Thursday, 11 October 2012

Bila ada dua pejabat

Mungkin tak ramai kot yang ada lebih dari satu pejabat dari satu institusi yang sama. Hakikatnya i begitulah. Sekejap di Shah Alam, sekejap di Puncak Alam. Sejak akhir-akhir ni pula, i sering je berulang alik ke sana ke mari. Susunan kerja i sepatutnya, bila i di Shah Alam, i di sana seharian suntuk dan begitu juga bila di Puncak Alam, tak payah berkejar ke Shah Alam. Tapi, untuk beberapa hari kebelakangan ini, i terpaksa berkejar ke Shah Alam bila sahaja sesi bersama pelajar di Puncak Alam selesai. 

Mesyuarat yang sepatutnya dijadualkan pada hari di mana i berada di Shah Alam sahaja, sudah bertukar tarikh dan hari...letih juga bila berulang alik 80 km pergi dan balik. Sungguhpun ada yang berulang alik melebihi jarak ini setiap hari, i tetap rasa keletihan bila terpaksa berkejar-kejar dengan urusan pejabat. Kalau tak perlu berkejar masa tak apa...

Inilah antara sebab mengapa suami i tak benarkan i sambung jawatan bila tamat tempoh kelak. Kata suami i, tak berbaloi...Ada lebih kurang setahun lagi tempoh jawatan i...malas la nak fikir...sekarang ni, i akan buat yang terbaik semasa memegang jawatan yang diamanahkan ini. Cumanya, memanglah...bila dah letih, pukul 9 malam, suis kat kepala 'on' untuk rehat....selamat malam...

Tuesday, 9 October 2012

Abih la...terkena sudah!

Semalam semasa i memandu menuju ke Shah Alam, i terkena sudah rasanya...

Kebiasaan i memang pandu kereta agak laju. Waktu pagi dalam pukul 6.45 - 7.00 tu rasanya tak de la perangkap saman kan? So memang i bawa agak laju la...(tak senonoh kan?)

Semalam, waktu tengahari, berkejar ke Shah Alam selepas habis aje sesi bersama pelajar di Puncak Alam. Sebaik i keluar simpang masuk ke Lebuhraya Guthrie, terus je masuk lorong kanan, tekan 120 km/hr pas tu slow down by 10 km/hr...tetiba terlintas di kepala, orang semua pandu steady je, lorong tengah, ada polis kot. Sambil tu mata melihat ke arah jambatan dari Bukit Jelutong, seperti clear, lupa pulak pasal bawah jambatan...aduhhhhh...sebaik sampai bawah jambatan, tu dia! Betul2 sedang menghala kamera ke muka i (rasanya la....) alahai...tak sempat senyum pulak kat Abang Polis tu...

Padahal sebelum ini, adik ipar dah bagitau dah, dia terkena saman di kawasan Lebuhraya Guthrie, kenapa la i asyik terlupa??

Terkena sudah i....seperti bidalan Melayu, 'sepandai2 tupai melompat....'. Tunggu je la surat RM melayang tu....

(Padan muka i!!)

Sunday, 7 October 2012

Alangkah indah berangan-angan

Kebiasaannya i suka nak mengelak dari berangan-angan. I takut angan-angan akan buat i menaruh harapan, leka dan membuang masa. Jadi bila terlintas di kepala nak pasang angan-angan, cepat-cepat i matikan suis angan-angan tu...

Tapi...salahkah berangan-angan ni ye?

Ada seorang kawan i bagitau i, 'tak apa berangan, ia buat kita berfikiran ke depan, dan berusaha untuk mencapai ke sana'. Seorang lagi pulak kata,' berangan tu buat kita hidup'. Hmmmm....?

Kalau i lihat dari perspektif positif, tak salah berangan. Ia macam juga bercita-cita. Menyimpan hasrat. Dan bila diikuti dengan usaha, tak mustahil angan-angan jadi nyata...Tapi kalau tak berusaha....macam angan-angan Mat Jenin la kan?

So...i nak berangan la...bayangkan sebiji rumah yang indah dengan bunga-bungaan dan buah-buahan mengelilingi rumah. Dalam rumah pula...dipenuhi dengan keindahan dan kewangian dan kegembiraan. Alangkah indahnya angan-angan ini.....angan-angan Mat Jenin ke ni? huhu...

Saturday, 6 October 2012

Bila nak p servis ni?

Rasa bersalah benar i ni. Dah lama tak hantar kereta pergi servis. Dah melebihi had ditetapkan untuk servis ni. Setiap kali bila memandu, asyik berdoa, janganla meragam ye kereta...

Sepatutnya kereta tu dihantar servis sebulan yang lalu. Atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan,  i tangguh. Sampai la bacaan meter dah melebihi tahap yang ditetapkan untuk servis. Bukan lebih sikit2...lebih banyak betul.

InsyaAllah minggu hadapan, i akan hantar kereta ke pusat servis. Dah minta adik i tempahkan servis di sana. Ikutkan hati nak hantar awal tetapi, macam2 pulak urusan kena buat.

