Thursday, 14 November 2013

Mengantuk tahap gaban!

Setiap kali bila i diserang sinusitis / rhinitis, memang letih la badan i. Mata bengkak, hidung berair, hidung gatal2, mata gatal2...aduhai...pas tu asyik nak bersin. Penat! Kalau i berpuasa, gerenti i buka puasa sebab i akan berasa lapar giler dan sebab rasa tak selesa, mesti nak makan banyak.

Anyway, story ni pasal i diserang penyakit yang sama pada hari Rabu lalu. Sebelum i bertolak ke pejabat, i dah telan dua biji ubat, untuk kurangkan bengkak dan kurangkan rasa gatal2.

Entah mengapa, sehingga ke hampir tengahari, keadaan i masih tak berubah. Masih i terbersin tak berhenti. Mata semakin bengkak. Akhirnya i buat keputusan untuk telan sebiji lagi ubat yang i tau lebih kuat kesannya dari ubat yang i dah telan awal pagi. 

Tak sampai lima minit i telan ubat kecil berwarna merah jambu tu...i dah terasa kesan di otak i...mata pun mula mengantuk. Malangnya, i kena hadir mesyuarat. Sepanjang masa mesyuarat, i rasa mata i dah half close dan otak i pun dah half sleeping. Amazingly, masih sharp and alert untuk memberi tindak balas. Sempat bersoal jawab, memberi pandangan. The power of brain.

Selepas mesyuarat, sempat lagi i habiskan menyemak dokumen atas meja i sehingga tamat dan berbincang dengan bos mengenai kerja.

Kalau di rumah memang sahih i dah tidur!

Apa2pun, i selamat sampai di rumah dan sebaik selesai solat Maghrib, i ucap selamat malam kepada semua....


No comments:

Post a Comment