Hai! Apa khabar semua ye?
Lama juga rasanya i tak update blog i ni. Selalu keletihan, tak berkesempatan untuk jenguk ke sini. Hari ni, i di Dungun lagi...so ada la sikit masa untuk jenguk ke sini dan bercerita sedikit.
Macam biasa i ke Dungun untuk urusan memberi taklimat atau sebagai fasilitator program. I sampai dalam pukul 9.00 malam dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud KT. Sesampai di hotel, selepas check in, i g tempah makanan di restoren Sri Molek. Makan bihun seafood. Lapar....
Sebelum i bertolak ke sini, seawal pagi i diserang sinusitis. Sumbat sebiji ubat pun tak jalan. Dah tidur sekejap pun tak jalan. Akhirnya, sebelum ke airport di Subang, sebiji lagi pil kecil berwarna pink i telan. Menyampah la bila kena bergantung kepada ubat ni...tapi apa kan daya.
Bila i makan bihun seafood tu, tetiba je i diserang semula oleh sinusitis. Hidung i jadi gatal2, berair macam selsema dan bersin tak henti2. Aduhai...
No comments:
Post a Comment