Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru semua!

Hari ini adalah 1 Januari 2013.

Hari pertama , tahun baru omputih...kalendar omputih...bukan kalendar Islam. Kalau di kalendar Islam, dah ketinggalan dah omputih ni...kan?

Apa agaknya yang akan berlaku tahun ini ye?

Azam tahun baru...nak jadi lebih baik dari yang sebelumnya...baik dari semua segi. InsyaAllah...mudah2an diizinkan dan mendapat berkat niat yang baik.

Setakat ini rasanya, i dah menamatkan tahun 2012 dengan sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Tapi ada juga yang berlaku pada awal tahun kurang menggembirakan. Ada juga yang berlaku di hujung tahun yang amat mengecewakan. Bagaimanapun, itulah asam garam hidup. Bukan semuanya manis, bukan semuanya pahit, bukan semuanya masam. Dan sesungguhnya, campuran pelbagai rasa inilah rencah kehidupan yang mendewasakan kita. 

Mudah2an, hajat kawan-kawan i yang baik2 semuanya tercapai. 

Marilah kita sama2 menanamkan dalam jiwa kita pertukaran minda yang lebih positif, berbaik sangka dengan ketentuanNya...mensyukuri setiap sesuatu yang mendatang biarpun perit. 

Hey friends! Look at the brighter side of life okay! Stay cheerful and always remember HIM!!

SELAMAT TAHUN BARU 2013...BYE 2012....

Wednesday 26 December 2012

Adoiiii..mengantuknya mata!

Begitulah yang i rasa setiap hari...pas Maghrib je mata mengantuk. Ada ketika tu, sedang memandu kereta nak balik ke rumah selepas bekerja punnnnn..i mengantuk. Macam digigit nyamuk tsetse aje gamaknya.

Bila weekend memang ler...kalau boleh nak layan mata aje. Best kalau dapat golek2 sampai naik tinggi matahari kan....hehehehe...

Tapi....

Dah 4 weekends termasuk hujung minggu ni i asyik tak ada di rumah. Bekerja...berbincang...dari 8.30 pagi, break kejap, mula balik kul 8.30 malam...sampai la dekat pukul 11 malam. Baru habis kerja. Sungguhpun nampak macam rileks, duduk2 berbual2...tapi isi kandungan perbualan, serius beb!

Bulan Disember ni seperti yang i pernah tulis sebelum ini, memang hebat giler schedule kerja i. Cuti yang ada, hanya Hari Natal yang lepas. Itupun, hubby dah ajak ke rumah brother dia...besday! G makan2...sounds good eh? Tapi bila fikir kerja yg banyak...xde makna makan2 pun.

Dah lebih 2 bulan i tak bersenam ni...takut nak timbang berat badan...

Ya Tuhan, teruk betul hambaMu ini...

Wake up Rozzana! Wake up!!

Sunday 23 December 2012

Alhamdulillahhhhhh

Syukur sangat sebab setakat ini, buah hati i semua menunjukkan tahap pencapaian pelajaran yang baik dan boleh dibanggakan. Ibu ayah mana tak hepi bila anak2 memperoleh keputusan yang cemerlang kan..?

Tahniah buat Muhammad Iyrak Afiq (5A - UPSR) dan Nur Izzati (8A - PMR). Of course...tahniah Nurul Fatini for getting the Anugerah Naib Canselor! I am proud of you guys!

Mudah2an anak2 i akan berterusan memperoleh kejayaan. Biarlah berjaya dunia dan akhirat.

Sekarang ni hanya Nurul Fatihah yang tak nampak hepi. Results peperiksaan SPM lagi 2 bulan kot. Kata Fatihah, ' Mum, i dont think i can get all As'. And I said, ' its okay. you have done it. it was over, we just have to wait and see.' Apa2pun keputusannya nanti, i tetap akan sokong dan ucap tahniah pada anak i. 

Tiada istilah paksaan bagi i. Jika anak2 i nak stay kat rumah, tak mahu ke boarding school, i am happy. Jika diterima ke boarding school, dan itu kemahuannya...insyaAllah i akan turuti. Tapi so far, Isyrak dah confirm, 'tak mo ke sekolah asrama. boring!' hehehe...apa2 la Isyrak. Depan mata ibu lagi senang nak pantau...

Fatihah aspires to be a medical doctor...mudah2an keputusan peperiksaannya cukup baik untuk membolehkan dia meneruskan cita2nya itu. 

Fatini sedang menunggu tawaran untuk menyambung pelajaran...ibu ayah mana yang tak hepi?

Syukur....

Saturday 22 December 2012

You are my friend, and i am glad

i knew this somebody about two years ago i think. i am going to call that person A. A is not of the same race as i am. A is not even anyone i thought i would be associated with. somehow, we became friends.

i like A. A is just a simple person. but i find A interesting. very interesting. A respects me just as i respect A. we have never met at all. but the mutual respect is just there.

i can talk about anything at all with A. A will at times teases me and makes my face turns red. and when we discuss about something serious, we really do become serious. A said that i am not a pretentious person. i like that. because i really don't want to be called as pretentious. A said, i am intelligent. That puts smile on my face. of course it is always wonderful to be called intelligent!

A used to send me email in the morning and wishes me with wonderful wishes to start my day. and i will respond equally. so both of us (i am sure) have smiles on our face every morning even when the day ahead might not be as cheerful.

but now, as our life schedule gets busier, especially me...the mail has become less and less...still, once in a blue moon, A will just shout at me through the email.

and A...still the old-timer...A sends me cards! i have received many cards from A and each one i cherished. to receive card / well wishes card is really a rare treat nowadays. A still does it. A said, sending card is as thrill as receiving. thank you A. but...i never send A any...(teruk betul dapat kawan macam i...)

i really appreciate it when you simply say what you think is right...you speak your mind out. and yes, sometimes its like i am being slapped on the face when you said and pointed blankly, my fault. and you did it many times A. your advises are always welcome A. 

thank you A. i am glad that i met you. i thank Allah for putting onto my path a good person like u!

Friday 21 December 2012

Aduhhhhh...banyaknya!

Apa yang banyak tu?

Cuba la tengok ni...


dan ini...



Banyak kan...? Tu tak termasuk yang ada di atas meja di rumah i. Tu belum masuk kertas kerja yang i kena buat...macam mana la nak sempat pergi bersenam dengan K.Chik@Ella tu. Gerenti la kawan-kawan aerobik tu mengutuk i sampai ke langit pasal dah sebulan tak nampak i di kelas. Gerenti la berat badan i bertambah kan...

Dan kebelakangan ini pulak...ada sesuatu yang sangat merisaukan i. Nak diceritakan kepada sesiapapun i tak boleh. Terpaksa la i tanggung sendiri.

Doa i, apa yang i sedang risaukan ini akan berakhir dengan baik. Tak henti2 i berdoa agar cubaan maha berat ini akan berakhir dengan sesuatu yang bermakna.


Thursday 20 December 2012

Bila ujian dan cubaan melanda



Hati kena selalu tabah. 
Iman kena selalu kuat. 
Merintih itu sudah pasti. 
Menangis adalah cara melepas perasaan kecewa dan sedih.

memang hidup akan sentiasa diuji
kata orang, hanya yang mampu melalui
yang Allah uji
betul ke?

begitulah 
cubaan dan cabaran mendatang
yang menguji kekentalan jiwa
dan memberi pengajaran
kesilapan harus ditanggung
biarpun perit sekalipun
harus ditelan jua

nasihat untuk diri sendiri
bersyukurlah selalu 
Allah masih kasih...
dan yakinlah akan Dia

mudah2an cubaan ini menjadikan diri lebih dewasa
(walaupun..memang sesungguhnya sudah dewasa...)
tidak akan benarkan
ia berulang...

langkah tetap harus ke hadapan
selagi nyawa dikandung badan
dan jangan lagi 
tiada beban batu digalas!

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Peringatan buat diri sendiri yang sedang diuji.


Friday 14 December 2012

Mak

Tajuk coretan i kali ni, simple...MAK..singkatan kepada perkatan EMAK, wanita yang mengandung dan melahirkan kita semua ke dunia ini.

Anak2 i panggil i ibu. Ada yang dipanggil mami, mummy, mama, mom, mum, umi...dan sebagainya. Makna semua sama kan? 

Sekarang ini mak i tinggal dengan i. Setelah berpuluh2 kali i memujuk mak datang dan tinggal dengan i, kali ini, pujukan i berjaya. Sebab dia sakit. Kencing manis @ diabetes. Mak yang dulunya besar bagi i (saiznya), sekarang ni dah jadi kecil. Tak banyak daging dah pada mak. Cuma sekarang ini, perut mak besar. Ascitis, itulah terminologi perubatan untuk keadaan mak i tu. Tak tahu apa puncanya. Air berkumpul di ruang abdomen mak. Menurut doktor, kemungkinannya, buah pinggang mak kurang berfungsi. 

Hari ini, mak akan dibawa ke Hospital Serdang untuk ujian buah pinggang. Selepas lebih 2 minggu mak dimasukkan ke hospital selama beberapa hari, baru nak dibuat ujian buah pinggang. Pelik....Agaknya la, prosedur perubatan ini, selagi pesakit tu tak pengsan, atau lemah sangat, masih boleh bercakap, tak perlu disegerakan ujian kot?

Tak tau la apa yang mak i fikir kala ini. Mak amat takut untuk ke hospital. Apa tah lagi untuk dibuat ujian macam2 ke atas mak. Tak tau juga jika mak akan ditahan di hospital sekali lagi. Tak tau apakah diagnosis doktor ke atas status buah pinggang mak.

Apa2pun, bila melihat keadaan mak yang lemah seperti ini, belas kasihan i bertambah pada mak. Tak kisahlah jika i memang tak pernah rapat dengan mak sebelum ini. Sebagai seorang anak, dia adalah MAK, yang sudi mengandungkan dan melahirkan i, juga membesarkan i dan mengajar i perkara2 kehidupan yang akhirnya membentuk diri i sekarang ini.

Doa i semoga mak akan tabah menghadapi cubaan kesakitan ini. Mudah2an Allah berikan segala kesabaran buat i, suami dan anak2 i melayan karenah seorang wanita...yang i panggil
MAK...




Thursday 13 December 2012

Mee Calong

You pernah dengar nama makanan ni? Kalau you orang pantai timur atau duduk di Kuantan, pasti you tau!


Inilah rupa Mee Calong tu. 

Nampak biasa2 aje kan? Tapi ia istimewa. Ye la, sebab i tak pernah dengar pasalnya. So istimewa bagi i la. Juga, sebab ia dah masuk TV! Ada beberapa program makan2 di TV dah perkenalkan gerai dan mee ini.  

Rasa mee tu? Sedappppp....supnya ala2 sup yong tau fu. Ada bihun dan mee kasar yang khabarnya dibuat sendiri oleh tuanpunya gerai. Kalau mee calong biasa, hanya dihidangkan bihun+mee+keropok getei+tahu sumbat ikan. Ada cili disediakan. Kalau yang macam dalam gambar ni, tu mee calong istimewa, ada telur mata kerbau. Memang bagi i, sedap mee ini. Semua secukup rasa. Tidak berlebihan. 

Kalau you all tertanya2 kat mana i makan mee ni....kat sini la...



Warong tepi jalan aje. Dekat dengan rumah orang. Warong terbuka berwarna biru. Terletak di Jalan Beserah, Kuantan. 

Masa i makan tu, penuh juga la ruang makan warong. Kalau tak silap, hampir semua meja makan penuh. Harga semangkuk mee calong istimewa tu....berapa ye? Entahla...orang belanja i makan. So tak tanya la harga....hehehehe...

So, untuk sesiapa yang menuju ke Pantai Timur, belum pernah dengar atau rasa mee calong ni, singgahlah kat warong tu. Cuba2 la rasa. InsyaAllah tak rugi kot. I minum air sirap bandung cincau...sedap juga....

Meh la rasa!

Wednesday 12 December 2012

Disember yang meletihkan

Assalamualaikum.....

Woaaaa...lama juga i tak update ni kan? memang kesibukan aras tinggi untuk i sepanjang beberapa hari yang lalu. FB tu langsung i tak jengok2...tak tau apa kisah kawan2 semua. 

Hari ini (13 Disember 2012), i akan bertolak ke Ipoh pula. Selepas itu, terus ke Melaka pula. Lima hari tiada di rumah. Alaaaa...lima hari aje kan? Ada orang, berbulan2 tak ada bersama keluarga. Apa nak dihairankan , betul tak? Dua hari yang lepas pula, empat hari i di Kuantan. Bulan Disember ini memang setiap hujung minggu i tiada di rumah. Sejujurnya, letih...

Bulan ini juga i dapat berita tentang seorang sahabat yang jatuh sakit. Kasihan i pada dia. Sakit dia tidak diketahui puncanya. Perubatan moden tidak dapat mengesan punca sakit dia. Doa i agar dia akan sabar selalu menghadapi cubaan ini. Doa i agar dia segera sembuh. 

Bulan ini juga, seorang lagi sahabat i ditimpa malang. Apa yang dialami sahabat i ini, sukar untuk difahami. Terperangkap dalam situasi bahaya. Situasi yang mampu merosakkan maruah, career, dan harta. Tiada perincian akan situasi sahabat i ini kerana ia sesuatu yang sangat malang. I berdoa agar sahabat i ini dikuatkan Allah semangatnya, dikuatkan iman. Mudah2an Allah bantu dia ke arah jalan penyelesaian. Aminnn...

Hmmmm....sekejap lagi...masa untuk menyibukkan diri di ruang dapur...nak masak apa ye?




Wednesday 5 December 2012

Rasa tak percaya

Inilah kelajuan pemanduan i semenjak kena saman baru-baru ini....ikut peraturan dan berada pada aras kelajuan sepatutnya. 


Tu kat hiway tu...ketawa i sorang-sorang sebab i jadi budak baik. Biasa sebelum tu, memang la i tekan minyak paling kurang 100 km/jam. Maklum sahaja, hiway, kereta kan tak banyak. Jalan pun cantik, tak ada lopak-lopak, banyaknya lurus tegak dan ada 3 lorong sehala. Rasa macam rugi je bawa kereta perlahan kan. Tapi of course la, peraturan dibuat untuk elakkan kesusahan.

Bagaimanapun, baru-baru ini apabila i menumpang kereta seorang kawan yang memandu Merc, kami bercakap mengenai had kelajuan memandu, ini komen dia,'kalau nak bawa perlahan, baik guna kereta power rendah, kalau dah kereta itu ada power tinggi, bayar cukai jalan tinggi, harga kereta tinggi, tak kan la bawa perlahan pulak...macam tak logik pulak'. Hmmmmm.....what say you?

Kalau lorong kiri tu hanya untuk memotong, buat dua lorong aje la kat hiway kan....? 

Yang pentingnya....hati-hati, jangan sampai susahkan orang lain.

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT!

errr.....


Tuesday 4 December 2012

Kerja oooo kerja

Kerna terpaksa....

Tetiba je i rasa macam nak menyanyi. Bukan apa, nak legakan sedikit rasa tertekan dalam dada ni. Kerja melambak...adoiii...atas meja di pejabat di Shah Alam, bersepah, atas meja di pejabat di Puncak Alam, bersepah. Bukan i tak reti nak mengemas tetapi hakikatnya, semua yang atas meja tu perlu penyelesaian. Assignment, test answers...menimbun! Isi kertas kerja semua dalam kepala...belum sempat nak dicurah ke atas kertas.

Hari ni i berjaga seawal pukul 2 pagi. Kalau orang lain, mungkin baru nak masuk tidur kot. I pulak bangun awal sebab, bos dah bagitau, nak 'input' perbincangan kertas kerja inovasi sebelum pukul 10 pagi hari ini. Kalau kelas i tak sampai 7 jam hari ini, pasti la i berkejar ke Shah Alam di sebelah petang untuk sesi perbincangan ini. Disebabkan kelas i penuh hari ini, tu la yang bos minta beri 'input' awal tu. Dan inilah sebabnya, Rozzana bangun awal sangat...kena cari maklumat, layar internet. Tak tau la jika 'input' yang i akan hantar sebentar lagi ni laku untuk dibincangkan.


Janji untuk hantar kertas kerja pada seorang kawan pun belum dapat i laksanakan....alahai...kerja oooo kerja...

Sorry ye, i hanya nak luahkan perasaan. Tekanan masih di tahap boleh kawal...lalalala....

Saturday 24 November 2012

3H2M di Lembah Lenggong (Last part)

Aktiviti terakhir di Lembah Lenggong adalah meneroka gua. I agak excited dengan prospect masuk ke gua ni. Macam2 terlintas di kepala especially part gelap, kelawar. tapi soalan pertama i kepada fasilitator adalah, 'ada pacat tak kat situ?' Mujur la jawapan yang diberikan menceriakan. 

Pacat tetap ada juga sebab untuk menuju ke kawasan gua tu, melalui laluan kebun getah. Ada sebahagian tempat tu, tersedia jambatan kayu so tak ada la menjejak ke tanah. Jarak perjalanan dari tempat bermalam adalah dalam 15 minit. Menurut camp commander, En. Khairul, ada sebanyak 37 buah gua di sekitar kawasan tersebut. kalau nak teroka semua, tak cukup sehari tentunya. Beliau merancang untuk bawa kami meneroka ke 7 gua yang mudah laluannya. Bagaimanapun, pada akhirnya, hanya 3 buah gua sahaja yang kami masuk.


Kami masuk ke Gua Puteri, Gua Masjid dan Gua Kajang. Gua Ngaum dan Gua Asar tu kami lalu aje di luar.

Apa ada dalam gua tu? Tak ada apa pun...hanyalah dinding dan lantai, sesetengah langit gua ada stalaktit dan lantai ada stalakmit. Di Gua Puteri, ada tempat yang kelihatan seperti kelambu (juraian stalaktit) dan menurut cerita, kononnya dulu tu la tempat puteri beradu. Dari jauh memang nampak cantik seperti kelambu tetapi bila dah dekat...batu aje. Di bahagian lain, nampak seperti kepala singa pula. Dan di hadapan kelambu tadi, ada batu berbentuk seperti katak besar, lengkap dengan mata lagi. 

Sedikit ke dalam, ada rupa batu seperti pelamin....dan tentu sahaja ada cerita lagi...cerita  yang kurang meyakinkan i.

Seterusnya kami bergerak ke Gua Masjid. Laluan ke dalam gua agak sempit dan curam. Di tengah-tengah gua kelihatan seperti sebuah mimbar. Konon ceritanya, gua itu memang digunakan untuk menyorok apabila dikejar musuh, juga di kawasan yang dipanggil masjid itu (memang nampak seperti kubah masjid di tengah langit gua) tempat berkumpul, bersolat? Kata En. Khairul, malahan untuk masuk ke situ, laluan sempit menyebabkan si suami mesti memegang tangan si isteri kerana jika tidak, takut terpegang tangan pasangan lain. Ada bilik2 tertentu juga di dalam gua itu untuk tujuan tertentu...amboi! 

Dinding gua ada yang dipenuhi dengan grafiti. Masing2 pelawat ingin mengabadikan nama masing2 di dinding. Ada tu yang tinggi di atas langit gua. Tak tahu bagaimana pengunjung boleh berbuat begitu. 

Maaf la ye, keadaan gelap tidak mengizinkan i mengambil apa2 gambar dalam gua tu.

Seterusnya kami bergerak ke Gua Kajang. Menurut cerita, dulu di gua itu ada banyak pinggan mangkuk dan orang2 kampung selalu meminjam pinggan mangkuk dari gua itu untuk kenduri kendara. Laluan yang kami tempoh, biasa sahaja. bagaimanapun, ada bahagian gua itu yang sukar laluannya...ada ketika perlu mengiring atau meniarap untuk melalui sesuatu kawasan. Kami tidak explore gua itu sebab camp commander siapkan kemudahan abseling untuk kami.


Salah satu pintu masuk ke Gua Kajang.


Acara abseling....tinggi atau jarak dari lantai adalah setinggi 2 - 3 tingkat bangunan sahaja. Bagaimanapun, kalau kita gayat...i tak ketinggalan mencuba aktiviti ini. I secara umumnya tak takut tinggi. Cuma, bimbang semasa nak menurunkan badan dari tebing, takut tergesel ke dinding / tembok bukit.


Itu i la tu yang tergantung dan mengawal kelajuan turun dari tebing tinggi tu. malangnya, semasa gambar diambil, dan setiap kali, belakang i aje yang kelihatan....hehehehe....

Apa2pun...i hepi sebab berpeluang melarikan diri sekejap dari kesibukan tugas pejabat dan berada di kawasan nyaman, segar dan melalui pengalaman digigit pacat, jatuh tergolek, terpijak duri enau, melakukan flying fox, abseling dan meneroka gua. 

Sehabis program, kaki semua lenguh2. Jalan macam robot sikit. Bukan i aje yang merasa begitu, malahan rakan2 yang turut serta ramai yang mengadu letih dan ada yang bekerja separuh hari sahaja keesokan harinya...i masih juga pekerja yang rajin, bekerja seperti biasa. 

Friday 23 November 2012

Terung Susu Kambing

Pernah ke you all dengar atau nampak berkenaan terung susu kambing ni? Mungkin ada dan ia dipanggil berbeza, mungkin tak pernah...Macam i, pertama kali i dengar dan lihat buah terung susu kambing. Inilah rupanya....


Ini rupa buah terung tu, yang dah masak. Masa i mula2 nampak buah ni, i fikirkan apa la yang orang dok gantung permainan plastik kat pokok ni...nampak cantik je...kuning2 semua. Bila i datang dekat, baru i tau, itu bukan permainan atau barang plastik yang disangkut di dahan pokok. Pekerja perempuan Nur Lenbah Lenggong yang bagi tau i nama buah tu.


Inilah rupa pokok buah terung tu. Batang, daun dipenuhi dengan duri-duri tajam...sakan sekali bentuk perlindungan pokok ni kan? I diberitahu yang buah terung ni boleh membantu mengubat penyakit darah tinggi. Perlu dibuat kajian ni....


Yang ini, rupa buah terung tu masa muda....betul2 macam susu kambing kan....? Ada kantung susu dan puting susu di kelilingnya....pandai sungguh orang yang menamakan buah terung ini....hehehehehe....

I bawa balik biji benih pokok ini. Masih ada lagi di atas meja pejabat i. Konon nak mencuba menanam pokok ini jika mahu hidup. Bila i nak buat tu ye....??

Apa2 pun, inilah sesuatu yang baru yang i jumpa di penginapan Nur Lembah Lenggong. Hanya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca sahaja...

Take care everyone!

Thursday 22 November 2012

3H2M di Lembah Lenggong (Part 2)

Lembah lenggong ni letaknya di antara Banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa. Betul2 di sebelah kem adalah Sungai Perak. Memang cukup cantik pemandangan di situ. Rumah2 tumpangan ada beberapa blok. Ada yang memuatkan 4 orang sebilik, ada sehingga 10 orang sebilik. I dan rakan-rakan perempuan lain ditempatkan di bilik sebelah dengan pejabat pentadbiran kem. Ada juga dewan besar di situ, juga tempat makan dan surau. Sekali lagi maaf ye, i terlupa nak capture semua tempat ini dalam kamera. Ini aje yang i sempat rakamkan:

Pemandangan dari sebelah kem ke arah Sungai Perak


Terbentang luas Sungai Perak yang merentasi kem

Airnya tak la jernih. Tapi, pemandangan cukup indah. Dulu masa kecik2, pernah juga i berangan mempunyai rumah di tepi sungai. Bangun pagi aje, dengar bunyi air mengalir...macam kat sini.

Selepas aktiviti jungle trekking, kami mencuba flying fox pula. Mula tu i agak takut juga, almaklum, talian kabel tu merentasi Sungai Perak yang airnya agak deras. Tapi, disebabkan teringin nak mencuba, i beranikan diri juga.

Laluan ke pulau kecil di tengah2 Sunagi Perak - jambatan gantung
Nak menyeberang sungai ini la flying fox tu ... i pun tak pasti berapa jaraknya...

Bersedia memakai tali harness
Mula2, kena la pakai tali keselamatan dan juga tali yang akan menggantung badan kita tu...

Bersedia di atas pelantar pelepas. Camp commander sedang memperkemas  tali  harness dan gantung
Semua dah ready....berlepas....

Sempat posing....hehehehehe...bahan bukti ni!
Nampak tu, i tak berkasut...sebab i sangka i tak nak cuba ... Dua kali i cuba sebab kali pertama tu, kawan i tak sempat rakam gambar i...hehehehe...

Best...best...best....sesiapa yang belum cuba, cuba la...sebelum i berlepas tu, kawan2 yang nakal siap announce, 'tu dia, ibu anak tujuh sedang meluncur...huhu...'

Macam2 cara kita boleh berlepas tau, boleh cara kaki ke atas, superman...i je la tak berani nak buat cara tu...tak masuk akal pulak kalau i buat kan...? Hehehehehe....

