Begitulah seharusnya i rasakan...
Sudah hampir seminggu emak tinggal bersama i sebaik keluar dari hospital. Emak dimasukkan ke hospital akibat komplikasi diabetes.Asalnya emak tinggal dengan adik i di kampung. Walaupun i tak pernah rapat dengan emak, tetapi i selalu mahu menjaga emak terutama sekarang emak sedang sakit.
Keadaan emak memang agak teruk. Perut emak membesar seperti sedang mengandung. Kaki bengkak. Alhamdulillah, pada kali ini emak di hospital, doktor telah memberi rawatan sewajarnya. Emak dimasukkan ke hospital sebab emak mengalami kesukaran pernafasan. Pada kali ini emak di hospital, doktor telah membuat drainage procedure untuk buang air yang berada di abdomen emak. Apabila i melawat emak selepas prosedur itu, susut sangat perut emak.
Dan sekarang emak perlu suntikan insulin 3 kali sebelum makan, sekali sebelum tidur dan kena makan ubat2an termasuk untuk jantung emak. Uzur sungguh emak.
Urusan memberi emak ubat2, i minta anak2 i yang sedang bercuti tolong uruskan. Syukur, anak2 sudi membantu dan syukur sangat, emak masih mampu bergerak sendiri ke bilik air untuk bersihkan diri sendiri hanya i perlu pastikan bilik air tidak licin. Husband i pun bantu i, setiap hari berus lantai bilik air agar tidak licin. Terima kasih Abang!
No comments:
Post a Comment