Friday, 6 September 2013

Naik laaaagi!

Begitu la kan...tak akan ada yang turun pun. Semakin lama, semakin naik. Alasan tetap sama. Kadang seperti tak masuk akal.

I cakap pasal apa ni? Of course la pasal kenaikan harga bahan api kenderaan kita. Alasan: nak kurangkan kebergantungan rakyat kepada subsidi dan kerana kenaikan harga minyak dunia. Hmmmm...

Tapi, kenapa pulak lepas tu dijanjikan dengan kenaikan BR1M pulak ye?

Oooo...jimatkan yang itu, tambah yang ini...yang tersepit adalah golongan berpendapatan sederhana, sebab itu tak dapat, ini pun tak dapat, tiap2 bulan tetap kena potong gaji sebab bayar tax. Pun...tak cukup juga. Kena tambah lagi bila dah isi borang declare semua. Naik gaji naik juga la kadar potongan bulanan tax.

Akhirnya, i fikir2...sama juga macam masa gaji sikit dulu malahan lagi baik masa tu sebab, periuk kecik, kerak kecik. Dulu dapat juga menyimpan, sekarang...macam manapun, syukur la pintu rezeki masih terbuka...


No comments:

Post a Comment