Wednesday 21 November 2012

3H2M di Lembah Lenggong (Part 1)

You all pernah dengar pasal Lembah Lenggong kan? Baru2 ini, tempat itu sudah diangkat oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Huh! Bangga orang2 Perak gamaknya....ye tak? Kat situ la tempat dijumpai 'The Perak Man'. Caya la....

Kali ni i nak cerita pasal pengalaman i yang berada di sana selama 3H2M. Mungkin apa yang i nak kongsi di sini, biasa sahaja bagi ramai yang aktif. Bagi i...apa yang i alami di sini, menarik dan indah serta adoiiiii...menyakitkan badan pun ada gak! 

Rombongan kami hanya seramai 28 orang dan hanya 3 orang peserta perempuan. I tak kisah sebab i ikut program ini untuk lari sekejap dari kesibukan pejabat dan melalui pengalaman baru. 

Perjalanan dari Puncak Alam ke Lembah Lenggong mengambil masa lebih kurang 4 jam. Tapi bas yang kami naiki tu, diragui keselamatannya...pemandu pun tak berani nak bawa laju kot. Atau, takut tertangkap oleh AES? Apa2pun, kami tiba agak lewat dari jadual. Sesampai di Kem Nur Lembah Lenggong, camp commander, En. Khairul sudah bersedia menunggu. Sedikit taklimat diberikan. Oleh kerana, kami sampai lewat, tiada sebarang aktiviti diadakan untuk hari itu.

Keesokan harinya, selepas sarapan pagi, kami semua bertolak ke Hutan Air Terjun Lata Kekabu untuk aktiviti jungle trekking. Perjalanan dimulai dengan camp commander mengarahkan kami membawa sekerat buluh lemang, 3-4 ketul ayam mentah, sedikit beras, sebotol air mineral, setin air soya, sebiji kelapa tua, sebatang parang, satu pisau lipat kecil dan satu plastik lumpur. Kami kemudiannya menaiki bukit. Cabaran pertama. Sepanjang perjalanan, rintangan kami selain dari aras menaik termasuklah, dahan2 tajam pokok seperti pokok rotan dan entah pokok apa lagi (sori ye...tak ingat nama pokok hutan tu) dannnnnn...tentunya pacat dan lintah. I yang penggeli ni...apa lagi...melompat2 cuba mengelakkan pacat yang berlambak di sana sini sepanjang laluan denai.

Naik bukit, turun bukit...tergelincir...panjat batang pokok yang merentangi perjalanan, melepasi kawasan kerbau ekor pendek mencari makanan...seram sejuk juga la.

Selepas hampir sejam berjalan, kami berhenti di tepi sungai. Masa tu la i check kaki i jika terkena pacat atau lintah...adoi mak! bila i ternampak 2 ekor melekat kemas kat pergelangan kaki i...apa lagi...i jerit la...geli....minta bantuan rakan-rakan lelaki buangkan sipenghisap darah tu. Akibatnya..tu dia...kesan gigitan...
Ciuman ganas pacat!
Geli geleman tau tengok pacat ni....

Di situ, kami diarahkan mencari tempat sesuai untuk membina tempat perlindungan. Di samping itu, kami dikehendaki menanak nasi dan memasak ayam menggunakan bahan2 yang dibawa tadi.

Task i ialah menghidupkan api sementara rakan2 lelaki dalam kumpulan i membina tempat berlindung. Adoiiii...susahnya nak hidupkan api. Setengah jam berlalu pun i tak mampu hidupkan api. Sabut dari kelapa tua digunakan sebagai bahan untuk memulakan api. Bukan senang...dengan daun2 dan batang2 pokok yang masih lembab. Akhirnya, rakan2 lelaki yang berjaya hidupkan api.




Task seterusnya, menanak nasi dalam kelapa, batang buluh, botol air atau tin air. Juga memasak ayam dalam buluh. Hehehehe...macam main masak2 kan?

Disebabkan i isi beras terlalu banyak dlm kelapa tu, yang mana beras dimasukkan melalui lubang yang ditebuk ke tempurung kelapa sahaja, tak menjadi la nasi tu...



Sebelum tempurung dibakar, ia disalut dengan lumpur dulu untuk membolehkan hanya haba sahaja yang diguna untuk menanak nasi tersebut. Jika tidak, terbakar la tempurung kelapa tu kan. Kalau nasi tu jadi, ia sepatutnya seperti nasi lemak rasanya. Itu kata camp commander ler...

Ayam yang dimasak di dalam buluh, digaul garam dan kunyit, dibalut daun hutan yang tidak bergetah dan disumbatkan ke dalam buluh. Hasilnya...voila! sedapppp...

Tiba masa nak balik...aduhhhh...berdebar2 jantung sebab akan melalui sekali lagi...laluan penuh pacat dan juga turun naik bukit yang penuh ranjau berduri. Sabar je la....Tergolek2 i jatuh, dengan kaki ke atas apabila tanah yang dipijak peroi dan i tergelincir. Maaf la ye...gambar censored cam tu, tak de la i amik. Hehehehe...

Memang cabaran cukup tinggi dan perlu berlasak. Destinasi akhir adalah, kawasan air terjun Lata Kekabu tu...



Kamera i kamera dari telefon bimbit je...tak dapat nak really capture the beautiful view.  Dalam gambar ni termasuklah beberapa rakan2 ekspedisi jungle trekking. 

Keluar dari hutan dalam pukul 2.30 petang, masuk hutan dalam pukul 10.30 pagi. Perut lapar giler sebab nasi ditanak tak menjadi. Bukan i saja yang kelaparan, semua orang lapar...hehehehe

Sesampai si kem, terus mandi, solat...cari makanan...

Wednesday 14 November 2012

Sahhhh....

Aduhai, seperti yang sudah diagak sejak ternampak pegawai berpakaian seragam di bawah jejantas Bukit Jelutong tu, akhirnya, sahih sudah agakan i tu. Padan muka Rozzana! Dan insyaAllah selepas itu, i telah dan akan terus berhati2 serta mengikut hadlaju semasa memandu...huhuhu...

Husband i tak tau pasal ini. nanti panas telinga kena sound dengan dia. Lebih baik i diam2 sahaja, uruskan sendiri. Sekarang sudah selesai. Alhamdulillah....Inilah rupa surat cinta yang i dapat dari pihak berwajib tu...you all pernah dapat? 



