentang kita, banyak masa terbuang memikirkan tentang itu, melambatkan kita bergerak ke depan, menjadikan kita kurang yakin dan akhirnya kita tertinggal keretapi.

Buat apa yang kita rasa kita selesa. Tidak susahkan orang lain. Dan yakin dengan keputusan kita sendiri. pada masa sama, i fikir, harus kita sentiasa bertawakkal selepas kita membuat keputusan.

Akhirnya Bryant juga berkata begini:

Should we consider the feelings of others? Of course we should.

Are we responsible for the feelings of others? Absolutely not!


Another soft reminder for Rozzana....

Wednesday 7 March 2012

Alahai SBPA!

Chakkkk!!
Hehehehe...lama i tak berblog ni...rindu pulak rasanya...

Masa i menaip entry ni i berada di Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Jadi fasilitator sekejap kat sini. Objektif i sebelum tiba sini adalah memastikan apa yang diminta selesaikan di sini, selesai..insyaAllah.

Entry lain nanti i akan cuba upload pasal pulau ni. Tapi sekarang, i nak cerita lain sikit la...pasal SBPA yang dah mansuh sebelum bermula tu...kelakar jugak rasanya kisah SBPA ni. Alaaa...skim baru perkhidmatan yang digembar-gemburkan menggantikan SSM tu...

I dapat tau tadi, skim sudah dimansuh. Gaji bagi staf bawahan naik 13%. SSM masih digunakan lagi. Tarikh semua ni berlaku ialah hari ini: 8 Mac 2012. Should we be 'thankful' Najib?

Hmmm..i nak komen sikit la pasal pegawai2 yang terlibat dengan semua ini...penjelmaan SBPA. First, i kesian gak kat dorang sebab, penat dorang buat kertas kerja dan buat sedikit kajian tentang gaji sapa nak naik berapa, kaji skim gaji dan sebagainya...alih2, kena mansuh. Letih tu...entah2 ada yang claim lebih masa masa buat semua tu.

Secondly, i rasa...masyaAllah...kenapa la dorang tak kaji betul2 sebelum buat apa2 keputusan.?Kenapa la agaknya pihak2 yang boleh membantu buat keputusan tidak diberi draf kertas kerja dulu? Kenapa la mesti digembar-gemburkan dulu sesuatu yang nampak belum cukup perbincangan di dada2 akhbar?

Memanglah yang dapat untung besar bak durian runtuh adalah mereka yang berada di kalangan eksekutif tertinggi perkhidmatan, tentulah golongan ini, senyum2 kambing bila golongan bawah bising2 tentang ketidak adilan. Maka, yang berduit...bertambahlah duitnya...yang kurang berduit...masih juga kurang berduit sebab jurang kenaikan gaji yang amat ketara. yang dapat gaji besar ni, mampu berbelanja RM100 sehari tetapi yang mendapat kenaikan sedikit tu...RM100 sehari adalah a rare treat.

Hanya i nampak, di Malaysia ni ramai orang yang jiwanya tenang dan mudah bersyukur....walaupun kenaikan gaji jauh lebih rendah berbanding CEO kerajaan...masih lagi ada yang tersenyum...kerana memang dasarnya... lebih besar periuk, lebih besar keraknya!