Kerna terpaksa....
Tetiba je i rasa macam nak menyanyi. Bukan apa, nak legakan sedikit rasa tertekan dalam dada ni. Kerja melambak...adoiii...atas meja di pejabat di Shah Alam, bersepah, atas meja di pejabat di Puncak Alam, bersepah. Bukan i tak reti nak mengemas tetapi hakikatnya, semua yang atas meja tu perlu penyelesaian. Assignment, test answers...menimbun! Isi kertas kerja semua dalam kepala...belum sempat nak dicurah ke atas kertas.
Hari ni i berjaga seawal pukul 2 pagi. Kalau orang lain, mungkin baru nak masuk tidur kot. I pulak bangun awal sebab, bos dah bagitau, nak 'input' perbincangan kertas kerja inovasi sebelum pukul 10 pagi hari ini. Kalau kelas i tak sampai 7 jam hari ini, pasti la i berkejar ke Shah Alam di sebelah petang untuk sesi perbincangan ini. Disebabkan kelas i penuh hari ini, tu la yang bos minta beri 'input' awal tu. Dan inilah sebabnya, Rozzana bangun awal sangat...kena cari maklumat, layar internet. Tak tau la jika 'input' yang i akan hantar sebentar lagi ni laku untuk dibincangkan.
Janji untuk hantar kertas kerja pada seorang kawan pun belum dapat i laksanakan....alahai...kerja oooo kerja...
Sorry ye, i hanya nak luahkan perasaan. Tekanan masih di tahap boleh kawal...lalalala....
No comments:
Post a Comment