I berharap biarlah ini kali pertama dan terakhir i dapat surat cinta seperti ini. Sebab i tau, i bukanlah seorang yang suka melanggar peraturan...cuma bila di jalanraya yang terbentang luas, dan bila berhadapan dengan pemandu yang memandu seperti kura-kura di lorong kanan, atau tengah...tiba2 sahaja jiwa 'F1 racer' bergelora. Sehingga terlupa, jika apa2 berlaku, i akan menyusahkan ramai orang. 

Sekarang ni memang i sedang belajar mengawal diri dari menekan pedal minyak berlebihan...i yakin i boleh berubah!

Monday 12 November 2012

Tahun peperiksaan

Tahun ini, empat dari tujuh orang anak2 i menduduki peperiksaan utama: UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan akhir tahun diploma. 3 orang dah selesai. Tinggal seorang lagi masih struggle. Seorang sudahpun mendapat keputusan peperiksaannya...alhamdulillah...excellent results! 2 orang lagi sedang menunggu keputusan keluar. Seorang akan mendapat keputusan peperiksaan kurang dari seminggu dari tarikh i menulis blog ini. Isyrak Afiq...konfiden yang dia akan dapat 5A!

Seperti biasa, i cool aje. I tak panik. Jika keputusan anak2 i bagus, alhamdulillah. Jika keputusan mereka kurang dari apa yang diharapkan, bukan rezeki mereka untuk dapat lebih baik. Masih jauh perjalanan mereka. I hanya perlu terus galakkan mereka, beri semangat, jangan putus asa. Memang la ada sedikit kecewa kot. Tapi rasanya, jika kita berlebih menunjukkan kekecewaan, apatah pula dengan perasaan yang terpaksa melalui pengalaman tersebut.

Itu kisah anak2 i, yang menduduki peperiksaan.

Danish, tahun ini rileks. Tahun hadapan pulak akan tension, PMR jika masih ada lagi peperiksaan itu. Husna dan Kamalia pun sudah menduduki peperiksaan akhir tahun dan sudah mendapat keputusan. Yang bongsu tu, kedudukan dalam darjah, tidak memberangsangkan...hanya tidak la tergolong dalam 100 yang terakhir. Kelas pun dah turun lagi dari ranking. Kamalia...Kamalia. Suami i bising la jugak, i saja yang masih senyum2. Husna pulak, entah dapat nombor berapa. Bila ditanya, katanya, tak tahu. Apa2 la Husna...

Bukan i tak nak amik kisah. Cuma i fikir, kalau i ikut standard pencapaian yang anak2 i patut capai, nanti i buat mereka rasa tertekan. Lagipun, i mahu anak2 i menjadi lebih bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri tanpa i memaksa mereka. I want them to learn from mistakes. No mistake is too late to rectify until just before dying. 

I terlalu berfikiran liberal? Entah la...

Saturday 10 November 2012

Nasi goreng ketam

Minggu lepas, hari Jumaat i terbang ke Pulau Pinang sekejap untuk satu program institusi. Program i tu hanya 2 jam sahaja pun. Cumanya, ia bermula selepas waktu kerja jadi i terpaksa la bermalam di Pulau Pinang.

Pemandu institusi yang mengambil i dari airport bukan asing dengan i. Sudah sekurang-kurangnya dua kali beliau bertugas mengambil dan menghantar i dari airport Pulau Pinang. Jadi, apabila i ternampak beliau, i berasa lega. Bukan apa....i dah biasa dengan beliau. So, apabila i sudah selamat berada di dalam kenderaan, beliau bertanya, apa yang i teringin nak makan malam itu. Waaahhhh...bagai mengantuk disorong bantal. I belum pernah merasa nasi goreng ketam, so apabila i maklumkan kepada pemandu keinginan i...beliau terus menjawab,'boleh puan...nanti saya bawa puan ke tempat makan yang bagus!'

Tepat pukul 8.30 malam, pemandu sudah menunggu i di lobi hotel dan terus membawa i ke sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan ketamnya...perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Permatang Pauh.

I dibawa makan di sini:


Warung Pak Su ni di Kuala Juru, Pulau Pinang. Maaf la ye, i tak tahu bagaimana nak beri arahan ke sana sebab almaklum....pemandu yang bawa i ke situ, tau2 dah sampai aje.

Semasa i tiba, agak ramai juga pengunjung di warung tersebut. Warung tu bersebalahan dengan rumah Pak Su. Meja makan pun ada yang berada di bawah rumah Pak Su tu. I makan nasi goreng ketam sementara pemandu tersebut makan nasi goreng dengan telur goreng.
Disebabkan i tak tahu bagaimana rasa dan rupa nasi goreng ketam ni, so i memang tak boleh lah nak buat perbandingan. Bagaimanapun, beginilah rupanya nasi goreng ketam tu:
Nasi goreng dipenuhi bawang goreng
Ketam berkuah...pedasssss....

Jom makannnn.....

 
Satu hidangan nasi goreng ketam tu berharga RM13.00. Ada 1 1/2 ekor ketam dalam pinggan tu. Kuahnya agak pedas....i rasa masakan tu diletakkan dengan lada hitam la agaknya. Berasap juga la i makan...

Malam itu, lebur sudahlah diet tanpa nasi i....hehehehehe....

Bila sampai semula di hotel, mata pun teramatlah mengantuknya maka i pun postponed kan niat untuk menyemak kerja pelajar. Tiada 'Anugerah Skrin' bagi i malam tu...tambahan pula program itu agak membosankan. I tutup lampu utama, tarik selimut...terus saja berlabuh di dada malam...Zzzzzzz...syukur...


Wednesday 7 November 2012

Banjir kilat di Shah Alam, Sek 13

Nak share satu kisah tragis la dengan kawan-kawan.

Semalam (5 Oktober 2012), hujan turun dengan lebat dan hampir tak mahu berhenti sepanjang hari di Shah Alam. perjalanan i adalah melalui Bulatan Kayangan dan kemudian menuju ke laluan di Stadium Melawati di Seksyen 13. Kadang, banyak juga trafik disitu. Bulatan di situ pernah menyaksikan bagaimana i tersondol sebiji kereta lain kerana i teragak-agak dan akhirnya buat keputusan salah, lalu kereta i sondol sisi kereta orang lain. 

