Monday 29 October 2012

Siapa kata Allah tak sayang kita?

I nak berkongsi sesuatu yang sangat menarik dan menyentuh jiwa I semasa membacanya. Seorang sahabat telah menghantarkan kepada I kata-kata seorang ustaz (Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man) semasa I merasakan seperti I seorang sahaja ada masalah....bacalah. 

"Allah tidak pernah menjanjikan hari tanpa kesakitan, ketawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hari hujan. Tapi Allah menjanjikan kekuatan diri dan iman untuk mengharungi setiap hari, ketenangan kepada air mata yang mengalir, cahaya di waktu kegelapan.

Siapa kata Allah tak sayang kita?

Setiap musim bunga, Allah menghantarkan kita bunga. Setiap pagi, Allah menghadiahkan matahari terbit. Setelah penat lelah, Allah menghadiahkan waktu malam untuk berehat. Itu bukti kesayangan Allah pada kita.

Jika Allah membawa kita ke sesuatu keadaan, percaya dan yakinlah Allah akan membawa kita melalui keadaan tersebut.

Diharap kata-kata ini membantu kepada mereka yang terkecewa dan tersedih dan terlupa bahawa segalanya hanyalah sekadar ujian Allah sebelum kita ke akhirat."

Setelah membaca kata-kata ustaz ini, I terasa diri yang sangat kerdil dan menginsafi bahawa, Allah menguji kerana Allah kasihkan kita...wallahualam. 

Terima kasih wahai sahabat kerana berkongsi ilmu dengan I dan selalu menceriakan I.

Saturday 27 October 2012

I did it again..oh my!

Just now my younger brother was teaching me about something that all this while i never put much thought about...take care of your family...

Well, it is not that i never take care of my family all this while. Only i have not done things like, helping them with some possible opportunities. Once i remembered about my one and only uncle, asked me if i could help my cousin get into the university, the same place i work. I straight away told my uncle, i could not. And i supposed i have hurt him because i am not willing to help my own cousin. At that time, i really didn't know what i can do because, i really have no influence over any decision with regards to enrollment and such. I believe, even if it was my own children, if they don't do well,  i would not be able to help. If i force myself into the system, i believe, i am stopping someone else's chances when he or she is more deserving than my own. An opinion not shared even by my own husband. 

The other day, once again, i was being asked if i knew how to get a business spot during the convocation period and without much thought, i simply said that i really don't know much about that. It never crossed my mind that i was actually requested a favor. I simply answered that perhaps that can be asked through a certain department. Then i forgot all about the question until tonight.

My brother was implying that i have not been tactful enough with my answer and that i had once again hurt my uncle's feeling. Oh dear! Not again...

Now, i have to do something. And i have to plant into myself that, i am expected to do some favors from some family members and maybe even friends. I guess, this is the starting point of cronyism at small scale? No wonder people are saying that, you need some cables of some sort to enable to penetrate into a business, establishment, or the like. So now, i am like a cable to my family...already i feel the burden of responsibility. I really don't want to be involved in any such thing. i don't feel good doing it. and i don't want any complication related to this kind of involvement. oh dear...what is the best to do now? stick to my principle? i wish i don't have to think about this...help!! 

Friday 26 October 2012

Yay! Lega...

Selepas beberapa hari berkampung di Dungun, Terengganu, 2 hari lepas i sampai semula ke rumah. Seronok tak terkata sebab...home sweet home la katakan.

I bertolak ke Dungun menaiki Firefly, pukul 4.30 dah keluar dari rumah. Flight pukul 6.30 pagi. Sampai di Kerteh, melihat sekeliling...ramai lelaki memenuhi ruang menunggu. Semua berpakaian coverall warna oren / kuning. Semua bersedia untuk berada di laut beberapa hari atau mungkin minggu?  Sebaik sampai, beberapa orang anak didik sudah sedia menunggu di lapangan terbang, bas pun sudah tersedia, kami semua menaiki bas menuju ke Dungun. Perjalanan 45 minit lebih kurang. Sempat singgah di kedai makan Mesra, mengisi perut.

