Wednesday, 21 November 2012

3H2M di Lembah Lenggong (Part 1)

You all pernah dengar pasal Lembah Lenggong kan? Baru2 ini, tempat itu sudah diangkat oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Huh! Bangga orang2 Perak gamaknya....ye tak? Kat situ la tempat dijumpai 'The Perak Man'. Caya la....

Kali ni i nak cerita pasal pengalaman i yang berada di sana selama 3H2M. Mungkin apa yang i nak kongsi di sini, biasa sahaja bagi ramai yang aktif. Bagi i...apa yang i alami di sini, menarik dan indah serta adoiiiii...menyakitkan badan pun ada gak! 

Rombongan kami hanya seramai 28 orang dan hanya 3 orang peserta perempuan. I tak kisah sebab i ikut program ini untuk lari sekejap dari kesibukan pejabat dan melalui pengalaman baru. 

Perjalanan dari Puncak Alam ke Lembah Lenggong mengambil masa lebih kurang 4 jam. Tapi bas yang kami naiki tu, diragui keselamatannya...pemandu pun tak berani nak bawa laju kot. Atau, takut tertangkap oleh AES? Apa2pun, kami tiba agak lewat dari jadual. Sesampai di Kem Nur Lembah Lenggong, camp commander, En. Khairul sudah bersedia menunggu. Sedikit taklimat diberikan. Oleh kerana, kami sampai lewat, tiada sebarang aktiviti diadakan untuk hari itu.

Keesokan harinya, selepas sarapan pagi, kami semua bertolak ke Hutan Air Terjun Lata Kekabu untuk aktiviti jungle trekking. Perjalanan dimulai dengan camp commander mengarahkan kami membawa sekerat buluh lemang, 3-4 ketul ayam mentah, sedikit beras, sebotol air mineral, setin air soya, sebiji kelapa tua, sebatang parang, satu pisau lipat kecil dan satu plastik lumpur. Kami kemudiannya menaiki bukit. Cabaran pertama. Sepanjang perjalanan, rintangan kami selain dari aras menaik termasuklah, dahan2 tajam pokok seperti pokok rotan dan entah pokok apa lagi (sori ye...tak ingat nama pokok hutan tu) dannnnnn...tentunya pacat dan lintah. I yang penggeli ni...apa lagi...melompat2 cuba mengelakkan pacat yang berlambak di sana sini sepanjang laluan denai.

Naik bukit, turun bukit...tergelincir...panjat batang pokok yang merentangi perjalanan, melepasi kawasan kerbau ekor pendek mencari makanan...seram sejuk juga la.

Selepas hampir sejam berjalan, kami berhenti di tepi sungai. Masa tu la i check kaki i jika terkena pacat atau lintah...adoi mak! bila i ternampak 2 ekor melekat kemas kat pergelangan kaki i...apa lagi...i jerit la...geli....minta bantuan rakan-rakan lelaki buangkan sipenghisap darah tu. Akibatnya..tu dia...kesan gigitan...
Ciuman ganas pacat!
Geli geleman tau tengok pacat ni....

Di situ, kami diarahkan mencari tempat sesuai untuk membina tempat perlindungan. Di samping itu, kami dikehendaki menanak nasi dan memasak ayam menggunakan bahan2 yang dibawa tadi.

Task i ialah menghidupkan api sementara rakan2 lelaki dalam kumpulan i membina tempat berlindung. Adoiiii...susahnya nak hidupkan api. Setengah jam berlalu pun i tak mampu hidupkan api. Sabut dari kelapa tua digunakan sebagai bahan untuk memulakan api. Bukan senang...dengan daun2 dan batang2 pokok yang masih lembab. Akhirnya, rakan2 lelaki yang berjaya hidupkan api.




Task seterusnya, menanak nasi dalam kelapa, batang buluh, botol air atau tin air. Juga memasak ayam dalam buluh. Hehehehe...macam main masak2 kan?

Disebabkan i isi beras terlalu banyak dlm kelapa tu, yang mana beras dimasukkan melalui lubang yang ditebuk ke tempurung kelapa sahaja, tak menjadi la nasi tu...



Sebelum tempurung dibakar, ia disalut dengan lumpur dulu untuk membolehkan hanya haba sahaja yang diguna untuk menanak nasi tersebut. Jika tidak, terbakar la tempurung kelapa tu kan. Kalau nasi tu jadi, ia sepatutnya seperti nasi lemak rasanya. Itu kata camp commander ler...

Ayam yang dimasak di dalam buluh, digaul garam dan kunyit, dibalut daun hutan yang tidak bergetah dan disumbatkan ke dalam buluh. Hasilnya...voila! sedapppp...

Tiba masa nak balik...aduhhhh...berdebar2 jantung sebab akan melalui sekali lagi...laluan penuh pacat dan juga turun naik bukit yang penuh ranjau berduri. Sabar je la....Tergolek2 i jatuh, dengan kaki ke atas apabila tanah yang dipijak peroi dan i tergelincir. Maaf la ye...gambar censored cam tu, tak de la i amik. Hehehehe...

Memang cabaran cukup tinggi dan perlu berlasak. Destinasi akhir adalah, kawasan air terjun Lata Kekabu tu...



Kamera i kamera dari telefon bimbit je...tak dapat nak really capture the beautiful view.  Dalam gambar ni termasuklah beberapa rakan2 ekspedisi jungle trekking. 

Keluar dari hutan dalam pukul 2.30 petang, masuk hutan dalam pukul 10.30 pagi. Perut lapar giler sebab nasi ditanak tak menjadi. Bukan i saja yang kelaparan, semua orang lapar...hehehehe

Sesampai si kem, terus mandi, solat...cari makanan...

No comments:

Post a Comment