Wednesday 29 January 2014

Ikut laluan baru

I buat keputusan untuk mencuba laluan baru unutk ke Shah Alam. I nak elakkan bayar tol RM2.80 di Guthrie Highway, i lalu Jalan Batu Arang (betul ke itu nama laluan tu?) Masa i pertama mencuba tu, pada hari sekolah mula bercuti. Memang la seronok...laju aje laluan, kereta banyak tetapi perjalanan tiada sekatan. Selama 2 bulan, hati senang...tetapi apabila musim persekolahan bermula, adoi makkkkk...terkejut i apabila seawal pukul 6.45 pagi, sudah berderet panjang kereta merangkak naik laluan berbukit selepas Puncak Perdana. Bukan itu sahaja, selepas Alam Damai pun kereta dah mula bergerak perlahan. Sakit jiwa dibuatnya...

So hari ini, i follow kawan i yang selalu keluar dari rumah antara pukul 6.50 - 7.00 pagi dan sampai di pejabat sebelum pukul 8.00 pagi. Laluan Meru, itu lah jolokan i untuk laluan baru ini.

Memang best! Samada hari ini trafik memang sikit di laluan ini atau apa, perjalanan hanya 40 minit sahaja. Waaahhhhh...seronoknya! Bayar satu tol 60 sen sahaja. Cumanya, sebab takut terlepas pandang kereta kawan i tu, i kurang peka sikit pada laluan i. Hmmm.....anyway, rasanya i boleh gerak sendiri kot esok, lusa...pas CNY break ni. Let's see...

Happy Chinese New Year everyone! 

Monday 20 January 2014

I was once like that!

Prior to my tertiary education, i was a timid, mousy female. I did not talk much. I was just comfortable to be unnoticed. I did not mind if people were not aware of my presence. I was happy to be on my own. I always felt inferior towards myself. I did not have the confident especially to talk in front of people.

I am still much of the same person except that I am now a more confident person and more talkative. My tertiary education, my last stage of tertiary education has taught me a lot. From one who would not open her mouth to ask question or offer opinion to one who will just pop out opinion. Though i am not agressive in putting my opinion across especially in discussion , still i feel that i am a better person than i was before. Though my boss said that i have not enough leadership attributes, still i have proven myself and to my boss that that i can manage people well. Otherwise, i would not be able to make those programmes she asked me to handle into successful programmes.

Looking at my students now, give me a feeling of deja vu. I was once like them. I never open my mouth in class or in discussion. I was quiet but very observant except when i felt sleepy. Why i was quiet was because i always thought that whatever question i may asked or opinion raised, may sound stupid or irrelevant or mundane. So, i kept quiet in class and never utter words unless prodded.

Now, i told my students,'he who ask question, may look stupid for the 5 minutes he asks question, but he who does not ask question, will be stupid for the rest of his life!'

So hopefully my students understand the importance of interaction in class. It is to answer to human nature of being curious and inquisitive, to keep mind stimulated and build confidence and improve ones language. So i said, 'Speak up class!'

Sunday 19 January 2014

Astaghfirullah ....

Mengurut dada i apabila secara tiba2 sebuah kereta memintas laluan i untuk exit dari bulatan. Baik juga i tak memandu laju, i rasa jika i memandu laju, kereta tu tak sempat kot memintas i tapi i terpintas kereta itu. Berdebar jantung i...selepas peristiwa itu, apabila ada kereta lalu di sebelah kereta i, pasti i terkejut.

I terfikir2 pasal peristiwa yang berlaku...di mana kesilapan i? Rasa i, i berada dalam lorong yang betul dan juga memaklumkan arah tujuan i dengan betul juga. Macam mana la kereta berwarna coklat tu boleh buat begitu? Tidak terfikirkah dia akan kemungkinan berlaku kemalangan. I perasan, kereta itu tidak memberi sebarang signal pun untuk exit dari bulatan. Ini bermakna, kereta di belakang i pun tak tahu intention pemandu kereta coklat tu. Grrrrr....

Ish! Alhamdulillah...tiada berlaku apa2 tetapi menyebabkan i jadi takut2 dan asyik terkejut sepanjang pemanduan ke pejabat.

Hmmm...macam2 la. 

Friday 10 January 2014

Ditakdirkan tak dapat

Dua minggu yang lalu i dan suami menghantar anak lelaki kami ke RMC untuk sesi pemilihan memasuki RMC. I memang la tak bersungguh nak anak lelaki i ke sekolah berasrama penuh tetapi i tetap sokong hasrat suami i. 

Sesi pemilihan berlangsung selama 7 hari. Kami dimaklumkan bahawa seramai lebih 4000 orang telah memohon untuk masuk ke RMC. Seramai 550 orang telah dipanggil untuk sesi pemilihan. Dari jumlah tersebut, hanya 250 orang yang akan terpilih. 

Anak i, memang i tau akan lepas ujian kecerdasan dan kecergasan. Anak i tu memang cergas dan cerdas. I harus akui. So sebelum meninggalkan anak i di RMC, i berpesan agar dia buat bersungguh2 semasa ujian pemilihan dijalankan. Jika ada rezeki, boleh lah meneruskan pengajian di UPNM. 

Selepas 4 hari, anak i kol memaklumkan yang dia tak terpilih. Tersentak juga i mendengar berita itu. 

Ada hikmah kami menghantar dia ke sana. Walaupun dia ditakdirkan tidak dapat diterima masuk ke RMC, kami dapat maklumat tentang keadaan tulang belakangnya yang kurang sempurna. InsyaAllah, selepas ini, i akan dapatkan nasihat pakar tentang keadaan dia dan mudah2an dapat diperbaiki.

Allah jua Yang Maha Mengetahui..

Wednesday 8 January 2014

[OST] Akasia - Ariana Rose

Musim pening kepala lagi

Setiap tahun, dua kali pasti akan tiba musim ini. Musim jantung berdebar, sakit kepala, sakit jiwa...all in one la kiranya. Musim i menyemak jawapan bagi soalan peperiksaan...hehehehe...

Cuba you all baca ni:


Inilah nota cinta i dapat kali ini. Not bad. I simpati pada semua pelajar-pelajar i yang menduduki peperiksaan tak kira la tahun ini atau sebelumnya. Memang dewan peperiksaan tu sangat sejuk. Tambah2 bila dalam keadaan tertekan dan tak boleh pun nak ke mana2, duduk 3 jam menulis dan memerah otak.

Kebetulan, i boleh cam tulisan pelajar i ini. Memang i terbayang wajah dia masa i menyemak jawapan pelajar ini. Alhamdulillah, dia lulus. Memang dia seorang yang cerdik dan bercita2 tinggi hanya sukar bagi dia mencapai cita2 dia masa ini kerana kelayakan dia tak cukup untuk mencapai hasrat dia. Apa yang i mampu nasihatkan adalah terus berusaha dan yakin dengan diri sendiri. Dan jika masih mahu meneruskan cita2, perlu berkorban...tambah lagi 6 tahun selepas tamat program yang sedang diikuti. Huh! 

Apa2pun, i suka dengan kerjaya i ini. Alhamdulillah, dapat juga i mencurah bakti kepada generasi pewaris Malaysia ini. Mudah2an semua pelajar-pelajar i berjaya dalam peperiksaan kali ini.

Caiyuk!