Sepanjang hari hujan. Disebabkan sedikit masalah teknikal, tengahari tu, yang sepatutnya digunakan untuk membuat persiapan program, kami gunakan untuk ke Pasar Payang, Terengganu...shopping mata. Batik lawa-lawa....tapi i hanya shopping mata. 

Esoknya, seawal pukul 7.30 pagi, i bersama dengan kawan-kawan yang bertindak sebagai fasilitator, bersedia di dewan Aspirasi untuk aktiviti sepanjang hari. Sebagai pengurus majlis, i memang tak boleh duduk diam. Ada saja yang i kena pastikan berjalan dengan baik. Ini program besar kedua i kena handle tahun ini. Program bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 10.30 malam sehinggalah ke hari persembahan kumpulan yang berakhir selepas jam 1.00 pagi.

Apabila tiba hari terakhir, 24 Oktober, hari pembentangan bagi kumpulan-kumpulan pelajar, i rasa hepi sangat sebab dah hari terakhir. Dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Objektif program tercapai. Sesungguhnya berbaloi segala usaha. Sememangnya tanpa bantuan ramai kawan-kawan dan anak-anak didik, i rasa i tak akan mampu melakukan kesemua tugas i memastikan program berjalan lancar. Syukur sangat kerana dipermudahkan urusan sungguhpun ada kekurangan di sana sini. Yang penting...dah selesai...

Minggu hadapan...ke Langkawi pula...hmmm....jom!



Thursday 25 October 2012

Tarian kuda kepang...ada hantu?

Entah la...susah i nak i tidakkan. I pernah dengar beberapa kali mengenai beberapa aktiviti kebudayaan yang bukan sebarangan orang boleh lakukan...antaranya adalah tarian kuda kepang dan ulik mayang. Selama ini i sekadar mendengar tentangnya. Bagaimanapun, baru-baru ini semasa i mengendalikan satu program bersama dengan pelajar, berlaku kejadian yang sedikit mencabar kemampuan i mengendalikan program. Apabila pelajar diminta membuat persembahan berdasarkan negeri-negeri di Malaysia, kumpulan pelajar ini yang berada dalam pasukan Johor, mempersembahkan sedikit sahaja tarian kuda kepang. Selepas sahaja selesai persembahan mereka, dua orang ahli kumpulan diserang histeria.

Terkejut i semasa dimaklumkan berkenaan hal itu. Syukur alhamdulillah, kedua pelajar tersebut terasing dari yang lain yang berada di dewan. Mereka berada di luar dewan. Tak siapa sedar kejadian itu melainkan beberapa sekretariat yang bertugas, i dan tentunya i harus melapor kepada bos i.

Rupa-rupanya, selain tarian itu yang 'berhantu', dewan tempat kami mengadakan aktiviti juga ada 'penunggu'. 

Seorang ustaz membantu untuk menenangkan pelajar-pelajar yang mempunyai kekuatan luar biasa itu. Memang menurut ustaz, susah untuk tenangkan sesiapa yang 'terkena' kuda kepang ini. 

Program kami selesai selepas pukul 1 pagi. Dan dengan tenang dan tanpa memaklumkan apa yang berlaku, i memberi arahan keluar dewan secara senyap dan teratur. Ustaz yang membantu kemudiannya meminta agar pelajar-pelajar perempuan ditahan sementara waktu dari menghampiri asrama di mana pelajar yang ter rasuk masih dalam keadaan kurang stabil. Kasihan i tengok pelajar-pelajar perempuan yang nampak keletihan dan mungkin risau sebab keesokannya mereka kena membentang kajian kes pula.

Hampir pukul 3 pagi barulah semua pelajar boleh dimasukkan semula ke asrama. Itupun apabila ustaz yang sama memaklumkan bahawa, mereka tidak selamat berada di dalam dewan.

Sehingga ke hari esoknya, pelajar yang ter rasuk itu masih kurang stabil dan i memohon agar keluarganya dimaklumkan. Kata ustaz, jika 'benda' yang ada bersama pelajar itu adalah dari Dungun, sebaik pelajar meninggalkan kawasan, 'benda' itu akan keluar tetapi jika 'benda' itu hinggap semasa perjalanan ke Dungun, susah la nak keluar.

I bertolak semula ke Shah Alam pada malam 25 Oktober. Pada pukul 11.00 malam i dimaklumkan yang keluarga pelajar perempuan itu sudah mengambil pelajar untuk pulang ke rumah.

Berakhir episod kuda kepang bagi i. Hanya i berdoa agar, pelajar-pelajar yang 'terkena' itu semuanya dapat melupakan apa yang mereka telah alami.

Wednesday 17 October 2012

Bengangnya.....

Ni i nak komplen sikit pasal kerja orang yang diamanahkan jaga duit, jaga akaun. I respek la dorang ni. Bukan senang nak jalankan tanggungjawab tu. Yang bagusnya, duit yang dorang kira tu, atas paper. Dorang pun tak pegang kot duit yang banyak-banyak tu...semua duit ada tag ... akaun A, akaun B, tabung A, tabung B dan macam-macam lagi. I paham la tu.

Apa yang i geram dan bengang ni ialah, big bos dah luluskan program. Perincian bajet dah diberi. Apa yang susah sangat nak release duit ni? Bab tabung-tabung bukan i tau. Itu kerja bendahari, pandai-pandai la kan bendahari nasihatkan atau lebih baik lagi, uruskan tabung mana yang sesuai. Tak payah lah nak tolak balik borang permohonan tu. Channel kan la kat tabung yang bersesuaian. 

Lebih mudah lagi, keluarkan clear guidelines: Jika anda terlibat dengan aktiviti seperti ini, sila gunakan kemukakan permohonan menggunakan borang ini untuk tabung ini....bla bla bla...

Lebih sakit jiwa lagi, pegawai pentadbiran, tak reti la pulak nak buat kerja...ish! Program lagi sehari nak berjalan, duit pendahuluan masih tak setel. Mana adil i dahulukan duit i dulu...program untuk institusi, yang dapat nama institusi dan bos...kuli batak macam i yang kena berkorban. Ikhlas? Bab kerja, kederat...ilmu, i ikhlas...tapi bab duit ni....lain la kalau bersedekah!

Ok, ok, rileks Ana...pas ni claim! Alahai..bab claim ni pun satu hal. Kerja dah dibuat, hantar claim dah 3 bulan lepas, bayaran....? Terlintas juga di kepala i ni...lagi baik jadi kerani...

Apa-apapun...dalam i bengang-bengan sebegini, nah...inilah ayam masak kicap untuk anak-anak jamu tengahari ini:




Tuesday 16 October 2012

Aktiviti dari 5.00 - 6.00 am

Satu jam bagi ramai orang adalah masa yang lama bila menunggu...tapi jika sesuatu yang ditunggu itu bersifat menakutkan, satu jam tu sekejap aje, kan? Begitu juga kalau ia melibatkan aktiviti dengan kekangan masa, masyaAllah...satu jam cepat aje berlalu. Inilah yang i rasa setiap hari bekerja.

I nak cerita sikit pasal aktiviti biasa i pada waktu pagi hari bekerja setiap hari dari pukul 5.00 - 6.00. I bersilat la kat dapur. Bersihkan pinggan mangkuk yang kekadang tak bercuci dari malam sebab anak-anak asyik nak makan selagi belum tidur. Buat sarapan dan juga menyediakan makanan tengahari untuk anak-anak. Ini rutin i sebenarnya dari tahun 2001 sehinggalah sekarang. 

Hari ini, 17 Oktober 2012, inilah yang i mampu sediakan dalam masa 1 jam:


Sarapan : cucur bawang + bilis, sambal sardin (yang ini hanya panaskan aje)
Makan tengahari: telur dadar, sayur buncis goreng, kari ayam.

Siap sudah sajian sehari i. Masa i nak pergi kerja tadi, cucur bawang + bilis tu dah tinggal setengah mangkuk. Alhamdulillahhhhh...

Mungkin aktiviti seperti ni 'kacang' je bagi ramai surirumah kan. Mereka ni cekap di dapur...profesional. I ada ketika terkial-kial juga terutama bila terlupa nak beli barang-barang masakan...

Apa-apapun...i anggap diri i sendiri...not bad! Kerja tetap kerja, anak-anak dan suami masih gak terjaga. hehehehe....way to go Ana!!

Sunday 14 October 2012

Sedapnyeeeeee...


