Monday 30 September 2013

What goes round comes around...

Kawan2, you all tau kan pasal peribahasa omputih ni? Mesti la kan...bahasa kita sendiri pun ada peribahasa yang serupa. Apa ye? Ermmmmm...??? 

Anyway, sebaik mungkin i mengelak untuk berfikiran buruk terhadap mana2 individu lain. I takut fikiran jahat ni terkena pada diri sendiri. Bagaimanapun, sebagai manusia, tidak dapat i elak terfikir, berfikir dan membuat penilaian sendiri apabila mendengar, melihat sesuatu yang di luar tabii normal manusia.

Pernah seorang kawan menasihatkan i tentang perkara seperti peribahasa itu. Pada masa dia mengatakan itu, i berfikir, apa kesalahan i terhadap kawan i ini yang akan membuat perkara sama berlaku kepada i sebagaimana i lakukan kepada dia. Sehingga sekarang i masih cautious dengan warning dia dan sehingga sekarang i tak tahu, apa kesalahan i terhadap kawan ini.

Apapun, i buat keputusan agar mendisiplinkan diri i agar jangan takbur...cuma i merasakan Dia sedang menguji i ketika ini. Sungguh...i mengingatkan diri agar selalu tidak lupa berdoa semoga apa yang berlaku adalah terbaik buat i.

For you my friends, always take care of yourself and be vigilant and always make conscious decision and think 1000x befor you leap!

Sunday 29 September 2013

Ini-mini-mine-mo!

Ermmm....

Baru berkira2 jika tahun hadapan i akan dapat memberi lebih tumpuan kepada tugas hakiki i...mengajar dan membuat penyelidikan. Sedang mencongak2 untuk menerima saranan suami agar menolak tawaran sambung jawatan (jika ada)...alih2 Big Bos dah beri tugas baru...belum selesai yang itu, Immediate Bos pun dah beri tugasan juga...kesemuanya melampaui tarikh akhir memegang jawatan.

Ada tiga perkara boleh i lakukan:
1. Buat tak tau aje dengan tugasan baru tu...after all, kontrak jawatan nak tamat...hehehe
2. Untuk jaga reputasi, buat apa yang mampu, lepas tu tolak sambung jawatan
3. Buat semua tugasan sebaiknya dan anggap jawatan akan diteruskan

Hmmmm....boleh kot i guna cara ni: ini-mini-mine-mo, sape terkena?

Istikharah? Gerak hati? Ya Allah...tunjukkanlah apa yang terbaik untukku...

Friday 27 September 2013

What's new about it? Auw! Just ranked better as worst!

Petikan dari Yahoo! The Malaysian Insider...28 Sept 2013

"Malaysia has been ranked as one of the most corrupt nations and listed as a country which is most likely to take shortcuts to meet targets when economic times are tough, according to a recent survey by Ernst & Young, signalling that the government's Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) has failed in its role to transform the economy.
Malaysia, along with China, has the highest levels of bribery and corruption anywhere in the world, according to the latest report, Asia-Pacific Fraud Survey Report Series 2013.
This year's survey polled 681 executives in China, Singapore, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia and South Korea.
About half of the 681 executives polled on their perception of fraud felt that China, Indonesia, Malaysia and Vietnam were the worst in bribery and corruption.
Those polled were employed at corporations with a turnover in excess of US$500m, ranging from the industrial sector to financial services, retail and natural resources."

Should i write no comment about this? Hmmmm...anyone disagree with me?

Tuesday 24 September 2013

Mengarut?

