Baru2 ini i menerima satu email....dari FBI, USA...biar betulllll...!
email ni duduk dalam spam box i. i terfikir nak baca sebab i curious. banyak kali dah dapat email mengarut ni, ada sahaja manusia yang pemurah yang nak beri kita duit berjuta2 kan...jika benar, wah! kayo makcik! but of course, mana la ada orang pemurah seperti itu kan?
pasal email dari FBI ni, ringkasnya adalah mengenai laporan dan siasatan di FBI yang mendapati yang i bakal memperoleh sejumlah wang dari satu akaun di Afrika dan dimasukkan ke akaun i. Mereka menyiasat jika ia berkaitan dengan terrorism / money laundering / drugs trafficking / human trafficking .... dan memberi amaran kepada i kemungkinan tindakan dikenakan ke atas i kerana i akan menerima sejumlah wang tersebut dari sumber yang meragukan.
ish! kecut juga tali perut baca amaran FBI ini. Tajuk email itu : Last Warning ....
pelik...masa bila pulak i dapat warning yang lain2? Akhir sekali, i dimaklumkan, jika i menghubungi pihak FBI dan memberikan butir2 peribadi i (seperti kebiasaan email spam duit) maka pihak FBI tidak akan menahan penghantaran duit tersebut dan i selamat...
hmmmm...macam2 manusia lakukan untuk menakutkan / mengherdik / menipu...dan semua berlaku dalam dunia tanpa sempadan...internet!
No comments:
Post a Comment