I nak share dengan you macam2 kek yang i dah rasa sempena birthday kawan-kawan sepanjang tempoh 2011 - 2012 ni, yang i sempat rakamkan. Yang paling terbaru, strawberry cheesecake, sempat rakam kat mata aje...hehehehe...


Kek besday staf ofis - September 2012

Kek besday Nani - November 2011
Shared birthday cake - February 2012

Kek besday Fatihah - April 2012

Kek besday Ella - Julai 2012

Kek besday bos - Okt 2012

Semua chocolatey....my favorites....more chocolate please....



Friday 12 October 2012

Me Sexy? Nay...

Define the word 'sexy'...

Okay, in one dictionary i have...it is defined as: exciting in a sexual way....in another way, someone is said / considered as sexy when he/she has a sexual appeal.

Ngeri...

Nape i kata ngeri, ye la....bila orang nampak kita sexy, orang nampak kita mempunyai sexual appeal, kita mengujakan ... ngeri la kan..

Kenapa i nak bercakap pasal 'sexy' ni...? Saja je i nak cakap-cakap sikit pasal tu. Sebenar, i segan bila dua-dua bos i (perempuan...bukan lelaki) kata i ni sexy. I jadi segan sangat. Bukan sekali dua dorang cop i begitu, dah lebih dari sekali dua. Terlintas di kepala i ni, kalau kedua-dua orang bos i kata begitu, apa pulak kata bos yang paling atas tu bila nampak i sekali sekala? Mujur tak jumpa selalu!

Semalam, tiba-tiba aje, bos i kata, "Rozzana, kenapa you ni sexy? Baju you ke, you yang sexy?" Terkejut badak i ditanya begitu. Bos kedua i pulak sampuk, "dia yang sexy prof, bukan baju dia." Adusssss...kenapa begitu? I berpakaian macam jugak orang lain, baju kurung dan kadang kebaya, kadang berseluar panjang dengan blouse. Biasa aje kan? Lagipun, i mematuhi peraturan berpakaian di tempat i bekerja.

Sehari sebelum tu pun, big bos i tegur pakaian i...alahai...segan betul la i...nak pakai jubah, tak berapa nak suka sebab jubah tu i pakai hanya masa i pregnant aje. Lagipun, suami dan anak2 tak berapa suka i berjubah. Nampak tua, kata seorang anak i...

Komen bos i tu la yang buat i terfikir nak menulis pasal perihal sexy ni. Bagi i, kalau kawan2 rapat, yang bertepuk bertampar dengan i, kata i sexy, i boleh buat tak tau je sebab i akan anggap dorang bergurau, tapi bila bosses yang kata...betul ke i sexy ni? Aduhhh..segannya  i....



Thursday 11 October 2012

Bila ada dua pejabat

Mungkin tak ramai kot yang ada lebih dari satu pejabat dari satu institusi yang sama. Hakikatnya i begitulah. Sekejap di Shah Alam, sekejap di Puncak Alam. Sejak akhir-akhir ni pula, i sering je berulang alik ke sana ke mari. Susunan kerja i sepatutnya, bila i di Shah Alam, i di sana seharian suntuk dan begitu juga bila di Puncak Alam, tak payah berkejar ke Shah Alam. Tapi, untuk beberapa hari kebelakangan ini, i terpaksa berkejar ke Shah Alam bila sahaja sesi bersama pelajar di Puncak Alam selesai. 

Mesyuarat yang sepatutnya dijadualkan pada hari di mana i berada di Shah Alam sahaja, sudah bertukar tarikh dan hari...letih juga bila berulang alik 80 km pergi dan balik. Sungguhpun ada yang berulang alik melebihi jarak ini setiap hari, i tetap rasa keletihan bila terpaksa berkejar-kejar dengan urusan pejabat. Kalau tak perlu berkejar masa tak apa...

Inilah antara sebab mengapa suami i tak benarkan i sambung jawatan bila tamat tempoh kelak. Kata suami i, tak berbaloi...Ada lebih kurang setahun lagi tempoh jawatan i...malas la nak fikir...sekarang ni, i akan buat yang terbaik semasa memegang jawatan yang diamanahkan ini. Cumanya, memanglah...bila dah letih, pukul 9 malam, suis kat kepala 'on' untuk rehat....selamat malam...

