Wednesday, 12 December 2012

Disember yang meletihkan

Assalamualaikum.....

Woaaaa...lama juga i tak update ni kan? memang kesibukan aras tinggi untuk i sepanjang beberapa hari yang lalu. FB tu langsung i tak jengok2...tak tau apa kisah kawan2 semua. 

Hari ini (13 Disember 2012), i akan bertolak ke Ipoh pula. Selepas itu, terus ke Melaka pula. Lima hari tiada di rumah. Alaaaa...lima hari aje kan? Ada orang, berbulan2 tak ada bersama keluarga. Apa nak dihairankan , betul tak? Dua hari yang lepas pula, empat hari i di Kuantan. Bulan Disember ini memang setiap hujung minggu i tiada di rumah. Sejujurnya, letih...

Bulan ini juga i dapat berita tentang seorang sahabat yang jatuh sakit. Kasihan i pada dia. Sakit dia tidak diketahui puncanya. Perubatan moden tidak dapat mengesan punca sakit dia. Doa i agar dia akan sabar selalu menghadapi cubaan ini. Doa i agar dia segera sembuh. 

Bulan ini juga, seorang lagi sahabat i ditimpa malang. Apa yang dialami sahabat i ini, sukar untuk difahami. Terperangkap dalam situasi bahaya. Situasi yang mampu merosakkan maruah, career, dan harta. Tiada perincian akan situasi sahabat i ini kerana ia sesuatu yang sangat malang. I berdoa agar sahabat i ini dikuatkan Allah semangatnya, dikuatkan iman. Mudah2an Allah bantu dia ke arah jalan penyelesaian. Aminnn...

Hmmmm....sekejap lagi...masa untuk menyibukkan diri di ruang dapur...nak masak apa ye?




No comments:

Post a Comment