Tuesday 30 April 2013

Mahal berdiet tau!

Pernah tak antara you all yang cuba berdiet? Diet menahan diri dari makan sesuka hati ikut nafsu, ikut selera? Diet sebab nak kecilkan saiz badan? Diet sebab nak nampak comel? Kalau yang memang sedia kala slim tu, syukurlah ye. Tapi kalau yang rasa diri macam dah membesar horizontal tu...aduhai...

Suatu ketika dulu, seorang teman pernah beritahu i,'Nanti bila umur you dah mencapai 40 tahun, you kena jaga badan...jaga makan...masa tu, cepat je badan you akan mengembang tau!'

Masa kawan i beritahu i tu, umur i masih dalam 5 tahun nak sampai umur 40. Masa tu, i belasah je makan apa sahaja. McD pun i pesan double cheese burger. Huh! Masa tu memang tak terfikir badan akan mengembang...Kemudian seorang teman pula menasihatkan, 'Rozzana, you jangan asyik pakai baju kurung aje. Nanti you tak perasan you dah kembang...'

Bagus kan peringatan teman2 i tu?

Sekarang ni, macam2 i cuba buat untuk mengecilkan apa yang nampak macam besar...aduhhh...perit you. Selain bersenam, i jaga makan. I pernah tak makan nasi setahun. Memang turun sikit berat i especially part abdomen. Yang sebenar, kalau you all search di internet pasal diet ni, ada macam2 cara pemakanan yang nampak patut diikuti. Tapi you akan perasan juga, makanan yang dicadangkan kebanyakannya menyebabkan you akan berbelanja lebih. Kalau biasa you belanja RM10.00 untuk makan (contoh aje...) tapi apabila berdiet, you mungkin akan tambah nilai menjadi RM15.00. Extra RM5.00 sebab RM5.00 tu hanya untuk cover makanan you. Sedangkan yang RM10.00 tu masih juga you kena belanja sebab itu makanan yang ahli keluarga tetap akan makan hari2. Betul tak?

Cuba you tengok buah2an yang disarankan...harganya agak mahal kan? Contohnya, buah kiwi, buah epal, avocado dsb. Kalau bukan di pasar malam, harga epal di supermart, boleh jadi RM1.00 sebiji. Kena makan at least 3 biji sehari, dah RM3.00. Pas tu, roti wholegrain...sayur2an hijau, kekacang...harga setiap satu agak mahal. Tambah2 sekarang ini, memang banyak bahan mentah mahal....ikan dah jadi lebih mahal dari daging ayam.

Di pasaran, banyak bahan berbentuk minuman atau campuran untuk minuman yang semuanya konon boleh membantu melangsingkan badan. Huh! I cuba juga satu jenama tu...berkesan untuk jangka masa pendek sahaja. Bila badan dah serasi...tak ada kesan dah. Pulak jenama tu sebarkan ajaran,'tak perlu bersenam, tak perlu berdiet...' Amboi! Seronok gitu kan?

Realitinya, jika hendak kecilkan badan, kena jaga makan dan kena bersenam. Baru la bentuk tubuh nampak baik. Kulit jadi lebih cantik sebab aliran darah yang bagus. Otot2 dan lemak tersebar baik dalam tubuh. Badan jadi cergas. Otak jadi segar.

Apa2pun...i masih lagi berusaha untuk jadi lebih langsing dari sekarang. Memang its a battle, sebab dengan natural biological effect, kadar metabolisme menurun dengan umur, so...kena selalu aktifkan diri...sesuatu yang ada ketika sukar nak dibuat kerana keletihan bekerja.

Anyway, you all...ayuh! Jangan kita berputus asa ye...

Sunday 28 April 2013

Don't blog what you don't own

Okay...jangan marah semua...itu bukan kata-kata i. I dapat petikan kata-kata itu dari sebuah buku sebenarnya. Kata-kata itu datang dari seorang blogger, Lisa Williams namanya. I tertarik nak share dengan you all, itu aje.

