Bertolak ke Kuala Perlis pada 30 Oktober jam 9.30 pagi. Seronok juga beramai2 menaiki bas. Selesa juga sebab hanya 7 orang sahaja penumpang bas tu. I ikut bos yang mahu naik bas. Kata bos, 'kita rilek2, berhenti kat mana2 kita suka dan enjoy'. Seronok bunyinya tu kan. Sebab, kami kebiasaannya berkejar2 melakukan aktiviti kami. Kali ini, walaupun team kami bertindak sebagai organiser, tapi hanyalah co-organiser. Ofis kami yang dapatkan perbelanjaan untuk program di Langkawi ini. I dan semua colleagues i, jadi pembentang kertas kerja.
Semasa bertolak ke sana, kertas kerja i belum siapkan lagi. Semua idea masih dalam kepala. I pula menjadi pembentang pertama pada malam 31 Oktober itu. Macam manapun, i sikitpun tak risau sebab, idea dah ada hanya nak dicurah ke atas skrin komputer. Kadang2 bila kerja dalam keadaan terdesak, idea menulis lagi cepat keluar berbanding bila ada banyak masa...tapi bila buat begitu, ada ketika, boleh hilang beberapa points penting pulak.
Apa2pun, kami sampai di Kuala Perlis pada pukul 6.00 petang lebih kurang dan bermalam di Hotel Seri Malaysia. Malam itu i bercadang untuk terus menyiapkan kertas kerja i tetapi bos pulak ajak pergi makan seafood di Kuala Perlis. So off i went with boss and colleagues. Makan di Restoran Dekyang namanya. Ala...gerai aje sebenarnya...Antara hidangan malam itu:
Sotong goreng tepung |
Ketam masak masam manis |
Ikan garot bakar |
Sebaik balik semula ke Seri Malaysia, i terus je 'on' laptop dan kerah otak berfikir. Malangnya kena buat di lobi hotel untuk dapatkan khidmat wifi. Sehingga pukul 12 tgh malam, kertas kerja belum juga siap. I beralih ke powerpoint presentation pula. Abstract dah siap, so mudah bagi i nak buat persediaan powerpoint. Tapi, agaknya dah kenyang sangat, otak kurang cergas. I buat keputusan untuk masuk tidur dan bekerja awal pagi keesokan harinya.
Tidur i nyenyak tanpa gangguan...alhamdulillah. Pukul 5 pagi, terus mandi, segarkan badan dan tanpa melengahkan masa, sambung menyediakan presentation yang akan berlangsung malam itu. Dapat juga idea semasa tidur tu tercurah ke powerpoint i. Ada la dalam 17 slides i sediakan.
Bertolak ke Langkawi pada pukul 1.30 tengahari, mak aiiii...penuhnya manusia di Jeti Kuala Perlis. Belum lagi cuti sekolah tetapi, ramai pulak pelancong tempatan nak ke Langkawi. Bersesak2 menaiki feri 2 tingkat. Sepanjang perjalanan selama lebih kurang 1 jam, kami dihidangkan dengan filem , Hantu Kapcai...i tengok separuh jalan je...mengantuk...terlelap.
Sesampai di Jeti Kuah, bos demand kami disediakan kenderaan lain selain bas lalu kami menaiki kereta Suzuki Sedan yang dihantar oleh hotel. Maka bermulalah...hari berkolokium.
Malam itu, i pembuka sesi pembentangan. Selamba aje i bentangkan. bukan sesiapapun yang jadi members of the floor. Semua di kalangan rakan-rakan seuniversiti aje pun. 15 minit, habislah masa pembentangan i...syukur...dan pada hari terakhir....i dapat ini:
Hadiah sebagai salah seorang pembentang terbaik |
Ish! Dah panjang sangat pulak entry i ni...i sambung pada entry lain la pulak...
Thank you for reading...
No comments:
Post a Comment