Pemandu institusi yang mengambil i dari airport bukan asing dengan i. Sudah sekurang-kurangnya dua kali beliau bertugas mengambil dan menghantar i dari airport Pulau Pinang. Jadi, apabila i ternampak beliau, i berasa lega. Bukan apa....i dah biasa dengan beliau. So, apabila i sudah selamat berada di dalam kenderaan, beliau bertanya, apa yang i teringin nak makan malam itu. Waaahhhh...bagai mengantuk disorong bantal. I belum pernah merasa nasi goreng ketam, so apabila i maklumkan kepada pemandu keinginan i...beliau terus menjawab,'boleh puan...nanti saya bawa puan ke tempat makan yang bagus!'
Tepat pukul 8.30 malam, pemandu sudah menunggu i di lobi hotel dan terus membawa i ke sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan ketamnya...perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Permatang Pauh.
I dibawa makan di sini:
Warung Pak Su ni di Kuala Juru, Pulau Pinang. Maaf la ye, i tak tahu bagaimana nak beri arahan ke sana sebab almaklum....pemandu yang bawa i ke situ, tau2 dah sampai aje.
Semasa i tiba, agak ramai juga pengunjung di warung tersebut. Warung tu bersebalahan dengan rumah Pak Su. Meja makan pun ada yang berada di bawah rumah Pak Su tu. I makan nasi goreng ketam sementara pemandu tersebut makan nasi goreng dengan telur goreng.
Disebabkan i tak tahu bagaimana rasa dan rupa nasi goreng ketam ni, so i memang tak boleh lah nak buat perbandingan. Bagaimanapun, beginilah rupanya nasi goreng ketam tu:
Nasi goreng dipenuhi bawang goreng |
Ketam berkuah...pedasssss.... Jom makannnn..... |
Malam itu, lebur sudahlah diet tanpa nasi i....hehehehehe....
Bila sampai semula di hotel, mata pun teramatlah mengantuknya maka i pun postponed kan niat untuk menyemak kerja pelajar. Tiada 'Anugerah Skrin' bagi i malam tu...tambahan pula program itu agak membosankan. I tutup lampu utama, tarik selimut...terus saja berlabuh di dada malam...Zzzzzzz...syukur...
No comments:
Post a Comment