Wednesday 31 July 2013

Satu hari menulis kata2 aluan

Itulah yang berlaku kat i. 

Kena sediakan kata2 aluan untuk satu buku program. I kena buat kata2 aluan untuk 3 orang berbeza. Dari pagi i duduk depan laptop memerah otak yang lambat ni..almaklum hujung minggu, pasti la kelajuan proses berkurang...

Dari selepas Subuh, memrah otak. Puas memikir, puas menaip. Selepas 2 ayat penuh...padam. Buat lagi...sampailah hampir tiba masa petang. Dah dekat masa untuk memasak. Ish! Letih otak memikir. Akhirnya....

Entah macam mana, tetiba aje idea datang mencurah selepas penat memikir. Hah! Selesai kedua-dua kata aluan, terus sent kat bos. Wah! Kepalang gembiranya apabila bos kata...bagus! Lulus! Fuh! Lega...

Selesai sahaja, bos pun hepi...i pun berhenti untuk memasak hidangan iftar...

Begitulah kisahnya memerah otak menulis kata2 aluan untuk 2 orang paling kanan kat tempat i bekerja. Tinggal satu lagi, untuk bos! Esok la pulak...

Friday 26 July 2013

Macam mana ye?

Wah! Dah hari ke 17 Ramadhan. Alangkah cepatnya masa berlalu. Sedar2 sahaja, sudah 2 minggu berpuasa. Memang i tak perasan masa yang berlalu. Fikiran i begitu tertumpu kepada hal2 pekerjaan. Ada sahaja yang perlu perhatian lebih. I rasakan semakin lama, i semakin bertambah taksub dengan kerja la...i rasa i kena belajar untuk jadi lebih rileks. Macam mana ye...?


Tuesday 16 July 2013

Jangan Patah Hati

Sahabat

Allah selalu menguji kita
Dia temukan kita
Dan bila ia bukan jodoh kita
Kita pun terpisah
Janganlah disalahkan takdir ini
Allah jadikan sesuatu itu
Ada hikmah dan kebaikan

Sahabat

Janganlah sesekali mempersoalkan apa yang ditentukan
DIA lebih tahu
apa yang lebih baik
Teruskan lah kehidupan ini
Jagalah apa yang ada
Jangan dipersia rezeki yang diberi

Bukan niat hendak melukakan
Bukan niat hendak melupakan
Tetapi
Bukan rezeki kita

Sahabat
Terima kasih atas semua peluang
Semua nasihat
Semua perhatian
Kasih sayang
Semua ini sangat berharga 
Buat diri ini
Dan akan dikenang sepanjang hayat
Maafkan atas semua keterlanjuran
Tutur kata dan perlakuan


Berbahagialah sahabat
Jangan patah hati




Monday 15 July 2013

Nyaris !

Apanya yang nyaris tu? 
Baru awal bulan puasa, nyaris i sekeluarga tidak sempat bersahur. Kunci jam seawal pukul 2.15 pagi...awal? Yup! Memang awal gila tu. I kunci jam awal sebab i nak bangun awal buat keje sikit sebelum mula memasak untuk bersahur. 

Bulan puasa ni memang i masak 2x sehari...wajib. Kalau bukan bulan puasa, masak sekali aje sehari. Bulan puasa ini, kena masak dua kali. Waktu sahur sekali, dan waktu iftar sekali. Waktu sahur, anak2 tetap nak makan nasi. Kata mereka, kalau tak makan nasi nanti lapar.

Pukul 4 pagi mula memasak, pukul 5 pagi kejut semua orang bersahur. Pukul 5.30 siap makan dan kemas dapur. Lepas Subuh, 6.15 lebih kurang, i dah gerak ke ofis. 

Begitulah...

Harap2 tidak ada lagi ketika peristiwa 'nyaris' ni....kesian kan anak2...

Sunday 14 July 2013

Alhamdulillah

I memang harus atau jatuh wajib kot...bersyukur dan bersyukur selalu. Anak2 i semua dah besar dan sihat. Yang kecil pun dah 8 tahun umurnya...apabila ramai yang sebaya i masih punya anak kecil, i dah ada anak yang boleh diharap di rumah. Amin Ya Allah...aminnnn...

Sebenarnya i berasa sangat terharu kerana semua anak2 i cergas belaka dan pandai mengaji...Subhanallah...syukur Ya Allah...Mendengar anak2 lancar membaca surah Al-Quran, hati ibu mana yang tidak gembira? Kamalia yang kecil tu pun lancar membaca, walaupun siri Iqra' tak habis lagi. 

Mudah2an Allah pelihara anak2 i semua dan jadikan mereka anak2 yang soleh dan solehah serta berjaya dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat.

Pernah i bercita2 agar salah seorang anak i menjadi ustaz atau ustazah...atau ada yang hafiz tetapi memang bukan rezeki pada masa ini. Apa2pun, bila anak2 boleh mengaji dan bersolat dengan sempurna, patut sangat i bersyukur kan...

