Hmmmm...pasal apa la pulak ni kan?
I memikirkan apa yang i alami sekarang ni. I tak boleh la cerita explicitly pulak kat blog i ni. Ada perkara kita boleh share, ada perkara hanya boleh dikias-kiaskan sahaja.
Apapun, apa yang i alami ini bagi i sungguh mengharukan jika dilihat dari satu segi dan menakutkan dari segi lain pulak. Puas i berfikir dan bertanya pada diri jika tindakan i berbaloi...mengapa i diuji sebegini rupa? Mengapa ia berlaku sekarang apabila kematangan fikiran dan umur sudah dicapai?
Lalu, alasan yang terlintas di kepala i ialah, i diuji begini kerana sekarang i lebih berakal dari dulu. Kalau ia berlaku dulu semasa akal masih mentah, mungkinnya hidup berbeza dari ini dan belum tentu lebih baik.
Akhirnya, i belajar untuk pasrah dengan ketentuan DIA Yang Lebih Tahu.
Hanya i harus selalu ingatkan diri i, untuk selalu berdoa mohon agar setiap tindakan i ini tidak melampaui batas, mempunyai kesan positif dan dilindungi dari keburukan.
Hanya DIA sahaja tempat mengadu.
No comments:
Post a Comment