Setiap tahun, dua kali pasti akan tiba musim ini. Musim jantung berdebar, sakit kepala, sakit jiwa...all in one la kiranya. Musim i menyemak jawapan bagi soalan peperiksaan...hehehehe...
Cuba you all baca ni:
Inilah nota cinta i dapat kali ini. Not bad. I simpati pada semua pelajar-pelajar i yang menduduki peperiksaan tak kira la tahun ini atau sebelumnya. Memang dewan peperiksaan tu sangat sejuk. Tambah2 bila dalam keadaan tertekan dan tak boleh pun nak ke mana2, duduk 3 jam menulis dan memerah otak.
Kebetulan, i boleh cam tulisan pelajar i ini. Memang i terbayang wajah dia masa i menyemak jawapan pelajar ini. Alhamdulillah, dia lulus. Memang dia seorang yang cerdik dan bercita2 tinggi hanya sukar bagi dia mencapai cita2 dia masa ini kerana kelayakan dia tak cukup untuk mencapai hasrat dia. Apa yang i mampu nasihatkan adalah terus berusaha dan yakin dengan diri sendiri. Dan jika masih mahu meneruskan cita2, perlu berkorban...tambah lagi 6 tahun selepas tamat program yang sedang diikuti. Huh!
Apa2pun, i suka dengan kerjaya i ini. Alhamdulillah, dapat juga i mencurah bakti kepada generasi pewaris Malaysia ini. Mudah2an semua pelajar-pelajar i berjaya dalam peperiksaan kali ini.
Caiyuk!
No comments:
Post a Comment