Friday 23 November 2012

Terung Susu Kambing

Pernah ke you all dengar atau nampak berkenaan terung susu kambing ni? Mungkin ada dan ia dipanggil berbeza, mungkin tak pernah...Macam i, pertama kali i dengar dan lihat buah terung susu kambing. Inilah rupanya....


Ini rupa buah terung tu, yang dah masak. Masa i mula2 nampak buah ni, i fikirkan apa la yang orang dok gantung permainan plastik kat pokok ni...nampak cantik je...kuning2 semua. Bila i datang dekat, baru i tau, itu bukan permainan atau barang plastik yang disangkut di dahan pokok. Pekerja perempuan Nur Lenbah Lenggong yang bagi tau i nama buah tu.


Inilah rupa pokok buah terung tu. Batang, daun dipenuhi dengan duri-duri tajam...sakan sekali bentuk perlindungan pokok ni kan? I diberitahu yang buah terung ni boleh membantu mengubat penyakit darah tinggi. Perlu dibuat kajian ni....


Yang ini, rupa buah terung tu masa muda....betul2 macam susu kambing kan....? Ada kantung susu dan puting susu di kelilingnya....pandai sungguh orang yang menamakan buah terung ini....hehehehehe....

I bawa balik biji benih pokok ini. Masih ada lagi di atas meja pejabat i. Konon nak mencuba menanam pokok ini jika mahu hidup. Bila i nak buat tu ye....??

Apa2 pun, inilah sesuatu yang baru yang i jumpa di penginapan Nur Lembah Lenggong. Hanya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca sahaja...

Take care everyone!

3 comments:

  1. Hi dah tanam ke biji benih nye?

    Kalau dah, boleh tak terangkan cara nak tanam biji benih tu.

    Saya ada sumber boleh dapat buah segar ni tapi tak tau macam mane nak tanam.

    Kene keringkan dulu ke atau boleh terus tanam je?

    ReplyDelete
  2. I tak tanampun. Masih ada kat atas loker di pejabat. Tapi yang pasti, memang orang tanam biji yang dah kering biasanya. Why not you cuba?

    ReplyDelete
  3. hehehe.. tu la nak cuba tu cabarannye.. kalau boleh nak cuba 1 kali terus menjadi... express gitu... =))

    ReplyDelete