Monday, 12 November 2012

Tahun peperiksaan

Tahun ini, empat dari tujuh orang anak2 i menduduki peperiksaan utama: UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan akhir tahun diploma. 3 orang dah selesai. Tinggal seorang lagi masih struggle. Seorang sudahpun mendapat keputusan peperiksaannya...alhamdulillah...excellent results! 2 orang lagi sedang menunggu keputusan keluar. Seorang akan mendapat keputusan peperiksaan kurang dari seminggu dari tarikh i menulis blog ini. Isyrak Afiq...konfiden yang dia akan dapat 5A!

Seperti biasa, i cool aje. I tak panik. Jika keputusan anak2 i bagus, alhamdulillah. Jika keputusan mereka kurang dari apa yang diharapkan, bukan rezeki mereka untuk dapat lebih baik. Masih jauh perjalanan mereka. I hanya perlu terus galakkan mereka, beri semangat, jangan putus asa. Memang la ada sedikit kecewa kot. Tapi rasanya, jika kita berlebih menunjukkan kekecewaan, apatah pula dengan perasaan yang terpaksa melalui pengalaman tersebut.

Itu kisah anak2 i, yang menduduki peperiksaan.

Danish, tahun ini rileks. Tahun hadapan pulak akan tension, PMR jika masih ada lagi peperiksaan itu. Husna dan Kamalia pun sudah menduduki peperiksaan akhir tahun dan sudah mendapat keputusan. Yang bongsu tu, kedudukan dalam darjah, tidak memberangsangkan...hanya tidak la tergolong dalam 100 yang terakhir. Kelas pun dah turun lagi dari ranking. Kamalia...Kamalia. Suami i bising la jugak, i saja yang masih senyum2. Husna pulak, entah dapat nombor berapa. Bila ditanya, katanya, tak tahu. Apa2 la Husna...

Bukan i tak nak amik kisah. Cuma i fikir, kalau i ikut standard pencapaian yang anak2 i patut capai, nanti i buat mereka rasa tertekan. Lagipun, i mahu anak2 i menjadi lebih bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri tanpa i memaksa mereka. I want them to learn from mistakes. No mistake is too late to rectify until just before dying. 

I terlalu berfikiran liberal? Entah la...

No comments:

Post a Comment