Tuesday 9 October 2012

Abih la...terkena sudah!

Semalam semasa i memandu menuju ke Shah Alam, i terkena sudah rasanya...

Kebiasaan i memang pandu kereta agak laju. Waktu pagi dalam pukul 6.45 - 7.00 tu rasanya tak de la perangkap saman kan? So memang i bawa agak laju la...(tak senonoh kan?)

Semalam, waktu tengahari, berkejar ke Shah Alam selepas habis aje sesi bersama pelajar di Puncak Alam. Sebaik i keluar simpang masuk ke Lebuhraya Guthrie, terus je masuk lorong kanan, tekan 120 km/hr pas tu slow down by 10 km/hr...tetiba terlintas di kepala, orang semua pandu steady je, lorong tengah, ada polis kot. Sambil tu mata melihat ke arah jambatan dari Bukit Jelutong, seperti clear, lupa pulak pasal bawah jambatan...aduhhhhh...sebaik sampai bawah jambatan, tu dia! Betul2 sedang menghala kamera ke muka i (rasanya la....) alahai...tak sempat senyum pulak kat Abang Polis tu...

Padahal sebelum ini, adik ipar dah bagitau dah, dia terkena saman di kawasan Lebuhraya Guthrie, kenapa la i asyik terlupa??

Terkena sudah i....seperti bidalan Melayu, 'sepandai2 tupai melompat....'. Tunggu je la surat RM melayang tu....

(Padan muka i!!)

Sunday 7 October 2012

Alangkah indah berangan-angan

Kebiasaannya i suka nak mengelak dari berangan-angan. I takut angan-angan akan buat i menaruh harapan, leka dan membuang masa. Jadi bila terlintas di kepala nak pasang angan-angan, cepat-cepat i matikan suis angan-angan tu...

Tapi...salahkah berangan-angan ni ye?

Ada seorang kawan i bagitau i, 'tak apa berangan, ia buat kita berfikiran ke depan, dan berusaha untuk mencapai ke sana'. Seorang lagi pulak kata,' berangan tu buat kita hidup'. Hmmmm....?

Kalau i lihat dari perspektif positif, tak salah berangan. Ia macam juga bercita-cita. Menyimpan hasrat. Dan bila diikuti dengan usaha, tak mustahil angan-angan jadi nyata...Tapi kalau tak berusaha....macam angan-angan Mat Jenin la kan?

So...i nak berangan la...bayangkan sebiji rumah yang indah dengan bunga-bungaan dan buah-buahan mengelilingi rumah. Dalam rumah pula...dipenuhi dengan keindahan dan kewangian dan kegembiraan. Alangkah indahnya angan-angan ini.....angan-angan Mat Jenin ke ni? huhu...

Saturday 6 October 2012

Bila nak p servis ni?

Rasa bersalah benar i ni. Dah lama tak hantar kereta pergi servis. Dah melebihi had ditetapkan untuk servis ni. Setiap kali bila memandu, asyik berdoa, janganla meragam ye kereta...

Sepatutnya kereta tu dihantar servis sebulan yang lalu. Atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan,  i tangguh. Sampai la bacaan meter dah melebihi tahap yang ditetapkan untuk servis. Bukan lebih sikit2...lebih banyak betul.

InsyaAllah minggu hadapan, i akan hantar kereta ke pusat servis. Dah minta adik i tempahkan servis di sana. Ikutkan hati nak hantar awal tetapi, macam2 pulak urusan kena buat.

Kebiasaanya dulu, suami yang p hantar kereta untuk servis. Tetapi semenjak dua menjak ni, i selesa pergi sendiri. Memang dah totally independent dah ni. Basuh kereta pun i buat sendiri. Cuma....nasib la, bahagian bumbung tu tak dapatlah nak dicuci...tak sampai...hehehehe...

Harap2 ok la kereta i...dan harap2, tak banyak RM melayang...

