Thursday, 31 May 2012

Hidup ini mudah?

Hidup ini seharusnya mudah saja kan?
jika tidak mampu, jangan berangan...
jika merasakan perlu, bekerjalah untuk mencapai sebanyak mungkin kejayaan, kekayaan, kesenangan, ketenangan


Tapi
jika mengikut diri, mungkin banyak perkara kita tak mahu buat
jika tidak bertanggungjawab, memang selalu je pejam mata dari melihat yang 'obvious' dan melakukan yg seharusnya atau sewajibnya dan 'obvious'


Pada akhirnya,
kita lah jua yang menentukan hala tuju hidup kita
kita jualah yang tahu apa yang kita mahu dan mampu lakukan


Dan bila melakukan sesuatu
seharusnya penuh rasa kesedaran dan tanggungjawab
seharusya penuh keikhlasan
seharusnya memahami akibat
seharusnya bersungguh-sungguh


Dan semuanya adalah pilihan kita
pertimbangan akal dan kewarasan dan kewajaran
dan kepercayaan


DAN


hanya kepadaNYA kita berserah...

One step at a time!

Yes! Yes! Yes!

Alhamdulillah...one of my KPI is achieved before the end of the year. I like!
And in two weeks time, one of the project i handled will take off. InsyaAllah will be successful. So far things are moving as planned. Just a couple of steps more.
In another 8 weeks, another project will follow suit. This one has lots more to do. pretty slow moving so far.

Oh my! Gotta start writing that module promised to be delivered by Monday...Sempat ke? Hmmmm...

Although this week has some downs, there are also some ups. Alhamdulillah...the ups make up the downs.

Wish all my friends a better week!

Wednesday, 30 May 2012

Melayang la lagi..

Entah berapa i akan dicaj.
Hati tertanya-tanya.
Kenapa?
Aduhhhhhhhhhh...pasal i ni careless!
Asyik nak singgul orang aje.
Harap-harap tak mahal sangat.
Mudah-mudahan rezeki menyebelahi i.
Masih lagi i sembunyikan dari pengetahuan suami.
Takut dimarahi.
Tapi esok..pasti dia akan tahu.
Bila i tengok kereta i...sedihhh....
Always a lesson to learn everyday...

Tuesday, 29 May 2012

Susahnya untuk jujur pada diri

I terasa terpanggil nak kongsi perasaan i tentang hal jujur dan kejujuran.
Ada orang kata, hidup ini tak perlu terlalu jujur...betul ke?
Apa maksud jujur?
Ok...i tak guna definisi dari mana2 kamus, tak rujuk DBP, tapi pada pandangan i jujur tu adalah: berkata benar, amanah, tulus

Jujur bukan seharusnya hanya pada orang lain..tapi jujur pada diri sendiri.
Itu lebih penting sepatutnya kan.
Tapi i rasa kejujuran pada diri sendiri la yang paling jarang berlaku.
Itulah yang berlaku pada i.
Mungkin tidak pada orang lain.

I pernah berlaku jujur, tetapi i dikatakan 'bodoh' kerana jujur.
Banyak ketika, kejujuran disalah-ertikan.
Dan ramai orang tidak menghargai kejujuran.
Mereka lebih suka menutup sebelah mata atau kedua belah mata berhadapan dengan kejujuran.

Kalau i jujur pada diri i sendiri....
Tentu lah hati tak sakit seperti ini!

Monday, 28 May 2012

When blogging

It is nice to be able to write in a blog and then get people read what you write (if people are interested that is). Like me, i dont have many followers, and was pretty surprised to find that i actually have some followers. Hopefully everyone of them enjoy reading what little or lots that i have written. They come from my heart (my writing i mean...)

I think, when we write, we must write what is the truth. If we are saying that what we write is through our very own experience, then write the truth about it. Never write something that you are not sure of or from hearsay. If it is actually from what you have heard from, then state so. This is because people who are probably your fanatics, would take what you write at face value, believe you in total. What is the consequence? Berbohong itu tak elok kan? Kita tak tau kesan pembohongan kita kepada orang lain...

Rozzana...baik2 berblog..karang terkena pulak akta baru tu...lupa plak nama akta tuh...tapi akta tu memang mempunyai bunyi yang menakutkan la.

Anyhow, lets pray together that everyone is honest, own up to mistake, have guilty conscience all the time (ingat Yang Maha Berkuasa selalu), write what you know best and never spread rumour!

Alahai...dah mengantuk la ni jadi merapu begini...

Nite2...

Hantaran sekarang dan akan datang

Tadi berbual-bual dengan mak mentua dan kakak ipar. kami bercakap pasal wang hantaran perkahwinan anak2 saudara yang sudah dan bakal melangsungkan perkahwinan. amboi mak! mahal2 belaka jumlah RM yang dikenakan. i terfikir pasal anak2 i sendiri yang masing2nya sedang meningkat dewasa dan dalam tempoh 3, 4 tahun akan datang mungkin i dan suami kena buat keputusan tentang berapa jumlah hantaran untuk anak sulung i tu.

Seorang anak saudara yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi mengenakan hantaran sebanyak RM11K. Wow! Okay la..dia berijazah dan sudah bekerja. Keluarga bakal suami terkejut bila mendengar jumlah yang sebegitu besar. Sempat ke pihak lelaki menyediakan sebanyak itu wang? itu belum masuk perbelanjaan kenduri. Hmmmm...

Dulu, masa i kahwin, jangan terkejut bila i sendiri meletakkan jumlah hantaran diri i selepas berbincang dengan pakcik i. terkejut tau bila pakcik minta i decide. rasa macam tak pernah dibuat orang kan? apa2pun, nilai yang i nyatakan kepada bakal mentua i, setelah mengambil kira perbelanjaan semasa hanyalah dalam RM3K aje. itu dalam tahun 1991. senyum2 la bakal mentua i sebab rasanya jumlah tu tak besar. sedangkan kawan2 seangkatan i pada masa tu ada yang sudah sampai ke tahap RM6K sekurang2nya.

Apa2pun, bila i kenang masa tu, i bersyukur, walaupun i ni menilai diri i sama seperti gadis2 yang hanya lulus SPM masa tu, berbaloi semuanya sebab, alhamdulillah...perkahwinan i dah masuk usia 21 tahun. mudah2an Allah terus berkati dan kebahagiaan bersama keluarga terus dikecapi.

Macam mana pula i nak tetapkan nilai hantaran anak2 i tu nanti ye? hmmmm...lagi 3-4 tahun pastinya harga barang2 dah bertambah mahal. walaupun setiap kali diwarwarkan bagaimana hampir semua barang adalah di bawah harga kawalan. dan siap dinyatakan sebagai subsidi kerajaan. aduhhhh...subsidi punnnn..setiap rakyat Malaysia yang bekerja dan mempunyai pendapatan tertentu wajib bayar cukai...so i rasa, tak adil diberitahu sebagai diberi subsidi kan...

Ish! lari topik daaa....maaf ye...

Kalau sekarang, nak buat majlis di hotel, kena bayar harga sebiji kereta proton waja, esok2 berapa pulak ye? hmmm...perlukah i fikir sekarang?

tak payahlah kot kan...hari ni adalah untuk hari ini, esok...esok la pulak fikir! Tul tak?

Sunday, 27 May 2012

Perangkap laman sosial

Baru2 ni i terdengar di radio cerita mengenai seorang perempuan lebih separuh abad terpedaya dengan cinta internet. Dia terpedaya selepas lebih 2 tahun berkawan dengan mamat luar negara berkulit hitam. Bukan sikit dia kerugian, berjuta2 nilai kerugian dia. Terkedu juga i dengar kisah itu.

Suatu ketika dulu, i hampir terpedaya. Berkawan dengan seseorang dari luar negara. Selepas beberapa lama, dia mula memanggil kita sayang la, honey la, baby la...amboi mamat ni! I pulak tak la melayan apa2, tak pernah pun ungkap kata2 sayang pada dia, cuma perihatin saja, hanya katakan, take care please, setakat itu sahaja setiap kali tamat perbualan. Dan i pun always aware of the possibility of a scam. Masa tu i fikir, dah orang suka...bagusla begitu...layanzzz.  Pada suatu hari, kawan ni beritahu i yang kononnya dia nak beri i cenderahati kerana i baik dengan dia. Waaahhhh..macam2 dia nak beri pada i. Semua yang dia nak beri, dia tunjuk gambar kat email. Bulat mata nampak semua hadiah yang dia nak beri...(hehehehe..i am only human n am a woman too).

Tak lama lepas itu, i diberitahu yang barang2 tu dah dihantar. Dia siap beri i nama syarikat dan laman web syarikat berkenaan bila i tak percaya. I check laman web syarikat penghantaran yang diberi. Pelik, tiada nombor fixed-line, hanya nombor mobile. Dan tak banyak maklumat aktiviti syarikat. Bila i confront dia, dia tak respon apa2pun.

Kemudian, i diberitahu, parcel dah sampai tetapi di Labuan. I dimaklumkan oleh kawan i tu, dalam parcel itu dia selitkan duit sebanyak beberapa ribu paun sterling. I pun pelik! bila i tanya kenapa, dia kata, saja nak bagi i hepi. Amboi! jadi apabila bungkusan tiba di kastam Labuan, duit tu dapat dikesan oleh pegawai kastam. untuk i dapatkan parcel itu, i mesti bayar beberapa ribu MYR. bertambah pelik i rasakan apa yang berlaku.

Apabila i kata i tak ada duit dan i tak mahu hadiah tersebut, i dihubungi oleh seseorang dari Malaysia yang kononnya adalah syarikat yang diminta menguruskan hal ini di Malaysia. Satu ugutan diberi pada i apabila i berkeras tidak mahu memberi wang untuk menyelesaikan perkara penahanan pakej hadiah tersebut. Kata 'pegawai' syarikat itu, jika i enggan, i mungkin boleh didakwa terlibat dengan 'trafficking' atau 'money laundering'.Terkejut i...

I pun seriously contact pihak kastam Labuan untuk pastikan kehadiran parcel tersebut. pegawai kastam itu meminta i menghubungi Kastam KLIA kerana Labuan tidak menguruskan pakej seperti itu.

i pun menghubungi kastam KLIA dan bertanyakan tentang hal pakej ini. i beri nombor penghantaran yang kawan i beri. pegawai itu terus beritahu i, bahawa tiada nombor pendaftaran seperti itu malahan dia terangkan maksud setiap nombor dan huruf dalam nombor penghantaran. Selepas itu, dia maklumkan, ini bukan kali pertama dia uruskan parcel palsu seperti itu.

apabila i dapat tahu tentang hal itu, i bersyukur sangat, hampir i terpedaya.

apabila i maklumkan kepada kawan i itu tentang kegagalan dia menipu i, mula dia merayu untuk percayakan dia, selepas i ceritakan yang i dah hubungi pihak berkuasa tempatan, terus dia marah2 dan kata i 'stupid'. But i had the last laugh because i was not that gullible...

jadi mendengar kisah makcik yang terpedaya ini...buat i terkenang kisah ini. Hati2 lah kawan2...ramainya kaki penipu di luar tu.