Rata-rata blog yang i pernah baca, memang memaparkan pengalaman atau perkara-perkara kepunyaan sendiri sahaja. Tetapi, ada juga blog yang mengulas cerita hangat dan sensasi atau berkongsi berita hangat dan sensasi di blog masing-masing. Asalkan bertanggung jawab ke atas cerita yang diblogkan, ok la kan.

I berblog ini sekadar berkongsi pengalaman. Jika baik dan menarik, jemputlah baca. Jika rasa apa yang dipaparkan dalam blog i ni, tak ada makna apa-apa, tak payah la baca. Boleh aje, ignore.

Bagi yang sudi menjengah ke sini, terima kasih awak. Yang belum sampai ke sini, of course tak baca ucapan ini. Apa-apa pun...terima kasih sekali lagi.

Selamat berblog dan selamat membaca...!

Saturday 27 April 2013

Musim bunga di Kampung Gajah Perak

Ingatkan kat luar negara aje ada musim bunga kan? Kat Malaysia ni pun ada tau...sebab apa i kata macam tu, ada sesetengah pokok bunga, hanya keluarkan bunga pada masa tertentu kan. Tak percaya? Alaaaa...percaya la...

Ada masa-masa tertentu aje, pokok-pokok di tepi jalan sepanjang Jalan Kuching akan berbunga. Ada warna putih, pink. Bunga-bunga nampak macam bunga sakura aje.

Gambar-gambar ini i amik di Pusat Latihan di Kpg Gajah...








Hah! Perasan sekejap, macam berada di Korea!

Memang indah alam ini...

Friday 26 April 2013

Tiramisu cupcake dan kek gulung mini

Bila kita menolong dengan ikhlas, tidak disangka pula akan diberi penghargaan. Begitulah pengalaman i. Bagi i, apa yang i buat adalah sebahagian dari tugas i. Dan i buat dengan sesungguh hati kerana menjadi tanggungjawab membantu. Bagaimanapun, apabila pertolongan yang dihulur mendapat penghargaan, tentu sahaja kembang hati ini kan?

So pada suatu pagi, i dapat ini sebagai penghargaan:




Nampak sedap tak?

I dapat tiramisu cupcake dan kek gulung mini. Yummy dua2nya tau...

Kalau nak rasa tiramusi cupcake tu, boleh la berkunjung ke Hotel UiTM Shah Alam. Cupcake tu datangnya dari sana.

Jangan salah sangka tau...ini bukan rasuah...tapi kata pemberi kek ni, hadiah penghargaan kerana membantu

Thursday 25 April 2013

Berdosa you...

Setiba i dari kerja tadi, hubby i sedang menonton program keagamaan di TV al-Hijrah. Dr Sharifah Hayati menjadi panel program. Tajuk program adalah 'Suamiku Surirumah'. Terus i melekat menonton program tersebut.

Seperti tajuk yang dibincangkan, ia berkaitan dengan persoalan suami2 yang tidak bekerja dan isteri yang bekerja mencari nafkah. Bagus cara Dr Sharifah Hayati mengupas isu dan menjawab soalan2 dari penonton. Antara yang i dapat tangkap adalah para suami tidak boleh membiarkan isteri menanggung mereka. Mereka akan dipersoal di hadapan Allah kelak akan tanggungjawab yang tidak dijalankan. Walaupun isteri mungkin redho dengan keadaannya.

Allah akan menyoal kerana Allah jadikan kudrat lelaki itu melebihi wanita dan wanita itu adalah sokongan kepada lelaki. Juga kerana sikap wanita yang suka mengungkit boleh menambahkan dosa suami juga kerana tidak berperanan sebagai suami.

Huh! Begitu sekali kan tanggungjawab yang Allah tetapkan pada suami kan.

Sama2lah kita renungkan ye...

Wednesday 24 April 2013

Redang Island part iii

Huh! Tak habis lagi cerita Pulau Redang ni...bukan apa, i nak share bagaimana excited i ke sana. Kali ini i hanya nak share beberapa pictures yang sempat dirakam semasa di sana. Enjoy the view okay...


Satu perkampungan nelayan di Pulau Redang.


Satu pulau kecil dekat Pulau Redang.

