Thursday 27 February 2014

Bila tu ye?

Terasa sangat angka yang meningkat setiap tahun memberi kesan kepada kecergasan tubuh badan. Sekarang ni cepat aje keletihan selepas seharian bekerja. Yang peliknya, i rasa semakin banyak pulak tanggung jawab di pejabat sehingga tak berkesempatan nak fikir lain selain kerja.

Apa nak jadi la i ni...

Harapan i, suatu hari nanti i akan dapat peluang untuk pergi bercuti dan lupa perihal kerja dan rumah...just relax, enjoy... When will that day arrives? Hmmmm...

Friday 14 February 2014

Life is fragile

Betul kan? Yang hidup ini sebenarnya sangat rapuh kedudukannya?

Seperti nyawa di hujung tanduk...itu betul. Nyawa kita memang seperti di hujung tanduk. Oleh sebab itu, kita kena selalu hati2 pada setiap masa. Bukan itu yang kita buat ? Walau apapun yang kita lakukan...kita sentiasa berhati2. Secara tak sedar, kita menjaga nyawa kita. 

I terfikir menulis tentang nyawa ini selepas dua kematian mengejut baru2 ini. Kedua2nya anak muda yang baru memulakan hidup...seorang sudah berkahwin, baru 3 bulan. Yang seorang lagi, baru bekerja dan baru hendak bertunang. Kedua2nya lelaki. Kedua2nya anak sulung. Dan kedua2nya meninggal mengejut. Tanpa sesiapa menyedari kerana kedua2nya anak yang sihat. Seorang daripadanya, body builder. Baru dinobatkan pemenang pertandingan. 

Inilah yang menyebabkan i berfikir...alangkah rapuhnya hidup ini. Memang kenyataannya, nyawa yang ada ini hanya pinjaman...dan MESTI dijaga dengan baik. Dan sesungguhnya, apabila DIA mahu ambil...sekelip mata akan hilang...

Nyawa di hujung tanduk...

Thursday 6 February 2014

Congratulations Danish!

Danish tak apply pun, tapi rezeki dia...dapat tawaran itu. Alhamdulillah...

Hari ni i cuti sebab i pergi menghantar dan mendaftarkan anak lelaki sulung i ke ASiS...a prestige science school. Dah lama i tinggalkan alam persekolahan and not that bothered about which schools are the best scorer in major exams, so bila dapat tahu Danish ditawarkan ke ASiS, i just smiled.

Rupa-rupanya, sekolah itu antara sekolah terbaik di Malaysia. Wow! In fact, seorang sahabat anak i yang bersekolah di sana, telah berjaya mendapat tajaan Exxon-Mobil dan sekarang sedang menuntut di University of Tennesse USA dalam kejuruteraan petroleum. Tajaan luar tu...Kalau i parent si polan ini, rasanya kembang hati tak sudah! Dan syukur ke langit tujuh atas limpah rahmatNya.

Anyhow, semasa mendengar taklimat sekolah tersebut tadi, i faham mengapa sekolah itu antara sekolah terbaik dengan hampir 60% bekas pelajar (selepas tamat SPM) melanjutkan pengajian di luar negara. Excellent! Menimba ilmu di luar negara tidak sama dengan di dalam negara. 

No handphone! No TV! Less outing! 
Only form 4 and 5 students. 
Pocket money less than RM30 per month! Uhuh...
Class from 7.30 am - 4.00 pm and night preps..
Pure sciences...nothing other...and excellent teachers.
Continuous encouragement to participate in international competitions.
Pemenang Bahas Bahasa Inggeris 2013.
Peer guidance. 

Lots more...and i think, all those contribute to excellence. Sebab, tak banyak gangguan fikiran. Harap2 Danish ok dengan routine strict sekolah tersebut.

Kata Pengetua sekolah, ASiS adalah untuk melahirkan pemimpin (rasanya semua sekolah macam tu...). Tapi memang i nampak misi, visi dan objektif sekolah dengan jelas.

Alhamdulillah...syukur...Danish, go! go! caiyuk!


Wednesday 5 February 2014

Bestnye cuti!!

Hari ini i cuti kerja...yahooo! 

Tahun ini memang i bantai berubah pasal bab cuti. Dah beberapa tahun cuti i hangus...beratus hari...entah kenapa i suka g kerja and tak suka duduk di rumah. Oh ye! I tau...kalau kat rumah, lepas masak, i makan, bila mengantuk i tidur....bangun dari tidur, walau tak lapar, tekak gatal nak merasa makanan. So i makan lagi. Pasang angan2 nak buat itu la ini la...satu habuk pun i tak buat. Habis masa gitu aje...24 hours wasted doing nothing but putting on more fat into the fat cells and building more! Tapi, bila g kerja, memang banyak la perkara perlu diselesaikan. Tak menang tangan and tak sempat nak makan or rasa mengantuk. Kalau mengantuk sekalipun, jegilkan mata sebab nak selesaikan kerja...itulah i sejak beberapa tahun yang lalu...

Now, hampir setiap minggu i bercuti sehari at least. Tapi....masih gak i g ofis...hahahaha...gila i ni kan? Hanya, apabila kita cuti, anytime nak keluar ofis bos tak boleh marah...sedang bercuti kan.

Hmmmm...esok nak tengok dalam sistem, berapa hari lebihan cuti tahun lalu, berapa hari i dah ambil tahun ini. Update info diri sendiri...and can plan for more...yes! Next week nak cuti lagi...no Monday blues...yay!