Sunday, 18 September 2011

Bila kawan menjadi lawan

Macam mana boleh jadi gitu?

Selalu tak dengar nasihat ini: berpada-pada bila berkawan? 

Dulu i tak faham apa maksud nasihat ini. I fikir, apa salah jika kita berkawan begitu baik? Tapi setelah i dewasa ini, i melihat dan mendengar beberapa kisah persahabatan yang terbengkalai setelah berlaku keakraban 'terlampau'. Kenapa dikatakan 'terlampau' tu? Apa tidaknya. Bila hari siang, tak sabar2 nak bertandang ke rumah kawan...nak sambung cerita ceriti yang tak habis semalamnya. Masak, mengemas kat rumah pun nak cepat sebab nanti takut masa bersama kawan tak cukup. Alangkah akrabnya kan. Kawan amat bermakna sekali..beri keceriaan dan menjadi faktor , 'to look forward to the next day'. Sehingga terlupa bahawa, hati kita ni serapuh gelas.

Kita lupa...kita bukan berkawan dengan dia sahaja dan dia bukan berkawan dengan kita sahaja. Ada ketika cerita kita yang 'confidential' terlepas kepada orang lain. Ada ketika, perkara 'confidential' yang kita nampak di rumah kawan kita masa bertandang tu, terlepas kepada kawan lain yang asalnya tak tahu menahu. Lalu tercetus la perasaan meragui kejujuran...kecil hati...tidak puas hati...marah...dan akibatnya gagal melawan dan menahan geram. Mulut masing2 pulak...faham2 sendiri la kan...

Sebab itu la bila berkawan...biar la berpada. Berjumpa bila perlu. Bersama bila rindu. Bertanya khabar biar selalu. Telefon kan ada...sms pun dah ok kan... Beri pandangan bila diminta.  Berfikir dahulu sebelum berbicara. Susah? Biar susah semasa itu...jangan sampai susah hati sebab hilang sahabat. Kadang kita fikir, 'alahhh....hilang sorang je...' kita lupa...reputasi kita juga boleh tercalar apabila kawan jadi lawan.

Setuju dengan pandangan i?










2 comments: