Thursday, 1 August 2013

Pesal la tak reti?

Now ni, semenjak bulan puasa, i selalu keluar awal ke tempat kerja. Sebaik sahaja selesai Subuh, tunggu husband balik dari surau, salam husband, terus 'vroooommm'. Jam kat keter selalunya menunjukkan pukul 6.20 pagi. Pukul 7.15 dah kat ofis jika trafik teruk sikit.

Hari pertama berpuasa, keluar rumah pukul 6.20 pagi dan tiba di ofis, pukul 8.00 pagi. Hari paling teruk! Sangkakan bila ikut laluan itu, awal2 pagi, mesti jalan lega. Rupa2nya...dasyat punya sesak. Selain lampu isyarat yang bertukar warna setiap 180 saat (3 minit tu!) rupanya ada lori rosak! Ish! Selepas hari itu, i buat keputusan, no more driving through this route.

Ok. Ini keluhan i. Dalam kita baik beratur menunggu giliran bergerak, ada la pulak kereta2 yang potong queue. Lajunya  dorang lalu laluan kontra. Kemudian, bila ada kenderaan datang dari arah kontra, terhegeh2 beri signal nak masuk lane kita. Sebab pemandu seperti ini la, laluan jadi tidak smooth. Tak reti ke dorang ni? Sungguh kurang sopan perlakuan mementingkan diri sendiri ni. Apa kata jika orang macam i ni tak bagi dorang masuk ke lane sepatutnya? 

Inilah perangai kita , pemandu di Malaysia, selalu tak ikut peraturan. Nak exit lagi 1 km, masih lagi kereta berada di lorong kanan. Lagi 100 m baru bagi signal nak exit. Kalau berada di luar negara, jangan harap perangai macam ni boleh diterima. Gerenti kena honnnnnnnn...

Oh ye! Tahun ini, i ambil keputusan baru...kul 4.30 sudah keluar dari ofis. Pukul 5.30 dah kat rumah...best!


No comments:

Post a Comment