Bermula tahun ini, i bergerak ke hadapan dengan sangat perlahan. Macam2 perkara telah berlaku yang menambahkan jarak Mr Mood dengan i. I seperti dah menyerah kalah dengan keadaan. Kawan yang selalu sama2 dengan i mendorong ke hadapan pun dah pergi menghilangkan diri. Seperti keadaan kawan i ni, keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya tetapi mungkin i aje yang pandang keadaan dia begitu. Mungkin kawan i ni happy...tapi yang pasti, kawan i ni tidaklah sebebas suatu ketika dulu.
Sekarang ni dah dekat hujung tahun. Tak lama lagi akan tamatlah kesibukan kerja pentadbiran i. Perasaan berbelah bahagi antara seronok (kerana selepas ini, boleh tumpu kepada perkembangan kerjaya) dan kurang seronok (kehilangan sesuatu yang sangat membantu...pengalaman dan sumber tambahan). Suami dah beritahu supaya tidak menyambung kontrak perkhidmatan. Hmmm...
Hajat di hati nak buat macam2. Tapi sehingga tinggal 3 bulan terakhir ini, tak banyak pergerakan i ke hadapan. Macam2 yang i tak buat. I tidak lagi bersosial dengan kawan2 senaman i, i tidak lagi bersosial dengan Ella, my close friend. Tumpuan i kepada kerja melampau tetapi rasanya i tak pergi jauh ke mana pun.
Aduhai Mr Mood....mai la cepat!
No comments:
Post a Comment