Friday, 20 September 2013
Di mana syukurnya?
Pagi2 buta ni seperti biasa, i terjaga oleh deringan jam yang i set awal pagi untuk of course...bangun awal dan buat apa yang patut pagi2 seperti ini....2.30 pagi! Dan biasa la, bila saja hp i on, berderu masuk mesej lapuk malam hari. Memang i off kan hp bila nak tidur dan hanya set alarm untuk aktifkan semula.
Entah mengapa pagi ini bila i terjaga, tergerak untuk skrol mesej WA yang masuk. Lalu terbaca post berkaitan tempat i bekerja, mencari rezeki halal. Selalu tu, bila alarm i go off, i akan lelap balik untuk 30 minit lagi tapi entah macam mana, pagi ini selepas ter'rajin' baca mesej WA ni, susah pulak i nak lelap balik. Lantas bangun, buat apa yang patut terlebih dahulu dan sekarang menaip bait2 ayat untuk komen post kejam itu.
Memang la semua orang berhak untuk memberi pandangan. Terutama bila terasa empunya diri adalah mangsa...
Apa yang i baca dalam post berkenaan adalah mengenai hamba Allah yang menggigit tangan orang yang memberi peluang dia mencari rezeki halal. Sedih sekali i membaca. Inilah komen yang i nak tulis di blog penulis ini tetapi i tulis aje la kat blog i (syok sendiri? heheheh...) sebab i tak kuasa la pulak g terjah blog dia. Sebelum i komen, alkisah penulis ini adalah ketidakpuasan hati kerana terpaksa melakukan itu dan ini walhal dia ni hanyalah berstatus sementara sahaja di tempat kerja ini. Dia kena buat semua kerja yang juga dibuat oleh pekerja tetap yang lain. Dia sakit hati ...
Inilah komen i kat dia (jikalah i ni rajin g cari blog ori dia):
Saudara / saudari, tiada siapa memaksa anda untuk stay bekerja di tempat anda bekerja sekarang ini. Anda tidak suka, anda carilah pekerjaan lain. Jangan merungut tetapi tetap ambil gaji ciput yang anda katakan dan kemudian hebah kepada semua orang tentang 'keburukan' dan 'prasangka buruk' anda di tempat kerja ini. Setahu saya, kerana status sementara anda, anda boleh berpindah kerja ke tempat lain tanpa masalah. Kenapa tak mahu cari yang lain? Pergilah ke institusi lain jika anda fikir ia memberi anda keuntungan. Bila anda tiada semangat sukakan pekerjaan anda, anda tidak ikhlas, anda benci dengan sistem yang ada, dan anda mempengaruhi orang lain dengan fikiran buruk anda, maka berhentilah. Yang berstatus tetap pun boleh berpindah, apa lagi anda yang hanya sementara tu? Banyak lagi institusi lain yang anda boleh cuba. I bet with your good track records as dedicated employee, you will be accepted elsewhere anytime. Saya cabar anda untuk cari yang lain yang lebih baik!
Nasihat i la kepada siapapun yang dalam keadaan seperti penulis blog ini, belajarlah bersyukur sungguhpun mungkin gaji anda nampak tak sebesar mana dengan taraf hidup sekarang, jika anda rajin, pandai bersyukur...Allah beri yang lebih baik setiap kali dan sentiasa mencukupkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment