Monday, 5 November 2012

Cerita Langkawi (part ii)

Sambung cerita Langkawi...kali ni nak cerita pasal, curi2 masa...

Mengikut jadual kolokium, masa kami memang penuh dengan sesi pembentangan. Tetapi, dengan kebijaksanaan, dapat juga slot untuk berjalan2 shopping...biasa la kan. Sambil menyelam tu, minum air la sikit. 

Selesai 2 sesi pembentangan pada hari kedua, kami menyewa sebuah van dan kalau tak silap cajnya adalah RM100.00 untuk sehari. Mula2...kami pergi ke pekan Kuah, melawat kedai Haji Ismail, Idaman Suri dan kedai2 lain yang berdekatan. Sempat juga i membeli sebotol minyak wangi dari kedai duty free. Wangian baru...i suka!

I tak shopping apa2pun masa tu sebab hanya nak tunaikan hajat kawan2 i (Cikgu Tini dan Misz Ella) untuk belikan cokelat. Selepas merayau di kedai2 di situ, kami memanjat Gunung Raya utnuk mendapatkan pemandangan indah di sana:


Dua pemandangan sebelum tiba ke puncak Gunung Raya. Pemandangan ke arah  Pulau Dayang Bunting dan  pulau-pulau lain berdekatan.


Kami meneruskan pendakian ke atas, sehingga tiba ke satu bangunan yang kelihatan seperti stesen penyiaran. I tak tau yang kita boleh masuk ke bangunan tersebut dengan bayaran RM10 untuk menikmati teh dan roti juga pemandangan dari atas bangunan. Menurut suami i, kat situ, boleh nampak seluruh pulau Langkawi. I pulak tak ambil gambar menggunakan telefon i so, tak dapatlah nak share pemandangan indah dari aras yang i maksudkan ini.

Turun saja dari Gunung Raya, sudah hampir ke pukul 7.00 malam so kami bersegera ke Pantai Cenang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam:



Maghrib di Pantai Cenang



Selepas itu, barulah kami sekali lagi ke gedung Haji Ismail untuk membeli cokelat sebagaimana dipesan. Tu dia...i belanja RM300 utnuk cokelat sahaja. Sebelum bertolak balik ke hotel, kami membuat cadangan untuk kembali semula ke Pantai Cenang  selepas tamat sesi pembentangan malam itu.

Kami berjaya ke Pantai Cenang dan dapatlah membelikan cenderahati untuk staf yang tidak ikut sama ke Langkawi dan dapatlah i belikan seorang sahabat yang memesan topi cap. 

Begitulah kisah curi2 masa di Langkawi. Nasib baik bos okay. Terima kasih bos!

Bertolak baik ke Shah Alam pada petang hari 2 November jam 4.00 petang lebih kurang sesudah menikmati laksa Perlis di kedai Kak Su. I pernah dengar yang kuahnya dibuat dari belut. Tak kisahlah...sedap rasanya. Kata orang, kat situlah laksa paling popular di Perlis, wallahualam...





Sampai di Shah Alam dalam pukul 1.30 pagi 3 November....baik juga hari Sabtu, cuti.....rehatkan diri.

Jika ada peluang ke Langkawi lagi....nak beli banyak lagi cokelat dan minyak wangi!



No comments:

Post a Comment