Laluan di situ semalam perlahan dan i mengagak, tentu ada sesuatu yang melengahkan perjalanan. Betul tekaan i kerana sebaik hampir tiba dekat Tesco Xtra, kelihatan air yang dalamnya sehingga ke lutut pada bahagian tepi kawasan parking stadium. Air melimpah sehingga ke jalan raya. Kebanyakan kereta beratur untuk mengelakkan laluan yang dipenuhi air tu. Sungguhpun kereta i agak tinggi, i pun tak berani nak redah air tu.

Dalam i berhati2 tu, tetiba, ada sebuah kereta berwarna biru, laju sahaja merentas i. Terkejut juga i sebab, dalam keadaan jalan banjir, masih ada yang memandu laju? Dalam hati i terdetik ini,' beraninya dia...'

Selepas hanya 50 meter, i ternampak kereta tadi memberi signal kecemasan, dan ia berada di tengah2 kawasan banjir jalanraya. 'Alahai....kan dah kena...', kata hati i lagi. 

Mungkinkah pemandu kereta tersebut underestimate keadaan banjir itu atau overestimate kemampuan kereta dia?

I agak2 la...pas tu, mesti kereta tu kena overhaul engine service. Melayang la RM sebab tak sabar kot...

Apa2pun, Rozzana....mesti selalu belajar dari semua kesilapan!

Tuesday 6 November 2012

Salem's Lot...takuttt

Ada ke sesiapa yang rasa tak takut hantu? Ada kot kan...tu pasti banyak ilmu di dada... I takut...dan selalu berdoa, jika ada la makhluk halus dimensi 3 tu kat sekeliling i, minta2la Allah tutup pandangan i dari melihat. Yang kita tak nampak, kita panggil hantu kan? Walaupun kita tau...mereka tu makhluk Allah juga, hanya mereka berada pada dimensi lain dari kita. Dan rupa mereka...entahla...

Masa i remaja dulu, i ada baca satu kisah seram yang ditulis oleh Stephen King. Sebelum i baca buku tu, i dah tonton cerita itu di TV3. Masa tu, TV3 baru lagi bersiaran. Masa menonton cerita itu, muzik dan suara i bagi 'low' sehingga hampir tak kedengaran. So kira menonton wayang bisu la gayanya. Sebab apa, muzik dan suara memainkan peranan menambah rasa takut i. Itu i la...orang lain mungkin tak...

Bila i dapat buku tu, Salem's Lot tajuknya...memang la i tak buang masa nak ambil dan baca. Muka depan atau kulit buku memangla gambar drakula. Serammm....i cover kulit buku dengan kertas sebab tak nak terpandang rupa drakula tu. Masa tu umur i dalam 15 tahun kot. I stay dengan uncle i di kuarters hospital. Rumah uncle i tu banyak ruang gelap...hehehehe...a good place to have imaginations run wild!

Kalau tonton cerita tu boleh la tonton wayang senyap, tapi baca buku tu...segala plot cerita sangkut kat kepala, dan mula la terbayang segalanya. Ditambah dengan ingatan pada plot cerita sama yang i tonton...aduhhhh...i tell you...i was that scared! Tapi tak boleh resist baca sampai habis. Everytime, linking the stories with that of the movie. Sampai sekarang i masih teringat-ingat akan kisah di Salem's Lot tu. Apa yang i nak kata, sangat powerful nya penulis buku tu...since then, i jadi peminat nukilan Stephen King. Kaya raya dah pokcik tu, jual cerita khayalan..!

Watch it here: www.youtube.com/watch?v=aIbJ2rQ59ZE 



Bila baca malam2...seram babe!

Monday 5 November 2012

Cerita Langkawi (part ii)

Sambung cerita Langkawi...kali ni nak cerita pasal, curi2 masa...

Mengikut jadual kolokium, masa kami memang penuh dengan sesi pembentangan. Tetapi, dengan kebijaksanaan, dapat juga slot untuk berjalan2 shopping...biasa la kan. Sambil menyelam tu, minum air la sikit. 

Selesai 2 sesi pembentangan pada hari kedua, kami menyewa sebuah van dan kalau tak silap cajnya adalah RM100.00 untuk sehari. Mula2...kami pergi ke pekan Kuah, melawat kedai Haji Ismail, Idaman Suri dan kedai2 lain yang berdekatan. Sempat juga i membeli sebotol minyak wangi dari kedai duty free. Wangian baru...i suka!

I tak shopping apa2pun masa tu sebab hanya nak tunaikan hajat kawan2 i (Cikgu Tini dan Misz Ella) untuk belikan cokelat. Selepas merayau di kedai2 di situ, kami memanjat Gunung Raya utnuk mendapatkan pemandangan indah di sana:


Dua pemandangan sebelum tiba ke puncak Gunung Raya. Pemandangan ke arah  Pulau Dayang Bunting dan  pulau-pulau lain berdekatan.


Kami meneruskan pendakian ke atas, sehingga tiba ke satu bangunan yang kelihatan seperti stesen penyiaran. I tak tau yang kita boleh masuk ke bangunan tersebut dengan bayaran RM10 untuk menikmati teh dan roti juga pemandangan dari atas bangunan. Menurut suami i, kat situ, boleh nampak seluruh pulau Langkawi. I pulak tak ambil gambar menggunakan telefon i so, tak dapatlah nak share pemandangan indah dari aras yang i maksudkan ini.

Turun saja dari Gunung Raya, sudah hampir ke pukul 7.00 malam so kami bersegera ke Pantai Cenang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam:



Maghrib di Pantai Cenang



Selepas itu, barulah kami sekali lagi ke gedung Haji Ismail untuk membeli cokelat sebagaimana dipesan. Tu dia...i belanja RM300 utnuk cokelat sahaja. Sebelum bertolak balik ke hotel, kami membuat cadangan untuk kembali semula ke Pantai Cenang  selepas tamat sesi pembentangan malam itu.

Kami berjaya ke Pantai Cenang dan dapatlah membelikan cenderahati untuk staf yang tidak ikut sama ke Langkawi dan dapatlah i belikan seorang sahabat yang memesan topi cap. 

Begitulah kisah curi2 masa di Langkawi. Nasib baik bos okay. Terima kasih bos!

Bertolak baik ke Shah Alam pada petang hari 2 November jam 4.00 petang lebih kurang sesudah menikmati laksa Perlis di kedai Kak Su. I pernah dengar yang kuahnya dibuat dari belut. Tak kisahlah...sedap rasanya. Kata orang, kat situlah laksa paling popular di Perlis, wallahualam...





