Inilah kelajuan pemanduan i semenjak kena saman baru-baru ini....ikut peraturan dan berada pada aras kelajuan sepatutnya.
Tu kat hiway tu...ketawa i sorang-sorang sebab i jadi budak baik. Biasa sebelum tu, memang la i tekan minyak paling kurang 100 km/jam. Maklum sahaja, hiway, kereta kan tak banyak. Jalan pun cantik, tak ada lopak-lopak, banyaknya lurus tegak dan ada 3 lorong sehala. Rasa macam rugi je bawa kereta perlahan kan. Tapi of course la, peraturan dibuat untuk elakkan kesusahan.
Bagaimanapun, baru-baru ini apabila i menumpang kereta seorang kawan yang memandu Merc, kami bercakap mengenai had kelajuan memandu, ini komen dia,'kalau nak bawa perlahan, baik guna kereta power rendah, kalau dah kereta itu ada power tinggi, bayar cukai jalan tinggi, harga kereta tinggi, tak kan la bawa perlahan pulak...macam tak logik pulak'. Hmmmmm.....what say you?
Kalau lorong kiri tu hanya untuk memotong, buat dua lorong aje la kat hiway kan....?
Yang pentingnya....hati-hati, jangan sampai susahkan orang lain.
PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT!
errr.....
No comments:
Post a Comment