Friday, 26 October 2012

Yay! Lega...

Selepas beberapa hari berkampung di Dungun, Terengganu, 2 hari lepas i sampai semula ke rumah. Seronok tak terkata sebab...home sweet home la katakan.

I bertolak ke Dungun menaiki Firefly, pukul 4.30 dah keluar dari rumah. Flight pukul 6.30 pagi. Sampai di Kerteh, melihat sekeliling...ramai lelaki memenuhi ruang menunggu. Semua berpakaian coverall warna oren / kuning. Semua bersedia untuk berada di laut beberapa hari atau mungkin minggu?  Sebaik sampai, beberapa orang anak didik sudah sedia menunggu di lapangan terbang, bas pun sudah tersedia, kami semua menaiki bas menuju ke Dungun. Perjalanan 45 minit lebih kurang. Sempat singgah di kedai makan Mesra, mengisi perut.

Sepanjang hari hujan. Disebabkan sedikit masalah teknikal, tengahari tu, yang sepatutnya digunakan untuk membuat persiapan program, kami gunakan untuk ke Pasar Payang, Terengganu...shopping mata. Batik lawa-lawa....tapi i hanya shopping mata. 

Esoknya, seawal pukul 7.30 pagi, i bersama dengan kawan-kawan yang bertindak sebagai fasilitator, bersedia di dewan Aspirasi untuk aktiviti sepanjang hari. Sebagai pengurus majlis, i memang tak boleh duduk diam. Ada saja yang i kena pastikan berjalan dengan baik. Ini program besar kedua i kena handle tahun ini. Program bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 10.30 malam sehinggalah ke hari persembahan kumpulan yang berakhir selepas jam 1.00 pagi.

Apabila tiba hari terakhir, 24 Oktober, hari pembentangan bagi kumpulan-kumpulan pelajar, i rasa hepi sangat sebab dah hari terakhir. Dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Objektif program tercapai. Sesungguhnya berbaloi segala usaha. Sememangnya tanpa bantuan ramai kawan-kawan dan anak-anak didik, i rasa i tak akan mampu melakukan kesemua tugas i memastikan program berjalan lancar. Syukur sangat kerana dipermudahkan urusan sungguhpun ada kekurangan di sana sini. Yang penting...dah selesai...

Minggu hadapan...ke Langkawi pula...hmmm....jom!



No comments:

Post a Comment