Apa tu?
Biasa la...waktu begini, orang yang kerja macam i sibuk la nak setelkan apa2 yang patut. Minggu hadapan adalah minggu terakhir kuliah. Masa ni la semua orang berlumba2 nak selesaikan menyemak assignment, ujian, laporan projek...macam2 la. Markah kena dipaparkan atau dimaklumkan kepada pelajar.
Selama beberapa minggu yang lepas sehingga la ke malam ini, i bekerja keras nak selesaikan semuanya. Di samping berkejar nak habiskan semakan, projek sendiri kena buat juga. pejabat i memang sentiasa ada projek khas. Semua nak kena buat cepat.
Malam semalam, hingga 2 am i analisa data untuk diserahkan kepada bos i. Malam sebelum itu, menyemak assignment. Nasib baik juga i set tests online dengan jawapan siap sedia. So banyak la yang boleh siap cepat.
Malam ni i selesai semak 1 set soalan esei...tinggal satu set lagi...tak sabarnya nak siap semua. Begitula...
Pas ni selesai....tiba pula minggu peperiksaan...sibuk lagi la dengan menyemak kertas2 jawapan pula. Kali ni i ada sejumlah 310 skrip jawapan untuk disemak dalam tempoh 7 hari. Sebelum Ramadan MESTI selesai Rozzana! Ya Allah...permudahkanlah...
Selepas ini....mudah2an murah rezeki...
No comments:
Post a Comment