Wednesday, 5 June 2013

Malam Masquerade Yang Menghiburkan

Untuk pertama kali I menyaksikan persembahan hebat artis Malaysia. Eh! Silap....I pernah menyaksikan persembahan hebat sebelum ini...konsert Awie di Istana Budaya, konsert Dato' M. Nasir juga di Istana Budaya, konsert Search di PJ (nama lokasi sebenar, hilang dari ingatan pulak...hehehe). Tapi semua tu berbayar. Yang ini, free. Persembahan waktu majlis makan malam di sebuah hotel sempena penutup satu mesyuarat. Teruja I dengan persembahan artis-artis ini...artis otai tetapi suara mereka power!
 
Mereka ini memang penghibur la. Pandai berkomunikasi dengan penonton. Tidak membosankan. Cuma, penonton kena 'sporting' - beri kerja sama. Boleh katakan, semua yang hadir pada majlis terhibur sangat dengan persembahan artis-artis ini biarpun singkat sahaja persembahan mereka. Yang pasti...persembahan mereka menghiburkan. Dan yang pasti suara mereka...dasyat! Padan la mereka ni menyanyi...

 
Nash
 
 
Dato' Kathy
 
 

 
Penonton bertuah dipelawa makan tengahari bersama artis sama ada di hotel atau di Kathy's Kitchen...layanan istimewa oleh penyanyi berkenaan. Dan yang bertuah tu...tentulah bos I...biasa la kan.

No comments:

Post a Comment