Tajuk coretan i kali ni, simple...MAK..singkatan kepada perkatan EMAK, wanita yang mengandung dan melahirkan kita semua ke dunia ini.
Anak2 i panggil i ibu. Ada yang dipanggil mami, mummy, mama, mom, mum, umi...dan sebagainya. Makna semua sama kan?
Sekarang ini mak i tinggal dengan i. Setelah berpuluh2 kali i memujuk mak datang dan tinggal dengan i, kali ini, pujukan i berjaya. Sebab dia sakit. Kencing manis @ diabetes. Mak yang dulunya besar bagi i (saiznya), sekarang ni dah jadi kecil. Tak banyak daging dah pada mak. Cuma sekarang ini, perut mak besar. Ascitis, itulah terminologi perubatan untuk keadaan mak i tu. Tak tahu apa puncanya. Air berkumpul di ruang abdomen mak. Menurut doktor, kemungkinannya, buah pinggang mak kurang berfungsi.
Hari ini, mak akan dibawa ke Hospital Serdang untuk ujian buah pinggang. Selepas lebih 2 minggu mak dimasukkan ke hospital selama beberapa hari, baru nak dibuat ujian buah pinggang. Pelik....Agaknya la, prosedur perubatan ini, selagi pesakit tu tak pengsan, atau lemah sangat, masih boleh bercakap, tak perlu disegerakan ujian kot?
Tak tau la apa yang mak i fikir kala ini. Mak amat takut untuk ke hospital. Apa tah lagi untuk dibuat ujian macam2 ke atas mak. Tak tau juga jika mak akan ditahan di hospital sekali lagi. Tak tau apakah diagnosis doktor ke atas status buah pinggang mak.
Apa2pun, bila melihat keadaan mak yang lemah seperti ini, belas kasihan i bertambah pada mak. Tak kisahlah jika i memang tak pernah rapat dengan mak sebelum ini. Sebagai seorang anak, dia adalah MAK, yang sudi mengandungkan dan melahirkan i, juga membesarkan i dan mengajar i perkara2 kehidupan yang akhirnya membentuk diri i sekarang ini.
Doa i semoga mak akan tabah menghadapi cubaan kesakitan ini. Mudah2an Allah berikan segala kesabaran buat i, suami dan anak2 i melayan karenah seorang wanita...yang i panggil
MAK...
No comments:
Post a Comment