Kenapa i nak tulis pasal perkara ini? Entah ye...tapi yang pasti, ia sesuatu yang kita semua kena hati2.
Dalam alam pekerjaan di mana kita sentiasa sahaja dikelilingi oleh golongan terpelajar, penyakit dengki masih berleluasa. I tak faham kenapa mesti berdengki hati, berdendam kesumat. Semasa i mula menyesuaikan diri di pejabat i sekarang ini, bos i awal2 ingatkan i supaya selalu hati2 dengan perlakuan dan kata2 i. Jangan berlebih2 dalam perlakuan. Jangan mudah percaya. Hati2 selalu. Sebab pe...bos i sudah terkena.
Bila i dengar cara orang berdengki ni, i rasa seram sejuk. Rasa takut. Rasa tak selesa. I berdoa agar i tidak tergolong dalam golongan yang berhasad dengki ini. I percaya, rezeki adalah ketentuan Allah. Asalkan kerja dengan ikhlas, balasan akan ada dalam bentuk yang tidak disangka. Hanya, apabila orang berdengki, ujian berat tu...I berharap Allah melindungi i dari kedengkian sesiapa pun.
Adakah menganiaya orang lain dan melihat orang yang dianiaya menderita itu suatu kepuasan? Jika ye, i rasa la kan...itu penyakit maha berat...dan memang orang seperti itu berpenyakit. Marilah kawan2, kita berusaha menjauhkan diri kita dari bersifat hasad dengki...
No comments:
Post a Comment