Sampai di Shah Alam dalam pukul 1.30 pagi 3 November....baik juga hari Sabtu, cuti.....rehatkan diri.

Jika ada peluang ke Langkawi lagi....nak beli banyak lagi cokelat dan minyak wangi!



Sunday 4 November 2012

Feel free to read "Sharing is Caring"

Friends, i have another blog but it is all written in English. I named my other blog as "Sharing is Caring". Here i write about many things mostly materials from my reading to be shared with you. even though nowadays we can just google everything, but at times, specific reading materials can be shared significantly when put in one place. Although i rarely update that blog but whenever i found some interesting materials, i try to update that blog.

Do visit: rozzacares.blogspot.com

Thank you!

Cerita Langkawi (part i)

Ramai dah kot yang dah ke Langkawi...tak heran kot apa2 cerita pasal Langkawi...tapi i tetap nak share sikit apa yang i buat di Langkawi baru2 ini.

Bertolak ke Kuala Perlis pada 30 Oktober jam 9.30 pagi. Seronok juga beramai2 menaiki bas. Selesa juga sebab hanya 7 orang sahaja penumpang bas tu. I ikut bos yang mahu naik bas. Kata bos, 'kita rilek2, berhenti kat mana2 kita suka dan enjoy'. Seronok bunyinya tu kan. Sebab, kami kebiasaannya berkejar2 melakukan aktiviti kami. Kali ini, walaupun team kami bertindak sebagai organiser, tapi hanyalah co-organiser. Ofis kami yang dapatkan perbelanjaan untuk program di Langkawi ini. I dan semua colleagues i, jadi pembentang kertas kerja.

Semasa bertolak ke sana, kertas kerja i belum siapkan lagi. Semua idea masih dalam kepala. I pula menjadi pembentang pertama pada malam 31 Oktober itu. Macam manapun, i sikitpun tak risau sebab, idea dah ada hanya nak dicurah ke atas skrin komputer. Kadang2 bila kerja dalam keadaan terdesak, idea menulis lagi cepat keluar berbanding bila ada banyak masa...tapi bila buat begitu, ada ketika, boleh hilang beberapa points penting pulak.

Apa2pun, kami sampai di Kuala Perlis pada pukul 6.00 petang lebih kurang dan bermalam di Hotel Seri Malaysia. Malam itu i bercadang untuk terus menyiapkan kertas kerja i tetapi bos pulak ajak pergi makan seafood di Kuala Perlis. So off i went with boss and colleagues. Makan di Restoran Dekyang namanya. Ala...gerai aje sebenarnya...Antara hidangan malam itu:

Sotong goreng tepung

Ketam masak masam manis

Ikan garot bakar

Selain itu, ada kailan goreng, terung hijau bakar dan udang masak cili. Fuhhhh! Kenyang perut sakan malam itu.

Sebaik balik semula ke Seri Malaysia, i terus je 'on' laptop dan kerah otak berfikir. Malangnya kena buat di lobi hotel untuk dapatkan khidmat wifi. Sehingga pukul 12 tgh malam, kertas kerja belum juga siap. I beralih ke powerpoint presentation pula. Abstract dah siap, so mudah bagi i nak buat persediaan powerpoint. Tapi, agaknya dah kenyang sangat, otak kurang cergas. I buat keputusan untuk masuk tidur dan bekerja awal pagi keesokan harinya.

Tidur i nyenyak tanpa gangguan...alhamdulillah. Pukul 5 pagi, terus mandi, segarkan badan dan tanpa melengahkan masa, sambung menyediakan presentation yang akan berlangsung malam itu. Dapat juga idea semasa tidur tu tercurah ke powerpoint i. Ada la dalam 17 slides i sediakan.

Bertolak ke Langkawi pada pukul 1.30 tengahari, mak aiiii...penuhnya manusia di Jeti Kuala Perlis. Belum lagi cuti sekolah tetapi, ramai pulak pelancong tempatan nak ke Langkawi. Bersesak2 menaiki feri 2 tingkat. Sepanjang perjalanan selama lebih kurang 1 jam, kami dihidangkan dengan filem , Hantu Kapcai...i tengok separuh jalan je...mengantuk...terlelap. 

Sesampai di Jeti Kuah, bos demand kami disediakan kenderaan lain selain bas lalu kami menaiki kereta Suzuki Sedan yang dihantar oleh hotel. Maka bermulalah...hari berkolokium.

Malam itu, i pembuka sesi pembentangan. Selamba aje i bentangkan. bukan sesiapapun yang jadi members of the floor. Semua di kalangan rakan-rakan seuniversiti aje pun. 15 minit, habislah masa pembentangan i...syukur...dan pada hari terakhir....i dapat ini:

Hadiah sebagai salah seorang pembentang terbaik
Tak sangka....rezeki...alhamdulillahhhhh....

Ish! Dah panjang sangat pulak entry i ni...i sambung pada entry lain la pulak...

Thank you for reading...

Monday 29 October 2012

Siapa kata Allah tak sayang kita?

I nak berkongsi sesuatu yang sangat menarik dan menyentuh jiwa I semasa membacanya. Seorang sahabat telah menghantarkan kepada I kata-kata seorang ustaz (Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man) semasa I merasakan seperti I seorang sahaja ada masalah....bacalah. 

"Allah tidak pernah menjanjikan hari tanpa kesakitan, ketawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hari hujan. Tapi Allah menjanjikan kekuatan diri dan iman untuk mengharungi setiap hari, ketenangan kepada air mata yang mengalir, cahaya di waktu kegelapan.

Siapa kata Allah tak sayang kita?

Setiap musim bunga, Allah menghantarkan kita bunga. Setiap pagi, Allah menghadiahkan matahari terbit. Setelah penat lelah, Allah menghadiahkan waktu malam untuk berehat. Itu bukti kesayangan Allah pada kita.

Jika Allah membawa kita ke sesuatu keadaan, percaya dan yakinlah Allah akan membawa kita melalui keadaan tersebut.

Diharap kata-kata ini membantu kepada mereka yang terkecewa dan tersedih dan terlupa bahawa segalanya hanyalah sekadar ujian Allah sebelum kita ke akhirat."

Setelah membaca kata-kata ustaz ini, I terasa diri yang sangat kerdil dan menginsafi bahawa, Allah menguji kerana Allah kasihkan kita...wallahualam. 

Terima kasih wahai sahabat kerana berkongsi ilmu dengan I dan selalu menceriakan I.