Wednesday, 14 November 2012

Sahhhh....

Aduhai, seperti yang sudah diagak sejak ternampak pegawai berpakaian seragam di bawah jejantas Bukit Jelutong tu, akhirnya, sahih sudah agakan i tu. Padan muka Rozzana! Dan insyaAllah selepas itu, i telah dan akan terus berhati2 serta mengikut hadlaju semasa memandu...huhuhu...

Husband i tak tau pasal ini. nanti panas telinga kena sound dengan dia. Lebih baik i diam2 sahaja, uruskan sendiri. Sekarang sudah selesai. Alhamdulillah....Inilah rupa surat cinta yang i dapat dari pihak berwajib tu...you all pernah dapat? 



I berharap biarlah ini kali pertama dan terakhir i dapat surat cinta seperti ini. Sebab i tau, i bukanlah seorang yang suka melanggar peraturan...cuma bila di jalanraya yang terbentang luas, dan bila berhadapan dengan pemandu yang memandu seperti kura-kura di lorong kanan, atau tengah...tiba2 sahaja jiwa 'F1 racer' bergelora. Sehingga terlupa, jika apa2 berlaku, i akan menyusahkan ramai orang. 

Sekarang ni memang i sedang belajar mengawal diri dari menekan pedal minyak berlebihan...i yakin i boleh berubah!

No comments:

Post a Comment