Saturday, 24 November 2012

3H2M di Lembah Lenggong (Last part)

Aktiviti terakhir di Lembah Lenggong adalah meneroka gua. I agak excited dengan prospect masuk ke gua ni. Macam2 terlintas di kepala especially part gelap, kelawar. tapi soalan pertama i kepada fasilitator adalah, 'ada pacat tak kat situ?' Mujur la jawapan yang diberikan menceriakan. 

Pacat tetap ada juga sebab untuk menuju ke kawasan gua tu, melalui laluan kebun getah. Ada sebahagian tempat tu, tersedia jambatan kayu so tak ada la menjejak ke tanah. Jarak perjalanan dari tempat bermalam adalah dalam 15 minit. Menurut camp commander, En. Khairul, ada sebanyak 37 buah gua di sekitar kawasan tersebut. kalau nak teroka semua, tak cukup sehari tentunya. Beliau merancang untuk bawa kami meneroka ke 7 gua yang mudah laluannya. Bagaimanapun, pada akhirnya, hanya 3 buah gua sahaja yang kami masuk.


Kami masuk ke Gua Puteri, Gua Masjid dan Gua Kajang. Gua Ngaum dan Gua Asar tu kami lalu aje di luar.

Apa ada dalam gua tu? Tak ada apa pun...hanyalah dinding dan lantai, sesetengah langit gua ada stalaktit dan lantai ada stalakmit. Di Gua Puteri, ada tempat yang kelihatan seperti kelambu (juraian stalaktit) dan menurut cerita, kononnya dulu tu la tempat puteri beradu. Dari jauh memang nampak cantik seperti kelambu tetapi bila dah dekat...batu aje. Di bahagian lain, nampak seperti kepala singa pula. Dan di hadapan kelambu tadi, ada batu berbentuk seperti katak besar, lengkap dengan mata lagi. 

Sedikit ke dalam, ada rupa batu seperti pelamin....dan tentu sahaja ada cerita lagi...cerita  yang kurang meyakinkan i.

Seterusnya kami bergerak ke Gua Masjid. Laluan ke dalam gua agak sempit dan curam. Di tengah-tengah gua kelihatan seperti sebuah mimbar. Konon ceritanya, gua itu memang digunakan untuk menyorok apabila dikejar musuh, juga di kawasan yang dipanggil masjid itu (memang nampak seperti kubah masjid di tengah langit gua) tempat berkumpul, bersolat? Kata En. Khairul, malahan untuk masuk ke situ, laluan sempit menyebabkan si suami mesti memegang tangan si isteri kerana jika tidak, takut terpegang tangan pasangan lain. Ada bilik2 tertentu juga di dalam gua itu untuk tujuan tertentu...amboi! 

Dinding gua ada yang dipenuhi dengan grafiti. Masing2 pelawat ingin mengabadikan nama masing2 di dinding. Ada tu yang tinggi di atas langit gua. Tak tahu bagaimana pengunjung boleh berbuat begitu. 

Maaf la ye, keadaan gelap tidak mengizinkan i mengambil apa2 gambar dalam gua tu.

Seterusnya kami bergerak ke Gua Kajang. Menurut cerita, dulu di gua itu ada banyak pinggan mangkuk dan orang2 kampung selalu meminjam pinggan mangkuk dari gua itu untuk kenduri kendara. Laluan yang kami tempoh, biasa sahaja. bagaimanapun, ada bahagian gua itu yang sukar laluannya...ada ketika perlu mengiring atau meniarap untuk melalui sesuatu kawasan. Kami tidak explore gua itu sebab camp commander siapkan kemudahan abseling untuk kami.


Salah satu pintu masuk ke Gua Kajang.


Acara abseling....tinggi atau jarak dari lantai adalah setinggi 2 - 3 tingkat bangunan sahaja. Bagaimanapun, kalau kita gayat...i tak ketinggalan mencuba aktiviti ini. I secara umumnya tak takut tinggi. Cuma, bimbang semasa nak menurunkan badan dari tebing, takut tergesel ke dinding / tembok bukit.


Itu i la tu yang tergantung dan mengawal kelajuan turun dari tebing tinggi tu. malangnya, semasa gambar diambil, dan setiap kali, belakang i aje yang kelihatan....hehehehe....

Apa2pun...i hepi sebab berpeluang melarikan diri sekejap dari kesibukan tugas pejabat dan berada di kawasan nyaman, segar dan melalui pengalaman digigit pacat, jatuh tergolek, terpijak duri enau, melakukan flying fox, abseling dan meneroka gua. 

Sehabis program, kaki semua lenguh2. Jalan macam robot sikit. Bukan i aje yang merasa begitu, malahan rakan2 yang turut serta ramai yang mengadu letih dan ada yang bekerja separuh hari sahaja keesokan harinya...i masih juga pekerja yang rajin, bekerja seperti biasa. 

No comments:

Post a Comment