Me...on the way to Redang Island...pakai large brimmed hat for protection against the harsh element.

Ini adalah salah satu pulau kecil bersebelahan dengan Pulau Redang.


Pantai yang putih bersih serta halus texturenya.

Rumah2 penginapan ini bukan kepunyaan Redang Holiday Beach Villa tetapi adalah jiran dan share sama pantai dengan Redang Holiday Beach Villa. Cantik rumah2 ni. Memang sesuai untuk honeymoon.

Bangunan ni pada waktu malam, selepas pukul 10, bingit dengan bunyi muzik ala2 kelab malam.

After snorkeling session....bersempit2 nak balik ke Redang Beach Villa

Oh ye! Masa snorkle tu, kami di bawa ke Marine Park. Ia terletak di Pulau Pinang, Pulau Redang...semasa kami diberitahu nama pulau tu, kami semua berseloroh...'sampai ke Pulau Pinang juga?' Dengan vest penyelamat dapat la i berenang jauh dari pantai di Marine Park tu. Dapat lihat perlbagai warna ikan. Dan juga dapat lihat giant eel...! Hanya, i masih teringat akan keindahan karang yang pernah i lihat berbelas tahun dulu semasa i masih remaja...lagi menarik dan berbagai warna berbanding sekarang. You all tahu kot kan, karang tu adalah hidupan laut yang berbagai warna sebenarnya. Di Marine Park tu, i lihat, karangnya dah mati...sebab warna dah jadi perang keputihan.

Apa2pun...kalau belum pernah jejak kaki ke Pulau Redang, bolehlah bercuti di sana. Sesuai juga untuk jadi tempat honeymoon...


Tuesday 23 April 2013

Redang Island Part ii

Sambung kisah Pulau Redang.

Kami bertolak dari Jeti Syahbandar Kuala Terengganu dalam pukul 2.30 petang. Kami menaiki bot yang berhawa dingin (sikit sama macam feri ke Pulau Langkawi - tapi kecil lagi saiznya). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam untuk sampai ke Pulau Redang. Dalam tahun 1988 dulu, i ke sana menaiki bot nelayan dan ambil masa hampir 3 jam untuk tiba di Pulau Redang. Berbeza betul...dulu dan sekarang...masa dan jarak sudah didekatkan.

Kami stay di Redang Holiday Beach Villa. Secara package, bayaran stay semalam adalah RM300. Food kat sini, boleh tahan sedap. Cuma, pekerja kat sini hampir semuanya bukan berbangsa Melayu. Eh! Silap! Yang jadi Baywatch guys...anak2 tempatan. Mereka ni of course, mahir berenang dan menyelam.


Setiba di sana, macam biasa la...ada la sedikit briefing, kena daftar masuk bilik. I sebilik dengan 3 lagi rakan sekepala dengan i...geng gurau. Kami tinggal dalam chalet yang ada 3 buah double bed, 2 di tingkat bawah dan 1 di tingkat atas...Kemudahan asas yang ada, satu bilik mandi, satu tandas berasing dari bilik mandi, ada kipas angin (tingkat atas), 1 unit penghawa dingin, satu meja solek, 2 meja tambahan, pemanas air, peti sejuk kecil. Macam hotel lain, ada la sabun dan shampoo saiz super mini disediakan. Oh ye...towel pun ada juga.


Package stay sana selain disediakan makan pagi, tengahari, minum petang dan makan malam, termasuk juga snorkeling. Cuma, kena sewa jaket dan alatan snorkle (RM30).

Aktiviti biasa team building...menguji semangat setiakawan, kebijaksanaan mengatur masa dan menguji minda. Sempat juga kami bermain beach volleyball...i siap termakan pasir lagi...hehehe...

Selama ini, bila i ke pantai, memang i tak mahu bermain air tetapi di sini, i bermain air sakan. Hari2 basah pakaian. Kalau biasa i suka travel light, pada kali ini, heavy sedikit beg i walaupun saiz tetap sama...siap bawa kasut sukan dan selipar lagi.

