Sunday, 1 December 2013

Sesat nak ke SAC Mall!

Mungkin ramai kawan2 i tau yang i ni memang tak pandai merayap. Suatu ketika dulu, i selalu keluar dengan kawan rapat i Ella tapi lately ni, malahan dah setahun, i memerap di rumah sahaja. Mungkin tahun hadapan, i akan jadi sociable semula kot...

Apa kisah sesat ni?

Dua hari yang lalu, anak i minta i ambil dia dari Setia Alam City Mall. Masa tu, i baru je keluar dari pagar tempat i bekerja. Anak i beri alasan yang dia dan kawan2 sudah tertinggal bas yang jadual laluannya amat jarang. Mungkin bila tertinggal yang satu ini, anak i terpaksa menunggu 2 jam lagi...Tetapi masalahnya, i tak reti memandu ke sana dari Shah Alam.

Bermula la kisah i memandu tak tentu hala sebab tak tahu jalan. Bukan i tak pernah ke SAC Mall. Bukan i tak pernah memandu sendirian ke sana pun. Dah beberapa kali i ke sana memandu kereta sendiri. Hanya, i tak pernah ke sana dari Shah Alam.

Apa lagi, i SOS kawan yang tinggal di Shah Alam. Hari pun semakin gelap. Apabila kawan i beri arahan, i dah terlepas laluan ke arah Klang. Berpatah semula i membayar tol dan kemudian cuba sekali lagi mencari NKVE. Bila dah masuk laluan betul, sekali lagi i tersalah faham arahan kawan i, terlepas lagi jalan yang sepatutnya, dan bayar pula tol .. Klang Utara. Sudah lah dah gelap...cool Rozzana..cool. I pulak dah hilang hubungan dengan kawan i tadi. Akhirnya i buat keputusan, untuk singgah di satu restoren di Setia Alam. Nama pun Setia Alam kan, mesti dah dekat kan.

Alhamdulillah, hamba Allah ini yang sedang menikmati teh tarik, sudi membantu menunjukkan jalan selepas dia melihat wajah i yang jelas konfius dengan penerangannya. Hehehehe...i pun follow kereta dia. Kata hamba Allah ini, bila dia beri signal ke kanan, i masuk ke kiri sebab dia akan ikut laluan dia sendiri. I pun kata ok.

Akhirnya, selamat i sampai di SAC Mall. Hanya i kesal, i tak dapat nak ucapkan terima kasih kepada hamba Allah ini sekali lagi. Last i bercakap dengan dia adalah, 'Betul ke ni? I tak susahkan you? Terima kasih...'

Apa2pun i amat berharap, hamba Allah itu tak terfikir yang i ni tak berbudi bahasa pulak. I doakan agar Allah murahkan rezeki hamba Allah itu selalu...

No comments:

Post a Comment