Thursday, 25 October 2012

Tarian kuda kepang...ada hantu?

Entah la...susah i nak i tidakkan. I pernah dengar beberapa kali mengenai beberapa aktiviti kebudayaan yang bukan sebarangan orang boleh lakukan...antaranya adalah tarian kuda kepang dan ulik mayang. Selama ini i sekadar mendengar tentangnya. Bagaimanapun, baru-baru ini semasa i mengendalikan satu program bersama dengan pelajar, berlaku kejadian yang sedikit mencabar kemampuan i mengendalikan program. Apabila pelajar diminta membuat persembahan berdasarkan negeri-negeri di Malaysia, kumpulan pelajar ini yang berada dalam pasukan Johor, mempersembahkan sedikit sahaja tarian kuda kepang. Selepas sahaja selesai persembahan mereka, dua orang ahli kumpulan diserang histeria.

Terkejut i semasa dimaklumkan berkenaan hal itu. Syukur alhamdulillah, kedua pelajar tersebut terasing dari yang lain yang berada di dewan. Mereka berada di luar dewan. Tak siapa sedar kejadian itu melainkan beberapa sekretariat yang bertugas, i dan tentunya i harus melapor kepada bos i.

Rupa-rupanya, selain tarian itu yang 'berhantu', dewan tempat kami mengadakan aktiviti juga ada 'penunggu'. 

Seorang ustaz membantu untuk menenangkan pelajar-pelajar yang mempunyai kekuatan luar biasa itu. Memang menurut ustaz, susah untuk tenangkan sesiapa yang 'terkena' kuda kepang ini. 

Program kami selesai selepas pukul 1 pagi. Dan dengan tenang dan tanpa memaklumkan apa yang berlaku, i memberi arahan keluar dewan secara senyap dan teratur. Ustaz yang membantu kemudiannya meminta agar pelajar-pelajar perempuan ditahan sementara waktu dari menghampiri asrama di mana pelajar yang ter rasuk masih dalam keadaan kurang stabil. Kasihan i tengok pelajar-pelajar perempuan yang nampak keletihan dan mungkin risau sebab keesokannya mereka kena membentang kajian kes pula.

Hampir pukul 3 pagi barulah semua pelajar boleh dimasukkan semula ke asrama. Itupun apabila ustaz yang sama memaklumkan bahawa, mereka tidak selamat berada di dalam dewan.

Sehingga ke hari esoknya, pelajar yang ter rasuk itu masih kurang stabil dan i memohon agar keluarganya dimaklumkan. Kata ustaz, jika 'benda' yang ada bersama pelajar itu adalah dari Dungun, sebaik pelajar meninggalkan kawasan, 'benda' itu akan keluar tetapi jika 'benda' itu hinggap semasa perjalanan ke Dungun, susah la nak keluar.

I bertolak semula ke Shah Alam pada malam 25 Oktober. Pada pukul 11.00 malam i dimaklumkan yang keluarga pelajar perempuan itu sudah mengambil pelajar untuk pulang ke rumah.

Berakhir episod kuda kepang bagi i. Hanya i berdoa agar, pelajar-pelajar yang 'terkena' itu semuanya dapat melupakan apa yang mereka telah alami.

No comments:

Post a Comment