Pada malam hari kedua, kami menyewa bot untuk candat sotong. pukul 10.30 malam baru kami bertolak. I tell you, kalau you all mudah mabuk laut, tak payah lah berangan nak candat sotong. Alunan ombak ke atas bot memang boleh buat sesiapa jadi lembik lutut. Alhamdulillah...i tahan. Bukan mudah mencandat sotong ni. Walaupun mata candat tu banyak pada satu line (tali pancing) tapi bukan semua mata sangkut oleh sotong. Kami hanya dapat 3 ekor sotong aje. Itupun seekor aje yang ahli rombongan kami dapat, 2 ekor lagi juragan kapal yang dapat. Semua yang ikut rombongan mabuk laut baik lelaki atau perempuan. I aje okay...huhuhu...dan 2, 3 orang lagi. Selepas dapat 3 ekor sotong, kami bosan dan minta dihantar balik. Aduhhhh...itulah harga sotong termahal tau...3 ekor sotong bernilai 24 orang x RM90/orang! Kira la...




Tapi, kami semua setuju, bukan sotong yang kami mahu tetapi pengalaman mencandat tu. Kami insaf bahawa bukan mudah nak dapat seekor sotong pun, jadi tidak hairan sotong mahal harganya.

Masa sotong tu baru diangkat dari tali candat tu, warnanya jernih tau. Selepas dah mati, 5 minit kemudian barulah rupa sama macam yang kat dalam gambar kat atas tu.

Sesampai je di chalet, selepas konon2 mencandat sotong, i cuci kaki terus tidur.....tidur yang terganggu kerana i batuk2...

Monday 22 April 2013

Redang Island Part i

Hello....rasa berkurun sejak last i update blog i ni...seperti biasa, bila i tak dapat nak update, maksudnya, i 'terkurang' masa la tu.

Okay, kali ini i nak cerita sedikit kisah i di Pulau Redang Terengganu. I ke sana bersama kawan-kawan pejabat kerana aktiviti team building. Kali pertama i join department i untuk aktiviti serupa adalah hampir 3 tahun yang lepas. Masa tu i baru je join department ni dan aktiviti dibuat di Langkawi. Masa tu, i malu2 kucing...almaklum, baru masuk department baru la katakan...

Kali ini apabila big bos announce aktiviti di Pulau Redang...wahhhhh...seronok rasa hati. Pertama kali i ke sana adalah pada tahun 1988, masa i berada di tahun pertama ijazah pertama. Sampai sekarang i masih terkenang akan cerita di Pulau Redang. Masa tu, belum ada sebarang rumah2 peranginan di sana. Masa tu kami, i ingat dalam 15 - 20 orang sahaja ahli rombongan ke Pulau Redang. Kami tinggal di atas 'rumah air'. Memang serba natural tau...apabila air pasang, kelihatan ikan2 berenang2 di bawah rumah. Waktu malam, boleh nampak ikan pari berenang2 di bawah jeti. Memang pada masa itu, Pulau Redang masih sangat 'virgin'. Belum ramai pengunjung.

Itulah kali pertama i belajar snorkle. Pada ketika itu, pensyarah yang bersama kami adalah experienced, registered divers. Sorang pensyarah tempatan dan seorang lagi pensyarah yang datang khas dari Britain. Semasa bersnorkle, mereka menunjukkan kepada i, ikan jerung saiz kecil yang berenang di dekat tempat i snorkle. Panik sebentar i dibuatnya. Tenang apabila pensyarah memberitahu, ikan itu tidak akan menyerang i...hehehe...

Ada sedikit perbezaan pengalaman i snorkle pada tahun 1988 dengan yang berlaku baru2 ini April 20 2013. Bagaimanapun, Pulau Redang masih ada pemandangan yang cantik seperti ini:





Air yang biru dan jernih, pasir yang putih bersih...indah, cukup indah....terasa seperti nak ke sana lagi, bersantai, melupakan kesibukan kerja.

You all dah ke sana ke? Kalau belum, jemputlah ke Pulau Redang...insyaAllah hati tenang melihat keindahan yang ada.

