Thursday, 6 February 2014

Congratulations Danish!

Danish tak apply pun, tapi rezeki dia...dapat tawaran itu. Alhamdulillah...

Hari ni i cuti sebab i pergi menghantar dan mendaftarkan anak lelaki sulung i ke ASiS...a prestige science school. Dah lama i tinggalkan alam persekolahan and not that bothered about which schools are the best scorer in major exams, so bila dapat tahu Danish ditawarkan ke ASiS, i just smiled.

Rupa-rupanya, sekolah itu antara sekolah terbaik di Malaysia. Wow! In fact, seorang sahabat anak i yang bersekolah di sana, telah berjaya mendapat tajaan Exxon-Mobil dan sekarang sedang menuntut di University of Tennesse USA dalam kejuruteraan petroleum. Tajaan luar tu...Kalau i parent si polan ini, rasanya kembang hati tak sudah! Dan syukur ke langit tujuh atas limpah rahmatNya.

Anyhow, semasa mendengar taklimat sekolah tersebut tadi, i faham mengapa sekolah itu antara sekolah terbaik dengan hampir 60% bekas pelajar (selepas tamat SPM) melanjutkan pengajian di luar negara. Excellent! Menimba ilmu di luar negara tidak sama dengan di dalam negara. 

No handphone! No TV! Less outing! 
Only form 4 and 5 students. 
Pocket money less than RM30 per month! Uhuh...
Class from 7.30 am - 4.00 pm and night preps..
Pure sciences...nothing other...and excellent teachers.
Continuous encouragement to participate in international competitions.
Pemenang Bahas Bahasa Inggeris 2013.
Peer guidance. 

Lots more...and i think, all those contribute to excellence. Sebab, tak banyak gangguan fikiran. Harap2 Danish ok dengan routine strict sekolah tersebut.

Kata Pengetua sekolah, ASiS adalah untuk melahirkan pemimpin (rasanya semua sekolah macam tu...). Tapi memang i nampak misi, visi dan objektif sekolah dengan jelas.

Alhamdulillah...syukur...Danish, go! go! caiyuk!


No comments:

Post a Comment