Baru2 ini i menerima satu email....dari FBI, USA...biar betulllll...!

email ni duduk dalam spam box i. i terfikir nak baca sebab i curious. banyak kali dah dapat email mengarut ni, ada sahaja manusia yang pemurah yang nak beri kita duit berjuta2 kan...jika benar, wah! kayo makcik! but of course, mana la ada orang pemurah seperti itu kan?

pasal email dari FBI ni, ringkasnya adalah mengenai laporan dan siasatan di FBI yang mendapati yang i bakal memperoleh sejumlah wang dari satu akaun di Afrika dan dimasukkan ke akaun i. Mereka menyiasat jika ia berkaitan dengan terrorism / money laundering / drugs trafficking / human trafficking .... dan memberi amaran kepada i kemungkinan tindakan dikenakan ke atas i kerana i akan menerima sejumlah wang tersebut dari sumber yang meragukan.

ish! kecut juga tali perut baca amaran FBI ini. Tajuk email itu : Last Warning ....

pelik...masa bila pulak i dapat warning yang lain2? Akhir sekali, i dimaklumkan, jika i menghubungi pihak FBI dan memberikan butir2 peribadi i (seperti kebiasaan email spam duit) maka pihak FBI tidak akan menahan penghantaran duit tersebut dan i selamat...

hmmmm...macam2 manusia lakukan untuk menakutkan / mengherdik / menipu...dan semua berlaku dalam dunia tanpa sempadan...internet!

Monday 23 September 2013

Alangkah indah jika ia berlaku dulu?

Hmmmm...pasal apa la pulak ni kan?

I memikirkan apa yang i alami sekarang ni. I tak boleh la cerita explicitly pulak kat blog i ni. Ada perkara kita boleh share, ada perkara hanya boleh dikias-kiaskan sahaja.

Apapun, apa yang i alami ini bagi i sungguh mengharukan jika dilihat dari satu segi dan menakutkan dari segi lain pulak. Puas i berfikir dan bertanya pada diri jika tindakan i berbaloi...mengapa i diuji sebegini rupa? Mengapa ia berlaku sekarang apabila kematangan fikiran dan umur sudah dicapai?

Lalu, alasan yang terlintas di kepala i ialah, i diuji begini kerana sekarang i lebih berakal dari dulu. Kalau ia berlaku dulu semasa akal masih mentah, mungkinnya hidup berbeza dari ini dan belum tentu lebih baik. 

Akhirnya, i belajar untuk pasrah dengan ketentuan DIA Yang Lebih Tahu.

Hanya i harus selalu ingatkan diri i, untuk selalu berdoa mohon agar setiap tindakan i ini tidak melampaui batas, mempunyai kesan positif dan dilindungi dari keburukan. 

Hanya DIA sahaja tempat mengadu.

Sunday 22 September 2013

Rezeki malam hari

Wah! Seronoknye....

Malam2 begini ada yang memberi buah2an. I yang memang hantu buah...apa lagi...belasah la sungguh pun sebenarnya tak lapar pun...

Ada manggis, duku langsat, rambutan, salak, pulasan...n durian. Memang i seronok sakan ni.

Anak2 i tak pernah makan buah salak dan pulasan so malam ni dorang belajar kopek dan makan dua2 buah tu.

Alangkah seronoknya jika mempunyai dusun buah2an...mula la i berangan nak mempunyai dusun buah2an...aduhai...

Maaf ye, tiada gambar buah2an dapat i upload ke sini. You all bayang2kan la ye...

Friday 20 September 2013

Di mana syukurnya?


Pagi2 buta ni seperti biasa, i terjaga oleh deringan jam yang i set awal pagi untuk of course...bangun awal dan buat apa yang patut pagi2 seperti ini....2.30 pagi! Dan biasa la, bila saja hp i on, berderu masuk mesej lapuk malam hari. Memang i off kan hp bila nak tidur dan hanya set alarm untuk aktifkan semula.

Entah mengapa pagi ini bila i terjaga, tergerak untuk skrol mesej WA yang masuk. Lalu terbaca post berkaitan tempat i bekerja, mencari rezeki halal. Selalu tu, bila alarm i go off, i akan lelap balik untuk 30 minit lagi tapi entah macam mana, pagi ini selepas ter'rajin' baca mesej WA ni, susah pulak i nak lelap balik. Lantas bangun, buat apa yang patut terlebih dahulu dan sekarang menaip bait2 ayat untuk komen post kejam itu.