Wednesday 10 April 2013

Thank you Fatin

I nak cerita sikit pasal anak i Fatin (sori ye Fatin...tapi ibu bangga dengan Fatin). Fatin ni anak sulung i. Masa dia kecil, dia agak lambat nak pandai akan sesuatu. I ingat lagi, i masukkan dia ke sekolah tadika masa umur dia lima tahun jadi, 2 tahun la Fatin bersekolah tadika. Tapi, bila Fatin di tahun 1, Fatin masih tak boleh membaca. Sehinggalah i sendiri mengajar Fatin membaca. Kasihan Fatin...

Berbanding dengan Fatihah, Fatin memang tak pernah naik ke pentas menerima sebarang hadiah kecemerlangan. Keputusan peperiksaan Fatin selalu biasa2 sahaja. She is a mediocre...just like me. Although i must say, i was almost always among top ten. Masa dulu la...

Sekarang ni Fatin is doing so well in her studies. She works very hard every time. Kecemerlangan akademik Fatin terserlah apabila Fatin di universiti. Setiap hujung semester, Fatin dianugerahkan dengan sijil Anugerah Dekan selama dia belajar dan menamatkan pengajian diplomanya. Dan insyaAllah, konvokesyen nanti, Fatin akan dianugerahkan dengan Anugerah Naib Canselor. Syukur sangat atas usaha Fatin yang menghasilkan sesuatu yang bernilai buat dirinya dan akan menjadi cerita buat anak2 dan cucunya kelak.

Sekarang Fatin sedang meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan bercita-cita mencapai ke peringkat tertinggi sehingga kedoktoran. I suka dengan cita2 dan kemahuannya. I lihat perubahan yang baik dari Fatin. InsyaAllah, i yakin Fatin akan terus berjaya. Dan i kagum dengan sikap ingin berjaya Fatin. Hampir setiap malam dia akan menumpukan perhatian kepada kursus yang perlu dipelajari terutama apabila menjelang ada aktiviti penilaian. Walaupun penilaian bukan diadakan pada esok harinya.

Alhamdulillahhhh...

Pengajaran yang i nampak di sini ialah, (malahan banyak lagi bukti) bahawa kecemerlangan akademik bukan semuanya bermula dari kecil. Ada yang berlaku lewat. Dan yang cerdik semasa kecil, belum menjadi bukti kecemerlangan berterusan. Oleh itu, i rasa, kita harus selalu beri peluang kepada anak2 kita untuk menunjukkan kebolehan mereka dan sentiasa beri galakkan agar mereka selalu berusaha ke arah kecemerlangan. tetapi bukan dengan cara paksaan.

(Tetapi semasa Fatin tidak pandai membaca, i memang memaksa dia belajar membaca sehingga dia boleh mengeja dan membaca satu ayat sahaja. Dalam masa seminggu sahaja, fatin sudah beralih membaca ayat2 dalam Bahasa Inggeris pula. Berkat paksaan i.)

Tuesday 9 April 2013

Hilang seri

Sedihnya i bila i perasan....sebelum ia berlaku, i macam nampak ada sesuatu yang tak kena dengannya. Tapi i tak pula nak check. Tu la akibat 'take for granted'. Sedangkan Allah dah beri firasat sesuatu akan berlaku.

U all percaya tak sebenarnya kita semua selalu ada gerak rasa sesuatu akan berlaku? Pengalaman i setakat ini sudah beberapa kali melalui keadaan di mana i seperti terasa akan menghadapi sesuatu. Tetapi ianya hanya sekali lintasan sahaja. Hanya apabila ia terlintas kita terfikir sejenak tetapi biasanya kita tak begitu ambil peduli. Akhirnya bila ia berlaku, kita baru tersedar...masyaAllah...

I rasa begitulah agaknya kan petunjuk kematian. Allah dah beri petunjuk tetapi kita tak perasan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kan? Apabila kita mendengar cerita kawan-kawan atau saudara mara tentang si polan dan si polan yang baru meninggal dunia, masing-masing bercerita akan sedikit perubahan yang dilihat tetapi seorang pun tak terfikir akan nyawa yang di hujung tanduk pada ketika itu.

