I nak berkongsi sesuatu yang sangat menarik dan menyentuh jiwa I semasa membacanya. Seorang sahabat telah menghantarkan kepada I kata-kata seorang ustaz (Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man) semasa I merasakan seperti I seorang sahaja ada masalah....bacalah.
"Allah tidak pernah menjanjikan hari tanpa kesakitan, ketawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hari hujan. Tapi Allah menjanjikan kekuatan diri dan iman untuk mengharungi setiap hari, ketenangan kepada air mata yang mengalir, cahaya di waktu kegelapan.
Siapa kata Allah tak sayang kita?
Setiap musim bunga, Allah menghantarkan kita bunga. Setiap pagi, Allah menghadiahkan matahari terbit. Setelah penat lelah, Allah menghadiahkan waktu malam untuk berehat. Itu bukti kesayangan Allah pada kita.
Jika Allah membawa kita ke sesuatu keadaan, percaya dan yakinlah Allah akan membawa kita melalui keadaan tersebut.
Diharap kata-kata ini membantu kepada mereka yang terkecewa dan tersedih dan terlupa bahawa segalanya hanyalah sekadar ujian Allah sebelum kita ke akhirat."
Setelah membaca kata-kata ustaz ini, I terasa diri yang sangat kerdil dan menginsafi bahawa, Allah menguji kerana Allah kasihkan kita...wallahualam.
Terima kasih wahai sahabat kerana berkongsi ilmu dengan I dan selalu menceriakan I.
No comments:
Post a Comment