Betul kan? Yang hidup ini sebenarnya sangat rapuh kedudukannya?
Seperti nyawa di hujung tanduk...itu betul. Nyawa kita memang seperti di hujung tanduk. Oleh sebab itu, kita kena selalu hati2 pada setiap masa. Bukan itu yang kita buat ? Walau apapun yang kita lakukan...kita sentiasa berhati2. Secara tak sedar, kita menjaga nyawa kita.
I terfikir menulis tentang nyawa ini selepas dua kematian mengejut baru2 ini. Kedua2nya anak muda yang baru memulakan hidup...seorang sudah berkahwin, baru 3 bulan. Yang seorang lagi, baru bekerja dan baru hendak bertunang. Kedua2nya lelaki. Kedua2nya anak sulung. Dan kedua2nya meninggal mengejut. Tanpa sesiapa menyedari kerana kedua2nya anak yang sihat. Seorang daripadanya, body builder. Baru dinobatkan pemenang pertandingan.
Inilah yang menyebabkan i berfikir...alangkah rapuhnya hidup ini. Memang kenyataannya, nyawa yang ada ini hanya pinjaman...dan MESTI dijaga dengan baik. Dan sesungguhnya, apabila DIA mahu ambil...sekelip mata akan hilang...
Nyawa di hujung tanduk...
No comments:
Post a Comment