Sunday, 18 September 2011

Kanser...sambungan...

Adusss..sori la...i sebenar nak cerita sikit pasal sel kanser sebagai tambahan ilmu kat semua tapi entah macam mana hari tu, i taip dua baris je...mungkinkah satu cara untuk buat suspense?

So here's the story of a cancer cell.

Kanser sel ni memang asal dari tubuh kita juga. Boleh ada di mana2. Menurut kajian saintifik, ia memang hadir secara semulajadi dalam tubuh tetapi tinggal diam dalam tubuh sehingga dikejutkan dari tidur oleh faktor-faktor tertentu. Maksud i tu kan, sel ini ada tapi tidur. Bila ia terdedah kepada bahan-bahan atau faktor-faktor tertentu, ia terjaga dari tidur dan melakukan kacau bilau.

Tak payah lah i cerita pasal sel secara terperinci ye. Cukup la sekadar i katakan, sel tu adalah unit asas kehidupan kita. Ada berbilion sel dalam tubuh kita yang menjadikan berbagai jenis tisu dan organ bersesuaian dengan fungsi masing2. Sebab tu i kata sel kanser ini asal dari tubuh kita juga dan ada di mana2.

Sel ini apabila sudah 'terusik' dan 'terjaga' dari tidur, mengganas dengan cara: melakukan penambahan bilangan dirinya secara berlebihan, tidak terkawal. Dari satu sel, menjadi dua, seterusnya empat, enam belas secara gandaan. Kehadirannya sukar dikesan sebab ia menyerupai mana2 sel dalam tubuh cuma bila dilihat di bawah mikroskop, nampaklah perbezaan sel ini dari yang normal. 

Bila bilangan sel ini bertambah, ia menjadi satu kumpulan yang besar. Tidak sakit selagi ia tidak menekan saraf. Tidak bahaya selagi dia tak mengganggu aktiviti atau fungsi sel atau kumpulan sel-sel normal lain. Tapi sebab sel-sel kanser ni pun nak hidup, dan bilangannya bertambah dengan cepat, maka dia akan menggunakan lebih banyak makanan yang dibekal ke bahagian tubuh itu. Akibatnya, adalah sel-sel normal yang mungkin tak dapat makanan dan mati.

Macam i kata tadi, selagi kumpulan sel kanser yang nakal ini tidak mengganggu fungsi sel-sel normal yang lain, hanya sebabkan bengkak dan kelihatan cacat pada fizikal apabila kelihatan di luar tubuh, maka kebiasaanya doktor tidak menasihatkan ia dibuang. Ia dipanggil 'benign cancer'. 

Boleh google pasal 'benign cancer' untuk maklumat selanjutnya. 

Nanti lain kali i cerita pulak pasal 'malignant cancer' ye...kalau tak faham, boleh la tanya...hehehehe...












No comments:

Post a Comment