I fikir orang yang akan meninggalkan kita pun terasa sesuatu yang tidak kena tetapi tak pasti apa yang tidak kena. Sedangkan Allah beri amaran sejak azali lagi bahawa nyawa itu hak Dia. Dan tanda-tanda kepergian juga telah dijelaskan.

Aduiiii...seriusnya i bercakap pasal firasat ni kan. Entah kenapa masuk pulak topik ini. Sedangkan i nak cerita pasal apa yang berlaku pada cincin i ni...

Cubala tengok ni....


Dah rongak dah i nampak rupa dia. Tak lawa. Walaupun masih berseri tapi seri dah hilang sikit. Bila nak g replace ni...?

Sedihhhh...kurang sudah seri di jari...

Monday 8 April 2013

Jujur itu menyakitkan

I selalu fikir, kita kena selalu jujur, hatta pada diri sendiri. I pernah coretkan dalam entry yang lepas pasal jujur ni. Dan sukar sebenarnya hendak jujur. Ini pandangan peribadi i. I pernah dikatakan 'bodoh' sebab bersikap jujur. Dan semalam, memang i terfikir, i bodoh.

I dapati kejujuran i dan kepercayaan i menjadikan i terperangkap dan berada dalam keadaan kacau bilau... I fikir i boleh cerita apa sahaja kepada orang yang i percayai. I fikir orang yang i percayai akan dapat membantu menenangkan jiwa i. I fikir .... aaaahhhhh...mcam2 la yang i terfikir. Malangnya, apa yang i harapkan berlaku, menjadi mimpi ngeri.

Ini pula fikir i setelah mimpi ngeri singgah ke hati i, 'lain kali Rozzana, elak dari terlalu percaya dan menjadi terlalu jujur. Sekarang dah sakitttt....!'

Mungkinkah kebodohan i tu sebab i terlalu ikut perasaan? Atau pengaruh hormon?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....jiwa merana!

Sungguh....kesedihan melanda...!

Thursday 4 April 2013

Sudah tiba masa..

Sudah tiba masa untuk kita menunaikan kewajipan sekali lagi. Memilih siapa dan apa yang kita suka. Untuk ramai orang yang biasa2 aje...mungkin pilihan sudah tetap. Untuk orang yang banyak sangat fikir, pun mungkin pilihan sudah tekad. Tapi bagi orang yang bukan di sana mahupun di sini, sedang pening la ni kan...
 
Kata orang, belum cuba belum tahu....
Kata orang, tukarla....mana la tau...
Kata orang, biar la apa yang ada....ok dah...
Kata orang, kenapa nak tukar? Semua dapat kan?
 
Memang la ada perkara yang berlaku amat menyakitkan hati. Tak masuk akal alasan yang diberi. Rasa diperbodohkan.
 
Memang la ada perkara yang berlaku membuka mata, telinga dan fikiran dan menjadi banyak bahan untuk dibahas dan diperkatakan.
 
Memang la, kuasa itu boleh memesongkan...kecuali bagi orang-orang yang selalu sedar bahawa sejauh mana kuasa yang ada, tidak akan dapat menandingi DIA yang MAHA ESA. Dan setiap amal kita, buruk dan baik sentiasa di dalam pengetahuanNYA.
 
Mungkinkah apabila kita diberi kuasa / menjadi pilihan kelak, kita akan jadi orang yang lebih baik? Rasanya ramai bermula dengan idealistik dan good intentions dan ingin memperbaiki. Sejauh mana berjayanya mereka? Yang pasti...harta melimpah ruah jua....
 
Apa2pun ini komen i yang hanya memerhati dan terpanggil mencoret sesuatu....

Wednesday 3 April 2013

Adoiiii...sakit hati la!

Tak pasal2 pagi2 buta begini i dah membebel seorang diri. Tak pasti la sama ada i ni yang tak pandai atau sistem yang buat i nampak tak pandai atau apa2 la...
 