Okey la sahabat. Selamat terus menjalani ibadah puasa...

Thursday 11 July 2013

Akal, Budi dan Ihsan

Dalam bulan yang mulia ini, ingin i berkongsi dengan satu ilmu yang i perolehi semasa mendengar tazkirah baru-baru ini. Tajuk tazkirah tu memang berat...alhamdulillah, Ustaz yang menyampaikan tazkirah itu mampu dan berjaya menyampaikan isi tazkirah dengan amat baik.

Antara isi tazkirah yang i fikir, patut i share dengan sahabat di sini:


Fitrah manusia
Kejadian manusia itu adalah atas fitrah tersendiri (Al-Rum:30). 
Setiap bayi yang dilahirkan memang fitrahnya beriman dan mematuhi Allah.
Penyelewengan dari fitrah adalah akibat didikan ibu bapa serta pengaruh alam sekitar iaitu persekitaran pembesaran. Sebab itu, bangsa apa sekalipun, jika dibesarkan di dalam kalangan Islam, maka Islam la anak itu. Jika dibesarkan di kalangan bukan Islam, maka bukan Islam jugalah perlakuan dan kepercayaan si anak, sungguhpun anak Melayu sekalipun.

Fitrah manusia dikekalkan melalui Al-Quran.
Juga permohonan untuk kekal diberi petunjuk ke arah jalan yang benar (Surah Al-Fatihah) yang dibaca 17x sehari.

Nafsu
Ada tiga: ammarah, lawwamah dan mutmainnah
Ammarah membawa kerosakan
Lawwamah membawa kepada segera bertaubat, menyesali perbuatan yang jahat
Mtmaiinah memebawa kita cenderung membuat kebaikan
Manusia dan haiwan tiada beza dari hal nafsu ini. 
yang membezakan adalah....

Akal
Akal perlukan panduan 
Merupakan mata hati
Jika tidak dipandu, akal hanya akan membawa kepada fikiran rasional yang berdasarkan kepada apa yang dilihat, dirasa
Panduan melalui Al-Quran dan Sunnah Rasulullah

Roh / Rohani
(Surah Al'Isra:85)
Sukar dicapai oleh akal manusia
adalah milik Allah dan mempunyai elemen malaikat

Bagaimanapun, apabila manusia mampu mematuhi kehendak Allah, manusia berada di dalam kedudukan lebih dari malaikat
(Al'Isra: 70)

Ihsan
Adalah perbuatan menyembah Allah seperti betul2 berhadapan dengan Allah
Untuk capai ihsan: percaya kepada rukun iman dan rukun Islam

Akhlak
Akhlak terbaik adalah akhlak Rasulullah (Al Ahzab:21; Al Qalam:4)
Perlukan oendidikan dan pembangunan diri
berkait dengan akidah dan ibadah
jika tiada akhlak...kita dipanggil biadap

Kata Ahmad Shaufi, penyair Arab:
Sesuatu bangsa itu tetap hidup selamanya sselagi akhlaknya baik, apabila akhlak mereka rosak, pasti musnahlah bangsa tersebut...


Mudah2an apa yang i share ini menambah baik pengetahuan dan ilmu sahabat sekelian...selamat beramal...




Wednesday 10 July 2013

Selamat Datang Ramadhan

Marhaban ya Marhaban Ramadhan...

Assalamualaikum sahabat sekelian

Setelah sekian lama menghilang...chewahh...hari ini berkesempatan sedikit untuk i mencoret sesuatu di sini.

Ya, Ramadhan tiba lagi, maknanya ini tahun ke-3 i berada di kalangan blogger. Orang lain entah ke mana2 dah dengan alam blogging masing-masing, i tetap juga macam ni. Tak berubah apa pun.

Syukur alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk kita sekali lagi merasai Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan ini. Mudah2an Allah beri banyak kelapangan kepada kita untuk melakukan amal ibadah lebih dari waktu biasa. Mudah2an aras kesabaran meningkat naik.

Pentingnya sifat sabar tu sebab inilah cubaan besar terutama di jalan raya. Pukul 4.30 petang - 7.00  malam, ramai berpusu-pusu hendak tiba ke rumah segera, untuk berbuka puasa bersama keluarga. Atau...singgah di bazar Ramadhan, mencari hidangan berbeza dari biasa. 

Terkenang i di bulan Ramadhan setahun lepas, apabila kereta i dilanggar motorsikal semasa bersesak di jalan raya untuk balik ke rumah. Masih terasa bengang di kepala apabila suami menuduh, i yang bersalah...bertuahlah si penunggang motorsikal sebab lepas dari tanggungjawab dia menjawab soalan i, kenapa langgar kereta i ? Atau membayar kerosakan akibat melanggar kereta i. 

Apa2pun, i berdoa agar semua sahabat berada dalam kesejahteraan dan lindungan Nya...Selamat Berpuasa semua!