Memang la semua orang berhak untuk memberi pandangan. Terutama bila terasa empunya diri adalah mangsa...

Apa yang i baca dalam post berkenaan adalah mengenai hamba Allah yang menggigit tangan orang yang memberi peluang dia mencari rezeki halal. Sedih sekali i membaca. Inilah komen yang i nak tulis di blog penulis ini tetapi i tulis aje la kat blog i (syok sendiri? heheheh...) sebab i tak kuasa la pulak g terjah blog dia. Sebelum i komen, alkisah penulis ini adalah ketidakpuasan hati kerana terpaksa melakukan itu dan ini walhal dia ni hanyalah berstatus sementara sahaja di tempat kerja ini. Dia kena buat semua kerja yang juga dibuat oleh pekerja tetap yang lain. Dia sakit hati ...

Inilah komen i kat dia (jikalah i ni rajin g cari blog ori dia):
Saudara / saudari, tiada siapa memaksa anda untuk stay bekerja di tempat anda bekerja sekarang ini. Anda tidak suka, anda carilah pekerjaan lain. Jangan merungut tetapi tetap ambil gaji ciput yang anda katakan dan kemudian hebah kepada semua orang tentang 'keburukan' dan 'prasangka buruk' anda di tempat kerja ini. Setahu saya, kerana status sementara anda, anda boleh berpindah kerja ke tempat lain tanpa masalah. Kenapa tak mahu cari yang lain? Pergilah ke institusi lain jika anda fikir ia memberi anda keuntungan. Bila anda tiada semangat sukakan pekerjaan anda, anda tidak ikhlas, anda benci dengan sistem yang ada, dan anda mempengaruhi orang lain dengan fikiran buruk anda, maka berhentilah. Yang berstatus tetap pun boleh berpindah, apa lagi anda yang hanya sementara tu? Banyak lagi institusi lain yang anda boleh cuba. I bet with your good track records as dedicated employee, you will be accepted elsewhere anytime. Saya cabar anda untuk cari yang lain yang lebih baik!

Nasihat i la kepada siapapun yang dalam keadaan seperti penulis blog ini, belajarlah bersyukur sungguhpun mungkin gaji anda nampak tak sebesar mana dengan taraf hidup sekarang, jika anda rajin, pandai bersyukur...Allah beri yang lebih baik setiap kali dan sentiasa mencukupkan. 

Monday 16 September 2013

Ke mana menghilang Mr Mood i ni?

Bermula tahun ini, i bergerak ke hadapan dengan sangat perlahan. Macam2 perkara telah berlaku yang menambahkan jarak Mr Mood dengan i. I seperti dah menyerah kalah dengan keadaan. Kawan yang selalu sama2 dengan i mendorong ke hadapan pun dah pergi menghilangkan diri. Seperti keadaan kawan i ni, keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya tetapi mungkin i aje yang pandang keadaan dia begitu. Mungkin kawan i ni happy...tapi yang pasti, kawan i ni tidaklah sebebas suatu ketika dulu.

Sekarang ni dah dekat hujung tahun. Tak lama lagi akan tamatlah kesibukan kerja pentadbiran i. Perasaan berbelah bahagi antara seronok (kerana selepas ini, boleh tumpu kepada perkembangan kerjaya) dan kurang seronok (kehilangan sesuatu yang sangat membantu...pengalaman dan sumber tambahan). Suami dah beritahu supaya tidak menyambung kontrak perkhidmatan. Hmmm...

Hajat di hati nak buat macam2. Tapi sehingga tinggal 3 bulan terakhir ini, tak banyak pergerakan i ke hadapan. Macam2 yang i tak buat. I tidak lagi bersosial dengan kawan2 senaman i, i tidak lagi bersosial dengan Ella, my close friend. Tumpuan i kepada kerja melampau tetapi rasanya i tak pergi jauh ke mana pun.