Kebiasaanya dulu, suami yang p hantar kereta untuk servis. Tetapi semenjak dua menjak ni, i selesa pergi sendiri. Memang dah totally independent dah ni. Basuh kereta pun i buat sendiri. Cuma....nasib la, bahagian bumbung tu tak dapatlah nak dicuci...tak sampai...hehehehe...

Harap2 ok la kereta i...dan harap2, tak banyak RM melayang...

Wednesday, 3 October 2012

Tidur awal, bangun awal

Inilah perangai i sekarang. Lepas Isyak je...kabooommmm...terus je i nyenyak tidur. Ini akibat keletihan melampau sejak dua menjak ni. I kunci jam kul 3 am. Bila tersedar, kira berapa lama masa i dah tidur dan fikir apa i nak buat pagi2 buta tu. Bila masa tidur dah sampai 7 jam, i bergegas bangun, turun ke bawah, masak air, jengok2 kat dapur kalau ada apa2 nak dimasak. Ini untuk elakkan mata dari terus rasa mengantuk.

Pas tu baru la on kan lap top dan internet, buat la apa nak buat. 

Kebiasaan, i akan baca email, respon email, atau jenguk i-class students ePJJ. Atau, i selesaikan kerja yang tak selesai, jika dapat diselesaikan. Biasanya waktu pagi begini, rasa refresh, dan jika i menulis, idea lebih baik dari sebelum tidur.

Sebenar, i dah lama tinggalkan kebiasaan seperti ini. Beberapa tahun yang lepas, rutin tidur awal dan bangun awal ni perkara biasa. dan i tak perlukan jam untuk bangunkan i. otomatik, pukul 2.30 atau 3.00, i dah tersedar dan mula membaca.

Sekarang ni nak dimulakan semula semangat dan rutin ini. Harapan i, agar i dapat buat apa yang i selalu tangguhkan selama ini.

So kawan2...apa rutin you ye?

Tuesday, 2 October 2012

Letakkan diri di tempat tu dulu...

I dapati, kita ni suka sangat nak mengata, mengutuk sesuka hati. Kita buat tu hanya dengan sedikit pengetahuan yang kita ada, dari maklumat yang salah yang sampai ke telinga kita atau kekurangan maklumat atau....kerana dengki.

Dulu, semasa i masih berada di bawah, dan selalu menerima arahan, memang la mau sampai ke langit i mengata. 'apa la...asyik kena buat tu, buat ni...bla bla bla...' bebel i. memang i sangat vokal pada masa-masa tertentu. Tak puas hati. Tak hepi. Malas...

Kemudian, apabila i diarahkan untuk duduk di tempat i sekarang, i sedar. Orang atas tu bukan suka2 nak arahkan orang bawah buat itu dan ini. Orang atas buat kerana mereka juga diarahkan buat. Orang atas buat arahan selepas meneliti dan merancang proses yang mengkehendaki sesuatu itu dilakukan. Orang atas buat atas keperluan memenuhi kehendak stakeholders. Dan orang atas tu bertanggungjawab ke atas menjaga nama sesuatu organisasi.

Itulah penjelasan i kepada suami i apabila dia memaklumkan kepada i tentang apa orang kata terhadap aktiviti atau tugas i yang tentunya ada kaitan dengan bos i. 

I perasan, ada orang selesa dan gembira sangat apabila dimurahkan rezeki dengan dinaikkan pangkat. Apabila mereka sudah berada di tempat yang mereka inginkan, gaji pun dah melewati tahap keperluan asas, mereka lupa mengapa mereka dinaikkan pangkat. Mereka lupa tanggungjawab mereka. Walhal, merekalah yang seharusnya memegang tanggungjawab sentiasa meletakkan organisasi pada tahap terbaik. Bukan mengutuk usaha orang lain yang belum pun sampai ke pintu rezeki tahap tinggi untuk memperbaiki dan menjaga nama baik organisasi...

Bagi i, kalau kita tak mahu dan tak mampu melakukan, jangan lah kita pulak menjadi batu api mempengaruhi orang lain untuk jadi seperti kita...rezeki yang Allah beri, bukan untuk mengutuk usaha orang lain!

Monday, 1 October 2012

Adoiii...stress la!

Ini minggu-minggu terakhir persediaan untuk projek i yang akan berlangsung dari 20 - 24 Oktober ni. ada 19 hari lagi...aduhhh...berdebar-debar jantung. Macam banyak je yang i belum siapkan. Kalut dalam kepala...makan pun tak lalu dah ni. Alahai....

Makin dekat hari, makin banyak pulak yang macam tak selesai. Senarai perkara yang perlu dibuat, panjang berjela. Staf yang membantu pulakkkk...asyik nak diperingat..itu dah buat? ini dah buat? lambat benar fahamnya...risau giler ni...

Ya Allah...tolong lah tenangkan hati dan permudahkanlah segala urusan ku...Aminnn...