Ramadhan Kareem everyone!
Alhamdulillah..bertemu lagi dengan Ramadhan. Alangkah seronoknya diberi peluang ini. Doa dan harapan i semoga Ramadhan kali ini membawa seribu Rahmat Allah.
Kenapa tajuk post i ni 'Tahun Kesedihan'? I kehilangan dua orang yang pernah memberi erti dalam hidup i. Seorang pergi akhir tahun lalu...hanya dua, tiga hari lepas i tahu kepergiannya. Seorang lagi pergi dalam bulan Mac tahun ini, dalam keadaan yang amat menyedihkan I. Itulah ketentuan Dia.
Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada roh mereka berdua. Semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa kesalahan mereka. Semoga Allah menerima semua amalan baik mereka selama ini. Semoga damai roh mereka di sisiNya.
Yang i kesal sedikit ialah, i tak sempat nak sampaikan hajat mereka dan hajat i...Bayangan terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris kemas di mata i, hajat untuk dihadiahkan kepadanya. Bayangan senyum kegembiraan jelas di mata i sekiranya i mampu memberi apa yang dimahukannya.
Allah lebih menyayangi mereka...Hanya Allah tahu apa yang berlaku dan hanya Allah tempat i mengadu.
Wahai airmata...berhenti mengalir...pleaseeee...
No comments:
Post a Comment