Aduhai Mr Mood....mai la cepat!

Sunday 15 September 2013

Melayan hidung dan perut

Hari ini adalah hari kedua dari tiga hari cuti umum. Hari ni, hari Ahad. Semalam dah buat perancangan nak masak lemak cili padi udang. I juga bercadang hari ini nak masak asam pedas tulang ayam. You all pernah makan tak asam pedas tulang ayam? Tak pernah? Cuba la...I masak tu untuk tambahkan sedikit hidangan tengahari penduduk kawasan i tinggal ini. Ada program gotong royong. I tak menyumbang apa2 tenaga dengan program so i sumbangkan sesuatu untuk kenyangkan perut yang bekerja.

Bagaimanapun, ada perkara yang spoilt the day...masalah sinusitis. Geram betul! The whole day i bersin tak henti2. Gatal hidung...aduhhh...bila dalam keadaan macam ini, perut i pun asyik la lapar. Macam2 i sumbat dalam mulut untuk layan perut i. 

Akhirnya, bila i dah tak larat, meraba2 cari ubat dalam beg tangan...telan ubat, naik ke bilik tidur....Selamat Malam....

Friday 6 September 2013

Naik laaaagi!

Begitu la kan...tak akan ada yang turun pun. Semakin lama, semakin naik. Alasan tetap sama. Kadang seperti tak masuk akal.

I cakap pasal apa ni? Of course la pasal kenaikan harga bahan api kenderaan kita. Alasan: nak kurangkan kebergantungan rakyat kepada subsidi dan kerana kenaikan harga minyak dunia. Hmmmm...

Tapi, kenapa pulak lepas tu dijanjikan dengan kenaikan BR1M pulak ye?

Oooo...jimatkan yang itu, tambah yang ini...yang tersepit adalah golongan berpendapatan sederhana, sebab itu tak dapat, ini pun tak dapat, tiap2 bulan tetap kena potong gaji sebab bayar tax. Pun...tak cukup juga. Kena tambah lagi bila dah isi borang declare semua. Naik gaji naik juga la kadar potongan bulanan tax.

Akhirnya, i fikir2...sama juga macam masa gaji sikit dulu malahan lagi baik masa tu sebab, periuk kecik, kerak kecik. Dulu dapat juga menyimpan, sekarang...macam manapun, syukur la pintu rezeki masih terbuka...


Thursday 5 September 2013

Bermula la kitaran baru

Assalamualaikum...aduhai...begitu lama i menyepi. agak2, semakin kurang la yang sud membaca coretan i ni sebab i tak konsisten. apa nak buat...

Mulai minggu hadapan, bermula kembali kitaran i bertemu anak2 muda baru untuk 1 tahun lagi. Mudah2an mereka yang i akan temui Selasa hadapan ini, memang betul2 berminat dengan bidang yang akan diikuti. Mudah2an juga, mereka bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai pelajar universiti.

Apa2pun, i tak dapat mengelak membandingkan pengalaman i belajar dengan apa yang i lihat berlaku dengan pelajar-pelajar i. I rasa kasihan kepada mereka kerana banyak betul kursus / subjek yang mereka kena ambil dalam satu semester dan kelas-kelas syarahan pula seperti sewaktu di sekolah, one after the other...almost non-stop. Bukan setakat belajar aje, mereka juga digalakkan bersosial, beraktiviti kokurikulum dan ekstra-kokurikulum. Huh! i dulu tak mengalami semua ini.

Begini la cabaran masa kini. Lagi mudah ilmu diperolehi di hujung jari, lagi banyak yang perlu dipelajari...

I berharap, i akan dapat menarik minat anak2 muda yang bakal i temui Selasa nanti untuk berada dalam kelas i...