Lega tak terkira apabila i berjaya melengkapkan sebuah buku modul yang mana arahan diberi sejak tahun lepas tetapi i hanya mampu lakukan pada tahun ini. Yang bagusnya, pada kali ini, isi kandungan lebih updated. Walaupun i sekadar membuat kompilasi apa yang sedia ada, tetapi bukan perkara mudah unutk mengumpul semua maklumat, edit dan edit dan edit. Di samping itu, i kena juga memerah otak menulis foreword, preface dan glosari.
Dalam tempoh 2 minggu, alhamdulillah...hari ini i lega sebab i dah lengkapkan semua. Sebagai pengurus projek, i lah yang paling banyak kerja. Orang lain hantar kandungan, i yang kena baca semula dan betulkan ejaan, bahasa. Mujur juga ada kawan yang bantu. Menag i terasa saaaaaaaangat lega. Syukur Ya Allah kerana memudahkan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Rasanya bagi mereka yang pernah buat kerja macam i ni, faham apa yang i cuba nak sampaikan di sini. Kerja editing bukan mudah. Syukurlah, kerja seperti ini memberi i pengalaman baru yang sangat relevan dengan tugas i.
Esok, nak perah otak lagi....tulis teks ucapan menteri....huhuhu...
No comments:
Post a Comment