Wednesday 3 October 2012

Tidur awal, bangun awal

Inilah perangai i sekarang. Lepas Isyak je...kabooommmm...terus je i nyenyak tidur. Ini akibat keletihan melampau sejak dua menjak ni. I kunci jam kul 3 am. Bila tersedar, kira berapa lama masa i dah tidur dan fikir apa i nak buat pagi2 buta tu. Bila masa tidur dah sampai 7 jam, i bergegas bangun, turun ke bawah, masak air, jengok2 kat dapur kalau ada apa2 nak dimasak. Ini untuk elakkan mata dari terus rasa mengantuk.

Pas tu baru la on kan lap top dan internet, buat la apa nak buat. 

Kebiasaan, i akan baca email, respon email, atau jenguk i-class students ePJJ. Atau, i selesaikan kerja yang tak selesai, jika dapat diselesaikan. Biasanya waktu pagi begini, rasa refresh, dan jika i menulis, idea lebih baik dari sebelum tidur.

Sebenar, i dah lama tinggalkan kebiasaan seperti ini. Beberapa tahun yang lepas, rutin tidur awal dan bangun awal ni perkara biasa. dan i tak perlukan jam untuk bangunkan i. otomatik, pukul 2.30 atau 3.00, i dah tersedar dan mula membaca.

Sekarang ni nak dimulakan semula semangat dan rutin ini. Harapan i, agar i dapat buat apa yang i selalu tangguhkan selama ini.

So kawan2...apa rutin you ye?

Tuesday 2 October 2012

Letakkan diri di tempat tu dulu...

I dapati, kita ni suka sangat nak mengata, mengutuk sesuka hati. Kita buat tu hanya dengan sedikit pengetahuan yang kita ada, dari maklumat yang salah yang sampai ke telinga kita atau kekurangan maklumat atau....kerana dengki.

Dulu, semasa i masih berada di bawah, dan selalu menerima arahan, memang la mau sampai ke langit i mengata. 'apa la...asyik kena buat tu, buat ni...bla bla bla...' bebel i. memang i sangat vokal pada masa-masa tertentu. Tak puas hati. Tak hepi. Malas...

Kemudian, apabila i diarahkan untuk duduk di tempat i sekarang, i sedar. Orang atas tu bukan suka2 nak arahkan orang bawah buat itu dan ini. Orang atas buat kerana mereka juga diarahkan buat. Orang atas buat arahan selepas meneliti dan merancang proses yang mengkehendaki sesuatu itu dilakukan. Orang atas buat atas keperluan memenuhi kehendak stakeholders. Dan orang atas tu bertanggungjawab ke atas menjaga nama sesuatu organisasi.

Itulah penjelasan i kepada suami i apabila dia memaklumkan kepada i tentang apa orang kata terhadap aktiviti atau tugas i yang tentunya ada kaitan dengan bos i. 

I perasan, ada orang selesa dan gembira sangat apabila dimurahkan rezeki dengan dinaikkan pangkat. Apabila mereka sudah berada di tempat yang mereka inginkan, gaji pun dah melewati tahap keperluan asas, mereka lupa mengapa mereka dinaikkan pangkat. Mereka lupa tanggungjawab mereka. Walhal, merekalah yang seharusnya memegang tanggungjawab sentiasa meletakkan organisasi pada tahap terbaik. Bukan mengutuk usaha orang lain yang belum pun sampai ke pintu rezeki tahap tinggi untuk memperbaiki dan menjaga nama baik organisasi...

Bagi i, kalau kita tak mahu dan tak mampu melakukan, jangan lah kita pulak menjadi batu api mempengaruhi orang lain untuk jadi seperti kita...rezeki yang Allah beri, bukan untuk mengutuk usaha orang lain!

Monday 1 October 2012

Adoiii...stress la!

Ini minggu-minggu terakhir persediaan untuk projek i yang akan berlangsung dari 20 - 24 Oktober ni. ada 19 hari lagi...aduhhh...berdebar-debar jantung. Macam banyak je yang i belum siapkan. Kalut dalam kepala...makan pun tak lalu dah ni. Alahai....

Makin dekat hari, makin banyak pulak yang macam tak selesai. Senarai perkara yang perlu dibuat, panjang berjela. Staf yang membantu pulakkkk...asyik nak diperingat..itu dah buat? ini dah buat? lambat benar fahamnya...risau giler ni...

Ya Allah...tolong lah tenangkan hati dan permudahkanlah segala urusan ku...Aminnn...