Pepagi buta i dah bangun. Seawal pukul 3 pagi. Hajat hati nak upload materials pada sistem i-class di tempat i bekerja. Sebelum ni i cuba di pejabat, walaupun bukan hari2 tetapi apabila selesai kelas aje, mesti cuba. Sebelum kelas bermula pun cuba juga. 3 hari seminggu i mencuba. I fikirkan ni mesti kes internet tak bagus. So itu pasal i bangun awal hari ni dengan niat, nak upload semua materials untuk kelas i, supaya students i boleh guna untuk rujukan dan perbincangan. Dari pukl 3 i mencuba sampai la ni...dah dekat 5.30 pagi, ini kata sistem:
 
Warning: your file failed to upload
 
Puas la i fikir berat sangat ke fail i tu. I cuba pula pada kursus lain, ok pulak....
 
I dah berjanji dengan students i yang i akan upload semua lecture notes, video dan materials lain dalam sistem LMS. Now ni bila dah gagal upload...rasa nak menjerit je pepagi gini...
 
Aduhai....hati masih sakit giler ni. Tolongggggggg....
 
 
Last resort mungkin guna cloud....dropbox!

Monday 1 April 2013

Bekerja sambil berehat di Ulek Beach Resort, Dungun

Pagi tadi, seawal pukul 6.15 pagi, i dah bergegas ke lapangan terbang Kertih...flight pukul 7.30 pagi. Di situ, selalu je sibuk dengan pekerja2 pelantar minyak...Sebenarnya i baru nak balik dari Dungun di Terengganu. Ke sana atas jemputan sebagai fasilitator satu bengkel. I suka ke Dungun. Bagi i, suasana di sana nyaman. Almaklum....tepi pantai kan.

Semasa i di sana, penganjur menempatkan i di Ulek Beach Resort. First time i bermalam di sana. Kebiasaannya i bermalam di Hotel UiTM atau di Mayang Sari.

I nak komen pasal Ulek Beach Resort ni. Bukan yang negatif, tetapi positif. 



Bagi i, Ulek Beach Resort ni cantik. Bilik-biliknya stail chalet, unit berkembar. Keluasan bilik, boleh tahan. Bilik i ada dua katil single. Cukup kemas dan menarik pada pandangan i. Bayaran semalam i rasa dalam RM230.00. TV ada channel ASTRO. Ada kipas angin dan unit penghawa dingin. Yang i paling suka....bilik airnya...ada jacuzzi...apa lagi...layannnn...

Buih sabun tu....

I sampai di Dungun pada malam hari selepas pukul 10.00 malam. Naik Firefly dari Subang pada petang hari dan turun di Kuala Terengganu. Perjalanan dari KT ke Dungun lebih kurang 2 jam. I ingat nak singgah di Kelulut, Marang, nak makan ikan goreng tepung ke, udang goreng tepung ke, atau sotong goreng tepung ke...Kat situ memang sedap dan berbaloi. Kat situ juga ada kedai menjual pelbagai jenis keropok, 008 ke...i lupa la...tapi i tau ada nombor 8 and famous la jugak kepada pengunjung Terengganu.

Sesampai di Ulek Beach Resort, selepas mendaftar diri, i dibawa ke unit chalet tadi. Sunyi...sebab dah malam dan ramai pengunjung sudah tiada. Mula2 i fikir i akan berasa takut sebab, kebetulan i seorang sahaja stay kat situ malam itu. Tetapi, alhamdulillah...tidur i lena....tiada perasaan takut menjelma.



Makanan di Dungun, boleh tahan harganya. Lebih kurang di KL gak rasanya. Pada malam kedua, i makan di Tanjung...makan ikan bakar...sedaaaaapppppp...tetapi kita kena bersabar dengan layanan penggerai sebab, memang la kena tunggu sekurang-kurangnya 20 minit untuk dapat makanan yang dipesan. Puas hati la makan di situ. Cuma i perasan di Terengganu ni, mereka tak faham bila kita minta apa2 air kurang manis or kurang gula...

Kalau kawan2 hendak ke Dungun, silalah bermalam di Ulek Beach Resort...sepanjang pantai ada kedai makan, dan waktu malam kebiasaannya happening di situ.

Cuba la...ooops! Cuma walaupun pantai di situ cun, tapi tak boleh mandi di situ.....