Tuesday, 2 October 2012

Letakkan diri di tempat tu dulu...

I dapati, kita ni suka sangat nak mengata, mengutuk sesuka hati. Kita buat tu hanya dengan sedikit pengetahuan yang kita ada, dari maklumat yang salah yang sampai ke telinga kita atau kekurangan maklumat atau....kerana dengki.

Dulu, semasa i masih berada di bawah, dan selalu menerima arahan, memang la mau sampai ke langit i mengata. 'apa la...asyik kena buat tu, buat ni...bla bla bla...' bebel i. memang i sangat vokal pada masa-masa tertentu. Tak puas hati. Tak hepi. Malas...

Kemudian, apabila i diarahkan untuk duduk di tempat i sekarang, i sedar. Orang atas tu bukan suka2 nak arahkan orang bawah buat itu dan ini. Orang atas buat kerana mereka juga diarahkan buat. Orang atas buat arahan selepas meneliti dan merancang proses yang mengkehendaki sesuatu itu dilakukan. Orang atas buat atas keperluan memenuhi kehendak stakeholders. Dan orang atas tu bertanggungjawab ke atas menjaga nama sesuatu organisasi.

Itulah penjelasan i kepada suami i apabila dia memaklumkan kepada i tentang apa orang kata terhadap aktiviti atau tugas i yang tentunya ada kaitan dengan bos i. 

I perasan, ada orang selesa dan gembira sangat apabila dimurahkan rezeki dengan dinaikkan pangkat. Apabila mereka sudah berada di tempat yang mereka inginkan, gaji pun dah melewati tahap keperluan asas, mereka lupa mengapa mereka dinaikkan pangkat. Mereka lupa tanggungjawab mereka. Walhal, merekalah yang seharusnya memegang tanggungjawab sentiasa meletakkan organisasi pada tahap terbaik. Bukan mengutuk usaha orang lain yang belum pun sampai ke pintu rezeki tahap tinggi untuk memperbaiki dan menjaga nama baik organisasi...

Bagi i, kalau kita tak mahu dan tak mampu melakukan, jangan lah kita pulak menjadi batu api mempengaruhi orang lain untuk jadi seperti kita...rezeki yang Allah beri, bukan untuk mengutuk usaha orang lain!

No comments:

Post a Comment