Sunday, 24 July 2011

Kawan - apa ertinya berkawan?

Seronok kan berkawan?
I ada ramai kawan. Kawan dari masa sekolah rendah, sekolah menengah, masa buat persediaan ke universiti, masa di universiti, jiran2, kawan kelas aerobik, kawan masa seminar...ramai la...boleh cecah beratus bilangan tapi masalahnya...hehehehe..i tak ingat kebanyakan nama2 mereka kecuali yang selalu jumpa, yang rapat.

Berkawan ni beradat sebenarnya kan...Jika mahu kekal berkawan:

1. Hargai kawan sebagaimana kita mahu dia menghargai kita
2. Jangan khianati kawan, kita tak tahu bila kita perlukan bantuan mereka
3. Senyumla selalu dengan kawan...senyum kan sedekah..walau nama tak ingat...senyum je la..
4. Cuba-cuba kontek bila terasa teringat kawan tu...mungkin dia juga mengingati kita
5. Berhati2 bila bertutur bicara..bukan semua kawan sama perangai macam kita...
6. Jangan selalu pandang serong pada kawan...kita tak kenal dia sebagaimana dia tak kenal kita...hanya sekadar kawan2...bersikap terbuka
7. Nasihati kawan bila perlu, tapi berundur bila nampak kawan macam buat2 tak reti..nanti terlebih, lain pulak jadinya, paling baik apabila diminta beri pandanga..beri la pandangan tanpa berfikiran sempit
8. Perihatin dengan perubahan sikap kawan...mungkin kita boleh membantu...walau sekadar menemankan
9. Jangan la asyik nak mengutuk aje..cermin diri juga
10. Kawan la sekadarnya...jika berlebihan..dikhuatiri apabila berlaku sengketa..terus putus..

Banyak lagi la adat berkawan ni. Ini je i terfikir. Harap2nya i tak berlebihan dengan kawan2 i...

6 comments:

  1. lompat dr umah kak chik..salam kenal!

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat..itu namanya kawan yang mendamaikan:)

    Terjah dari blog kakchik comel:)

    ReplyDelete
  3. terima kasih MamaYatie n qemaishak...welcome! Eh lupa pulak..Mak Wardah juga..salam perkenalan utnuk semua..and many thanx baca blog i..

    ReplyDelete
  4. Apa yang paling penting...ikhlas berkawan.... jangan kita berkawan dengan seseorang kerana kedudukan atau pangkat atau duit banyak.kita berkawan kerana kita memang serasi dan menyukainya. Jaga pertuturan, jangan menyinggung perasaannya, jangan campur tangan dalam hal peribadinya, sentiasa bersikap terbuka, berilah bahu sebagai tempat mengadu. Jaga rahsianya..dan banyak lagi....insyallah kalau kita ikhlas dan serasi pasti boleh jadi best friend forever.

    ReplyDelete